Escaption Travel

Call Directions Website Contact the business

Escaption Travel Kami Escaption Travel adalah Tour Agency pilihan yang menawarkan Pakej Ekonomi-Comfort-Luxury ke Jepun, Turkey(2025~) dan Eropah(2025~).

MOTAC KPK/LN: 12386

Berminat? Hubungi Kami ‪di : +60 10‑252 0265‬

20/09/2026

Oshino dekat Gunung Fuji ada ninja village yang serious best gila. Bukan theme park, tapi real ninja village dengan trainer sebenar.

Pakai kostum tradisional dalam 5 minit, terus jadi Instagram-ready ninja.

Sejarah ninja, cerita samurai, semua ada discuss dalam class.

Pengalaman yang tak boleh dapat kat kuala lumpur, even kat Jepun pun spot macam ni rare.

Worth the detour kalau explore area Gunung Fuji 🥷

18/09/2026

Starting from today, kami akan biasakan content feedback client!
Sebab ramai tanya, escaption punya feedback takde ke? Sebab banyak post konten tips shopping je😂
Thanks puan and family sevab percayakan escaption. 🙏🏼😍

17/09/2026

Meiji Jingu Shrine: Iconic, Tapi Ramai Orang Jarang Pergi

Meiji Jingu ni iconic shrine kat Tokyo yang wajib pergi... tapi kena tahu pilihan waktu. Ramai
orang pergi Jumaat-Ahad tengah hari sebab terlalu crowded.

Boleh datang awal pagi supaya lebih tenang.
Architecture ni simple je, tapi meaning dia mendalam.

Masa Meiji Shrine dibangun pada 1920,
tanah dia kosong je. Jadi diorang tanam lebih 100,000 pokok (Hinoki cypress, Japanese cedar,
oak). Selection pokok untuk jadikan sebagai “sanctuary hutan” tengah-tengah Tokyo.

Pro tip dari private tour perspective:
✓ Datang pukul 7-8am atau weekday = peaceful
✓ Ada hidden shrine inside (Inari shrine) most tourists miss
✓ Stop kat Yoyogi Park tepi sebelah (free, chill, underrated)
✓ Pasar lama (Omotesando backstreets) lagi menarik dari main avenue

15/09/2026

Nak cari souvenir Jepun yang orang memang akan ingat sampai bila-bila?

Cuba buat Lego yang boleh engrave nama sendiri.

Dekat Gotemba Premium Outlet ada LEGO Store yang offer servis ni. Bukan tampal sticker tau — nama korang memang di engrave terus atas brick tu. Hasil dia simple, tapi nampak kemas dan cantik!

Kenapa rasa macam berbaloi buat benda ni?

👉🏼 Rare, tak macam keychain souvenir biasa
👉🏼 Kecil & senang nak bawa balik Malaysia
👉🏼 Tak risau pecah atau makan banyak space dalam luggage
👉🏼 Boleh custom letak nama anak, partner, atau buat untuk diri sendiri

Lagi best, Gotemba Premium Outlet ni memang ngam untuk singgah kalau korang tengah roadtrip area Gunung Fuji. Boleh shopping outlet sambil cari souvenir yang lain sikit daripada biasa.

Kalau tengah plan trip Jepun, save dulu post ni. Mana tahu nanti dah sampai sana baru teringat. 😂

14/09/2026

GU vs Uniqlo

GU tu apa? sister company of Uniqlo: sama syarikat induk, Fast Retailing, tapi takde jual di Malaysia. Kalau korang pernah shopping kat Uniqlo Jepun tapi tak perasan kedai GU sebelah — ni yang korang terlepas.

4 kategori asas, dua-dua harga dari Jepun, ditukar ke MYR:

WINTER FLEECE — GU RM102 (¥3,990) vs Uniqlo RM127 (¥4,990) → jimat 19.6%

T-SHIRT ASAS — GU RM25 (¥990) vs Uniqlo RM38 (¥1,500) → jimat 34.0%

JEANS (3D BARREL) — GU RM76 (¥2,990) vs Uniqlo RM127 (¥4,990) → jimat 40.1%

JACKET DENIM — GU RM102 (¥3,990) vs Uniqlo RM153 (¥5,990) → jimat 33.4%

PROS: menang semua 4 kategori, sister company Fast Retailing, banyak style unisex, rating solid (jeans 4.7★), genuine Japan-only find.

