ANF Services Global

Call Directions Website

ANF Services Global Provide transportation, logistic, insurance and rescue services in ASEAN focusing Malaysia, Singapore, Thailand, and Laos

🌄 KHAO RA VIEWPOINT, KOH PHANGAN 🇹🇭Nak tengok panorama pulau & laut dari tempat tinggi? Khao Ra Viewpoint antara spot me...
05/09/2026

🌄 KHAO RA VIEWPOINT, KOH PHANGAN 🇹🇭

Nak tengok panorama pulau & laut dari tempat tinggi? Khao Ra Viewpoint antara spot menarik untuk pencinta alam dan kaki hiking. 🌿🥾

📸 Pemandangan cantik
⛰️ Trekking & hiking
🌊 Panorama pulau dan laut

Simpan dalam travel list kalau bercadang ke Koh Phangan! ✨

Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan, ANF telah membuka 3 cawangan baru yang akan beroperasi dalam bula...
03/09/2026

Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan, ANF telah membuka 3 cawangan baru yang akan beroperasi dalam bulan September ini, insya Allah. Antara cawangan yang akan dibuka adalah di :-

1. Cawangan Kajang-Bangi

2. Cawangan Wangsa Maju

3. Cawangan Kuala Terengganu

Kami amat berterima kasih atas sokongan tidak terhingga pelanggan-pelanggan yang setiap memilih ANF sebagai provider insurans Malaysia, Thailand dan Travel/Perjalanan. Pembukaan akan diumumkan kelak nanti. Alhamdulillah.

🚨🇹🇭 JANGAN LAMBAT BERTINDAK JIKA TERLIBAT KEMALANGAN DI THAILAND!Alhamdulillah, hari ini ANF Rescue Team telah menerima ...
03/09/2026

🚨🇹🇭 JANGAN LAMBAT BERTINDAK JIKA TERLIBAT KEMALANGAN DI THAILAND!

Alhamdulillah, hari ini ANF Rescue Team telah menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang memaklumkan bahawa beliau telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan warga Thailand sehari sebelumnya.

Namun begitu, pelanggan tersebut hanya menghubungi pihak ANF pada keesokan harinya untuk mendapatkan bantuan.

📞 Setelah menerima panggilan, pihak ANF Rescue Team terus memberikan panduan kepada pelanggan supaya hadir ke balai polis di kawasan kejadian untuk mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan laporan kemalangan.

Apabila tiba di balai polis, pihak polis memaklumkan bahawa kelewatan membuat laporan selepas berlaku kemalangan boleh menyebabkan kes tersebut dianggap serius dan berisiko dikaitkan dengan kesalahan melarikan diri dari tempat kejadian. Pelanggan juga dimaklumkan bahawa tindakan undang-undang dan denda boleh dikenakan mengikut siasatan serta keputusan pihak berkuasa.

🚑 ANF Rescue Team tidak berdiam diri!

Pihak kami terus berbincang dengan pihak polis dan menghubungi adjuster Viriyah Insurance bagi membantu proses penyelesaian kes.

Alhamdulillah 🤲🇲🇾🇹🇭

Oleh kerana pelanggan mempunyai perlindungan CI dan VI, serta hasil kerjasama semua pihak termasuk pihak yang terlibat yang tidak mahu memanjangkan perkara tersebut, kes akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

⚠️ PENGAJARAN UNTUK SEMUA PENUNGGANG & PEMANDU MALAYSIA DI THAILAND:

❌ Jangan tunggu esok.
❌ Jangan balik dahulu tanpa membuat laporan atau mendapatkan nasihat.
❌ Jangan cuba selesaikan sendiri jika tidak memahami prosedur.

✅ Jika berlaku kemalangan, hubungi pihak yang boleh membantu SEGERA.
✅ Ambil gambar dan video tempat kejadian.
✅ Catat nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat.
✅ Hubungi pihak insurans atau Rescue Team dengan segera.

⏰ Lagi cepat anda bertindak, lagi mudah pihak kami membantu!

