08/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ท
08 Ogos 2026 | Keningau
Jam 6.00 pagi, kami meninggalkan homestay menuju Kampung Nantabakan.
Di Surau Al-Hidayah, pagi dimulakan dengan senamrobik. Kemudian, anak-anak belajar tentang kebersihan diri dan penjagaan gigi dan menerima set penjagaan gigi untuk dibawa p**ang.
Dakwah hari ini mengambil wajah yang sederhana : wajah kesihatan dan kasih sayang.
Pemeriksaan kesihatan percuma dibuka dengan bantuan doktor dalam kalangan peserta dan sahabat kami seorang doktor dari Hospital Keningau.
Pemeriksaan mata percuma turut diadakan, dan Alhamdulillah, lima orang penduduk yang memerlukan tetapi tidak berkemampuan menerima cermin mata membaca secara percuma.
Kami turut menyampaikan sumbangan seperti sejadah, telekung, kain pelikat, Iqraโ dan stand Al-Quran, serta bakul makanan untuk penduduk kampung.
Istimewa hari ini juga, kami bawakan seorang guru yang mengajar penduduk dan kami semua cara pembuatan sabun. Nah! Siapa tahu ilmu ini menjadi sumber pendapatan ๐คฒ
Sekitar 120 orang, daripada pelbagai usia dan latar agama, hadir bersama.
Hari ini mengajar kita bahawa dakwah tidak semestinya bermula dengan mikrofon atau ceramah.
Ada kala ia bermula dengan sepasang mata yang kita bantu melihat lebih jelas, seorang anak yang kita ajar menjaga kesihatan, ilmu baharu yang mungkin menjadi pendapatan atau sebuah hidangan yang kita kongsi bersama.
Kerana Islam bukan hanya agama yang kita ceritakan.
Islam adalah rahmat yang perlu dirasakan.
Selepas Zuhur, kami meneruskan perjalanan menuju Kundasang.
Tubuh mungkin sedang bermusafir dari satu tempat ke satu tempat.
Tetapi sebagai daie, semoga hati terus bermusafir menuju Allah.
Dan mungkin inilah ukuran sebuah perjalanan dakwah:
๐ฉ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐. ๐ค
Kami berlabuh dahulu malam ini, doakan perjalanan kami esok ya!