CONS: takde store/shipping ke Malaysia, size JP-cut kena try dulu, fabrik lagi ringan dari Uniqlo, line-up cepat berubah, takde return lepas balik.

Verdict: BELI. Purata jimat 31.8%

Harga disahkan terus dari gu-global.com & uniqlo.com (Jepun), 13 September 2026. Kadar ¥1 = RM0.0255.

13/09/2026

Sistem tax-free jepun yang baru — 3 benda yang korang perlu tahu.

Deleted (senangkan korang)
✕ Beg sealed untuk barang makan/kosmetik — dah tak wajib
✕ Had ¥500,000/hari untuk barang consumable — dah takde
Semua barang (consumable ke tak) dikira sama sekarang.

BARU (reminder)
✓ Korang bayar 10% cukai tu dulu, guna duit sendiri
✓ Barang yang dibeli kena ADA dengan korang masa balik — semua item dalam satu resit kena check sekali kat kiosk, kalau tak lengkap, seluruh resit hilang status tax-free
✓ Cukai berlepas antarabangsa Jepun naik daripada ¥1,000 → ¥3,000 seorang. Automatik masuk dalam harga tiket flight, bukan bayar berasingan kat airport.

Sumber: pengumuman rasmi kerajaan Jepun & Japan National Tourism Organization, disemak 10 September 2026.

12/09/2026

PERLU BELI DI JEPUN KE TAK? — Special: iPhone 18 Pro, Pro Max & Duo

Soalan paling banyak ditanya minggu ni — SIM-free ke kalau beli iPhone kat Jepun? Ya. Apple Jepun jual terus pilihan SIM-free semasa checkout, boleh terus pakai eSIM Malaysia (Maxis/Celcom/Digi/U Mobile semua support).

IPHONE 18 PRO
· 256GB RM5,499 → RM5,095 (7.3%)
· 512GB RM6,499 → RM5,907 (9.1%)
· 1TB RM8,499 → RM7,529 (11.4%)
· 2TB RM11,499 → RM9,964 (13.4%)

IPHONE 18 PRO MAX
· 256GB RM5,999 → RM5,559 (7.3%)
· 512GB RM6,999 → RM6,370 (9.0%)
· 1TB RM8,999 → RM7,993 (11.2%)
· 2TB RM11,999 → RM10,427 (13.1%)

IPHONE DUO
· 256GB RM9,499 → RM8,457 (11.0%)
· 512GB RM10,499 → RM9,268 (11.7%)
· 1TB RM12,499 → RM10,891 (12.9%)
· 2TB RM15,499 → RM13,325 (14.0%)

PROS: SIM-free rasmi, jimat naik ikut storan, launch sebelum 1 Nov (AVOID issue dengam Tax free system yang baru), elektronik boleh unbox terus kat Jepun, takde version-mismatch.

CONS: margin nipis (7–14% je), Interntaional warranty tak pasti, AppleCare+ transfer pun need to be confirmed, preorder Pro/Pro Max esok (12 Sept), eSIM sahaja takde slot fizikal.

Verdict: YA, TAPI BERSYARAT. Berbaloi kalau dah ada trip Jepun dan beli storan 1TB ke atas.

Semua harga rasmi dari apple.com/jp dan apple.com/my, disahkan 11 September. Kadar ¥1 = RM0.0255.

11/09/2026

PERLU BELI DI JEPUN KE TAK? — Ep.5: Asics untuk Running

Paling banyak korang minta dalam komen — Asics. Tujuh model, semua versi sama kat Malaysia dan Jepun.

NOVABLAST 6 — baru je launch
Malaysia RM649 · Jepun ¥17,600 (±RM408 lepas tax-free)
Jimat 37% — beza RM241. BELI.

GEL-NIMBUS 28 — untuk long distance
Malaysia RM749 · Jepun ¥22,000 (±RM510)
Jimat 32%. BELI.

GEL-KAYANO 33 — untuk stability
Malaysia RM749 · Jepun ¥22,000 (±RM510)
Jimat 32%. BELI.