Kemalangan mungkin berlaku tanpa diduga, tetapi tindakan yang betul pada waktu yang tepat boleh membantu mengelakkan masalah menjadi lebih besar.

🇲🇾🤝🇹🇭 ANF RESCUE TEAM — Bersama anda ketika kecemasan, membantu anda memahami prosedur dan menguruskan situasi di Thailand.

🇲🇾➡️🇹🇭 NAK KE THAILAND? TUKAR DUIT DI MANA LEBIH BERBALOI? 💸Ramai yang terus tukar Ringgit ke Baht sebelum masuk Thailan...
01/09/2026

🇲🇾➡️🇹🇭 NAK KE THAILAND? TUKAR DUIT DI MANA LEBIH BERBALOI? 💸

Ramai yang terus tukar Ringgit ke Baht sebelum masuk Thailand. Tapi tahukah anda, kadang-kadang kadar tukaran di Thailand boleh jadi lebih menarik? 😍

💱 KENAPA BOLEH JADI LEBIH BERBALOI DI THAILAND?

🔸 Banyak money changer bersaing
Terutamanya di kawasan sempadan dan bandar pelancongan seperti Danok & Hat Yai. Persaingan antara money changer boleh menyebabkan kadar yang lebih kompetitif.

🔸 Permintaan Ringgit agak tinggi
Kawasan selatan Thailand menerima ramai pelancong dari Malaysia. Jadi MYR merupakan mata wang yang biasa ditukar di kawasan tersebut.

🔸 Setiap money changer tawarkan kadar berbeza
Jangan terus tukar di tempat pertama yang anda jumpa. Kadar boleh berbeza walaupun pada hari yang sama.

📱 PALING PENTING — SEMAK KADAR PASARAN DAHULU!

Sebelum membuat keputusan, anda boleh semak kadar tukaran antarabangsa / kadar semasa MYR → THB sebagai rujukan.

Contohnya, jika kadar pasaran menunjukkan sekitar:

💰 RM1 = 7.80 THB

Kemudian money changer menawarkan RM1 = 7.85 THB, anda boleh pertimbangkan tawaran tersebut.

Tetapi jika hanya ditawarkan RM1 = 7.50 THB, mungkin ada pilihan lain yang lebih baik.

📌 Jangan tengok kadar sahaja!
Tanya juga sama ada terdapat caj atau fee tambahan, kerana jumlah Baht yang anda terima selepas caj adalah yang paling penting.

✅ Semak kadar antarabangsa
✅ Bandingkan beberapa money changer
✅ Tanya berapa THB untuk RM1
✅ Kira jumlah Baht yang akan diterima
✅ Baru buat keputusan

💡 Tips kecil sebelum bercuti ke Thailand:
Jangan terburu-buru tukar semua duit sekaligus. Buat perbandingan dahulu supaya setiap Ringgit anda dapat nilai yang lebih baik. 😉

🇲🇾🇹🇭 ANF Asia Global Services
Urusan perjalanan ke Thailand? ANF sentiasa sedia membantu!

🇲🇾❤️ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! ❤️🇲🇾31 OGOS 2026 | MALAYSIAKU, TANAH AIRKU 🇲🇾Bersempena sambutan Hari Keban...
31/08/2026

🇲🇾❤️ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69! ❤️🇲🇾
31 OGOS 2026 | MALAYSIAKU, TANAH AIRKU 🇲🇾

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69, ANF terus komited memberikan yang terbaik kepada pelanggan! 💪🏻

Alhamdulillah, hari ini seorang pelanggan ANF yang mendapatkan CI (Civi) bersama ANF telah menggunakan perkhidmatan towing PERCUMA apabila kenderaannya mengalami kerosakan di perjalanan. 🚨🏍️

Tanpa perlu risau, ANF Rescue hadir membantu dan kenderaan pelanggan telah dibawa dengan selamat ke bengkel untuk pemeriksaan serta kerja-kerja pembaikan. 🔧🛠️

🇲🇾 Semangat Merdeka bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi juga tentang saling membantu dan menjaga sesama kita.

