Anjung Singgah

Anjung Singgah Anjung Singgah-Pusat Rujukan Intervensi Golongan Gelandangan sekaligus membantu diintergrasikan semula ke dalam masyarakat. Projek Yayasan Kebajikan Negara

05/03/2026
31/07/2025

Selamat Hari Pahlawan 2025

Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wira dan wirawati tanah air yang telah berkorban jiwa dan raga demi kemerdekaan serta keamanan negara tercinta.

Tidak semua wira mengangkat senjata. Ada yang berjuang dengan jiwa, ilmu dan tenaga demi masa depan rakyat yang lebih sejahtera.

Semangat juang mereka menjadi inspirasi buat kami di YKN untuk terus menyambung perjuangan ini melalui inisiatif kebajikan dan perlindungan sosial kepada mereka yang memerlukan.

🇲🇾 Jasa Pahlawan, Warisan Perjuangan







shukri



yknm

20/03/2025
*Ceria Syawal YKN: Bersama Kita Kongsi Rezeki, Eratkan Ukhuwah* Ramadan adalah bulan keberkatan, dan Syawal adalah bulan...
15/03/2025

*Ceria Syawal YKN: Bersama Kita Kongsi Rezeki, Eratkan Ukhuwah*

Ramadan adalah bulan keberkatan, dan Syawal adalah bulan kegembiraan. Namun, tidak semua berpeluang menyambutnya dengan penuh ceria. Yayasan Kebajikan Negara (YKN) mengajak anda—pihak korporat, syarikat, dan individu dermawan—untuk bersama kami menyebarkan kasih sayang melalui *Program Ceria Syawal YKN*.

Dengan infaq dan program *CSR* bersama YKN, anda dapat membantu:
✅ Menaja pakaian raya untuk anak-anak asnaf, anak yatim & keluarga kurang berkemampuan
✅ Menyumbang *bakul makanan* kepada yang memerlukan
✅ Memberi *juadah berbuka puasa* untuk mereka yang kurang bernasib baik
✅ Menawarkan **perkhidmatan gunting rambut percuma** bagi mereka yang tidak berkemampuan

Setiap sumbangan anda bukan sekadar meringankan beban mereka, tetapi juga *dikecualikan cukai* di bawah *Akta Cukai Pendapatan 1967*.

Jom bersama YKN, jadikan Ramadan lebih bermakna dan Syawal lebih berseri. Hulurkan tangan, ringankan beban.

Maklumat lanjut & sumbangan:
📞 012-306 2656 Anjung Singgah / 012-232 6370 Anjung Kembara atau Unit Dana dan Komunikasi Korporat 019-291 4339

Address

Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu
Kuala Lumpur
50100

Telephone

03-20260264

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anjung Singgah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share