GT-2000 15 — paling murah dalam senarai
Malaysia RM599 · Jepun ¥16,500 (±RM383)
Jimat 36%. BELI.

MAGIC SPEED 5 — untuk speed work & race day
Malaysia RM829 · Jepun ¥19,800 (±RM459)
Jimat 45% — paling tinggi dalam episod ni. BELI.

SUPERBLAST 3 — bestseller both in Japan and Malaysia
Malaysia RM899 · Jepun ¥26,400 (±RM612)
Jimat 32%. BELI.

METASPEED EDGE TOKYO — flagship marathon elite
Malaysia RM1,099 · Jepun ¥29,700 (±RM689)
Jimat 37% — nota: kena daftar OneASICS percuma kat Jepun dulu. BELI.

Tujuh model sekali: Malaysia RM5,573, Jepun RM3,571. Beza RM2,002 — purata 36%.

Semua harga rasmi dari asics.com/my/en-my dan asics.com/jp/ja-jp, aku check 11 September. Kadar ¥1 = RM0.0255.

10/09/2026

Sistem Tax-Free Jepun Berubah Mulai 1 November 2026

Start dari 1/11/2026, cara tax-free shopping kat Jepun akan berubah tau.

SEKARANG (sebelum 1 Nov)
Tunjuk passport kat kaunter → terus dapat diskaun. Tax tak payah bayar terus.

SELEPAS 1 NOVEMBER
Bayar harga PENUH (termasuk 10% cukai) → claim refund kat airport sebelum check-in, guna kiosk yang disediakan.

Refund bukan terus dapat tau, kad kredit 1–2 minggu, bank transfer up to 4 weeks.

Minimum tax free tak berubah, perlu beli atas ¥5,000.

Sumber: pengumuman rasmi kerajaan Jepun & Japan National Tourism Organization, disemak 10 September 2026.

08/09/2026

PERLU BELI DI JEPUN KE TAK? — Ep.4: Oncloud untuk Running

Korang selalu tanya “On yang mana patut beli” — jadi kali ni aku check betul-betul: 5 model paling dicari di Malaysia (ikut tag “bestseller” JD Sports Malaysia & on.com sendiri), plus 1 bonus.

1. CLOUDMONSTER 3 — best seller
Malaysia RM869 · Jepun ¥24,200 (±RM561 lepas tax-free)
Jimat 35% — beza RM308. BELI.

2. CLOUDSURFER NEXT — model terbaru
Malaysia RM829 · Jepun ¥18,700 (±RM434)
Jimat 48% — peratus paling tinggi dalam senarai ni. BELI.

3. CLOUDSURFER MAX — keluarga Cloudsurfer
Malaysia RM909 · Jepun ¥23,100 (±RM536)
Jimat 41%. BELI.

4. CLOUDSWIFT 4 — harian
Malaysia RM769 · Jepun ¥20,900 (±RM484)
Jimat 37% — satu-satunya yang on.com sendiri tag “Bestseller”. BELI.

5. CLOUDBOOM STRIKE 2 — marathon flagship
Malaysia RM1,299 · Jepun ¥35,200 (±RM816)
Jimat 37% — kasut marathon yang pelari serius cari. BELI.

+1 BONUS: LIGHTSPRAY CLOUDMONSTER 3 HYPER
Malaysia RM1,449 · Jepun ¥35,200 (±RM816)
Jimat 44% — beza RM633, paling besar antara 22 model Oncloud. Tak dijual JD Sports Malaysia, jadi bukan “paling dicari” — tapi jimat paling besar. BELI.

Enam model ni sekali: Malaysia RM6,124, Jepun RM3,647. Beza RM2,477.

Rangking #1– #5 aku ambil dari tag rasmi “bestseller” JD Sports Malaysia dan on.com Malaysia — bukan agakan aku sorang.

Semua harga rasmi dari on.com Jepun dan Malaysia, aku check 8 September. Kadar ¥1 = RM0.0255.

Address

D7-5-20, Pusat Perdagangan D7, 800 Jalan Sentul
Kuala Lumpur
51000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Escaption Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Escaption Travel:

Shortcuts

Share

Category