Di ANF, kami percaya perjalanan anda bukan sekadar sampai ke destinasi — tetapi anda perlu tahu bahawa ada pasukan yang akan bersama anda apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka. 🤝

🎉 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur.

ANF Asia Global Services
🛡️ CI | VI | Travel Insurance
🚨 ANF Rescue Malaysia & Thailand
🚛 Towing & Bantuan Kecemasan

Ada trip kita luncur! 🇲🇾🔥

🇲🇾🇹🇭 KES KEMALANGAN DI BETONG — ALHAMDULILLAH SELESAI DENGAN BAIK! 🏍️🤝Alhamdulillah, satu lagi kes melibatkan pelanggan ...
29/08/2026

🇲🇾🇹🇭 KES KEMALANGAN DI BETONG — ALHAMDULILLAH SELESAI DENGAN BAIK! 🏍️🤝

Alhamdulillah, satu lagi kes melibatkan pelanggan ANF di Betong, Thailand berjaya diselesaikan dengan baik hasil tindakan pantas ANF Rescue Team. 🚨

📍 Kejadian berlaku apabila motosikal pelanggan ANF yang sedang diparkir tiba-tiba terjatuh dan terkena motosikal milik warga Thailand yang berada berdekatan. Motosikal pihak Thailand mengalami sedikit kesan calar akibat kejadian tersebut.

Sebaik menerima maklumat, ANF Rescue Team terus hadir ke lokasi kejadian untuk membantu pelanggan. Pelanggan kemudiannya dibawa ke balai polis bagi membuat laporan dan menyelesaikan urusan berkaitan kemalangan.

💯 Alhamdulillah, kes dapat diselesaikan dengan baik tanpa pelanggan perlu membayar ganti rugi secara terus kepada pihak Thailand, kerana pelanggan mempunyai perlindungan CI + VI yang lengkap.

Inilah pentingnya memastikan perlindungan insurans lengkap sebelum masuk ke Thailand. 🇹🇭🛡️

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Yang penting, kita ada perlindungan dan pasukan yang boleh membantu ketika diperlukan.

🚨 ANF Rescue — bukan sekadar insurans, kami bersama anda ketika kecemasan.

📞 Ada masalah di Thailand? Hubungi ANF Rescue. Kami bantu uruskan!

🇲🇾🇹🇭 ALHAMDULILLAH! SATU LAGI KES BERJAYA DISELESAIKAN OLEH ANF RESCUE 🚨🤝Alhamdulillah, hari ini 27/8/2026, Team ANF Res...
28/08/2026

🇲🇾🇹🇭 ALHAMDULILLAH! SATU LAGI KES BERJAYA DISELESAIKAN OLEH ANF RESCUE 🚨🤝

Alhamdulillah, hari ini 27/8/2026, Team ANF Rescue Malaysia & Thailand sekali lagi turun padang bagi membantu menyelesaikan kes kemalangan yang berlaku di Phatthalung pada 26/7/2026.

Team ANF Rescue telah hadir ke Balai Polis Srinakharin, Phatthalung bagi mengikuti perkembangan dan proses penyelesaian kes bersama pihak berkuasa Thailand.

Hasil siasatan dan perbincangan, pihak polis memaklumkan bahawa kedua-dua belah pihak didapati mempunyai kesalahan dalam kejadian tersebut.

Alhamdulillah, perkara paling melegakan — kes ini berjaya diselesaikan tanpa perlu dibawa ke mahkamah. 🙏

✅ Kes diselesaikan bersama pihak polis
✅ Proses dokumentasi dan urusan dibantu ANF Rescue
✅ Pelanggan Malaysia dibenarkan membawa pulang motosikal yang terlibat ke Malaysia 🇲🇾🏍️
✅ Tidak perlu melalui proses mahkamah

Ini adalah antara sebab kenapa ANF bukan sekadar menjual insurans, tetapi kami hadir bersama pelanggan apabila berlaku perkara yang tidak diingini di Thailand.

Dari kemalangan → hospital → polis → insurans → towing → urusan motosikal, Team ANF Rescue akan cuba bantu pelanggan sehingga urusan dapat diselesaikan sebaik mungkin. 💪🇲🇾🇹🇭

Terima kasih atas kepercayaan kepada ANF.
Bila berlaku kecemasan di Thailand, jangan panik — hubungi ANF Rescue. 🚑🚨

ANF Rescue — Kami bersama anda ketika anda paling memerlukan. ❤️

JOM PATUHI UNDANG-UNDANG, ELAK SAMAN & SELAMAT DI JALAN! 🇹🇭🚗🏍️Ramai yang drive atau ride ke Thailand, tapi jangan lupa s...
27/08/2026

JOM PATUHI UNDANG-UNDANG, ELAK SAMAN & SELAMAT DI JALAN! 🇹🇭🚗🏍️

Ramai yang drive atau ride ke Thailand, tapi jangan lupa setiap pelanggaran undang-undang boleh dikenakan saman yang tinggi. 💸

⚠️ Antara kesalahan yang perlu dielakkan:
🏎‍🟀 Memandu melebihi had laju
🚫 Parkir di kawasan larangan
📱 Menggunakan telefon semasa memandu
🚦 Melanggar lampu isyarat merah
⛑️ Tidak memakai helmet
🪪 Tidak membawa dokumen kenderaan yang lengkap
🍺 Memandu di bawah pengaruh alkohol

💡 TIPS PENTING:
✔️ Pandu ikut had laju yang ditetapkan
✔️ Pakai tali pinggang keledar & helmet
✔️ Bawa dokumen asal kenderaan seperti geran, insurans dan lesen memandu
✔️ Semak kawasan parkir sebelum tinggalkan kenderaan
✔️ Jangan guna telefon semasa memandu
✔️ Jika dikenakan saman, jelaskan saman mengikut arahan pihak berkuasa

⚠️ INGAT! Jangan pandang ringan tentang saman di Thailand. Sentiasa patuhi undang-undang dan pandu dengan berhemah.

KAMI DARI ANF ASIA GLOBAL SIAP SEDIA MEMUDAHKAN DAN MEMPERINGATI PERJALANAN ANDA 🤗🥰❤️

🇲🇾🏍️ ALHAMDULILLAH! SATU LAGI TRIP TOWING ANF SELESAI DENGAN SELAMAT! 🚛💨Alhamdulillah, semalam 25/8/2026, seorang pelang...
27/08/2026

🇲🇾🏍️ ALHAMDULILLAH! SATU LAGI TRIP TOWING ANF SELESAI DENGAN SELAMAT! 🚛💨

Alhamdulillah, semalam 25/8/2026, seorang pelanggan ANF telah menggunakan perkhidmatan towing dari Hatyai, Thailand terus ke Johor Bahru 🇹🇭➡️🇲🇾

Dari urusan pickup, perjalanan sehinggalah penghantaran ke destinasi, semuanya diuruskan oleh pihak ANF. Insya-Allah, kami cuba berikan perkhidmatan yang mudah, selamat dan terbaik untuk pelanggan. 🤝

Terima kasih kerana terus mempercayai ANF Asia Global Service ❤️

🏍️ Motor nak dibawa pulang dari Thailand?
🚛 Perlukan towing Thailand ➡️ Malaysia?
📞 Boleh terus hubungi ANF untuk bincang trip dan harga.

Ada trip, kita luncur! 🔥💨
ANF — Bersama Anda Ketika Anda Memerlukan.

🇹🇭🚗 Nak masuk Thailand dengan kenderaan?Jangan lupa isi TM2/TM3 & TDAC di mana2 cawangan ANF sebelum masuk Thailand. Pas...
25/08/2026

🇹🇭🚗 Nak masuk Thailand dengan kenderaan?

Jangan lupa isi TM2/TM3 & TDAC di mana2 cawangan ANF sebelum masuk Thailand. Pastikan semua dokumen lengkap, perjalanan pun lebih lancar! ✨

Address

165-1, Jalan Sarjana, Taman Connaught, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ANF Services Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share