Wisma Transit Kuala Lumpur

Wisma Transit Kuala Lumpur Facebook Rasmi WTKL

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PLTD TAHUN 2026Kuala Lumpur - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PLTD Tahun 2026 telah ...
09/04/2026

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT PLTD TAHUN 2026

Kuala Lumpur - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PLTD Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026 bertempat di Dewan The Ship Senior Rank Club, 91 DPOD. Majlis ini melibatkan penyertaan pasukan WTKL yang terdiri daripada seorang pegawai dan tiga anggota LLP.

Bertemakan β€œAl-Falah Pemacu Malaysia Madani”, majlis ini menzahirkan usaha berterusan dalam memperkukuh nilai-nilai Islam sebagai asas pembinaan masyarakat yang sejahtera dan berdaya maju.

Pasukan WTKL diwakili oleh Kapt Muhammad Zaidi bin Abd Mubin bagi kategori Qari pegawai, Kpl Muhammad Muaz Dickson bin Abdullah bagi kategori Saudara Muslim, Pbt Mohammad Syafiq bin Mohamad Bakri bagi kategori Qari, serta Kpl Farah Amalina binti Saarani bagi kategori Qariah.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan WTKL telah mencatat keputusan memberangsangkan apabila berjaya meraih tempat pertama bagi kategori Qari dan Qariah. Selain itu, kategori Qari pegawai menyaksikan wakil memperoleh tempat kedua, manakala bagi kategori Saudara Muslim, peserta berjaya menduduki tempat keempat, secara tidak langsung WTKL menjadi juara keseluruhan peringkat PLTD.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat dalam bacaan Al-Quran, malah turut memperkukuh penghayatan dan kecintaan terhadap ajaran Islam dalam kalangan warga PLTD.

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒPegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur,  Kolonel Safarin bin Mohd Saad ...
21/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Kolonel Safarin bin Mohd Saad dan seluruh warga WTKL dengan penuh takzim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Maaf Zahir dan Batin.

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

20/03/2026

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI WTKL TAHUN 2026

Dikesempatan ini, Pegawai Memerintah dan seluruh warga Wisma Transit Kuala Lumpur ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat seluruh Warga Tentera Darat khususnya dan warga Angkatan Tentera Malaysia amnya.

KESELESAAN ANDA: KEUTAMAAN KAMI

PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN SEMPENA BULAN RAMADAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPURKuala Lumpur – Seramai 20 orang peserta te...
19/03/2026

PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN SEMPENA BULAN RAMADAN WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur – Seramai 20 orang peserta telah menyertai Program Penurunan Berat Badan anjuran Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Program ini juga turut disertai oleh YBhg Pegawai Memerintah WTKL.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu peserta menurunkan berat badan secara sihat melalui kawalan pemakanan serta pengamalan rutin harian yang lebih teratur sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif dalam memberi sokongan positif kepada anggota yang mempunyai indeks j***m badan (BMI) berlebihan agar dapat mencapai berat badan yang lebih ideal.

Seterusnya, pemenang bagi program ini telah disandang oleh Sjn Shaharizal bin Saharizul yang berjaya mencatatkan penurunan berat badan sebanyak 7 kilogram sepanjang tempoh program ini. Beliau telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM700.00. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg Pegawai Memerintah, Kol Safarin bin Mohd Saad.

Tahniah diucapkan kepada Sjn Shaharizal atas kejayaan tersebut. Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua peserta yang telah berjaya menurunkan berat badan masing-masing. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta dan dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1447H/2026M WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL)Kuala Lumpur – Sempena bulan Ramadan pada tahun ini, ...
19/03/2026

PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1447H/2026M WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL)

Kuala Lumpur – Sempena bulan Ramadan pada tahun ini, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan pada 12 Mac 2026 (Khamis) yang melibatkan seluruh warga WTKL.

Program ini dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian cenderahati kepada para peserta. Seterusnya, program diteruskan dengan majlis iftar dan solat Maghrib secara berjemaah, sebelum diakhiri dengan solat Isyak dan Tarawih serta jamuan moreh.

Penganjuran program ini bukan sahaja mengimarahkan bulan Ramadan, malah turut mempereratkan ukhuwah dalam kalangan warga WTKL. YBhg Pegawai Memerintah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga yang telah menjayakan program ini, di samping mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN HOSPITALITI DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL)KUAL...
05/03/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN HOSPITALITI DAN PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL)

KUALA LUMPUR, 5 Mac 26: Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Hospitaliti dan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota yang telah berlangsung di Pejabat Pegawai Memerintah WTKL pada 4 Mac 26.

Majlis dimulakan dengan acara Serah Terima Tugas diantara Pemangku Ketua Cawangan Hospitaliti, Kapt Muhammad Zaidi bin Abd Mubin dan Mej Roszita binti Mohd Johan selaku Ketua Cawangan Hospitaliti yang baru. Acara dimulakan dengan menandatangani nota serah terima tugas yang di saksikan oleh Pegawai Memerintah, YBhg Kol Safarin bin Mohd Saad.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat anggota yang melibatkan 1 x anggota iaitu Kpl Mohamad Syukri bin Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat ke P/Sarjan.

Akhir Sekali, Pegawai Memerintah turut mengalu-alukan kedatangan Ketua Cawangan Hospitaliti yang baru dan mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

TEMUDUGA DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA ANGGOTA WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL) YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KUALA...
04/03/2026

TEMUDUGA DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA ANGGOTA WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL) YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN

KUALA LUMPUR, 25 Feb 26: Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) telah melaksanakan Temuduga Menamatkan Perkhidmatan 21 Tahun yang disempurnakan oleh YBhg Kolonel Safarin bin Mohd Saad, Pegawai Memerintah WTKL.

Seramai 4 orang anggota yang menamatkan perkhidmatan 21 Tahun iaitu Sjn Siti Marliana binti Yahaya, Kpl Mohamad Faizal bin Abd Rahim, Kpl Mohd Hafiz bin Mohd Khair dan Kpl Muhammad Masamera bin Masba.

Pegawai Memerintah, mewakili seluruh warga WTKL, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa serta sumbangan bakti anggota sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di pasukan ini.

Pegawai Memerintah turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan semasa bertugas di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) SIRI 1/26 WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – Seramai 60 or...
19/01/2026

PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) SIRI 1/26 WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – Seramai 60 orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Siri 1/26 yang telah dilaksanakan di Padang Kawad Rejimen 515 (AW).

Aturcara perbarisan ini dimulakan dengan kehadiran dan pemeriksaan barisan oleh Yang Dihormati Pegawai Waren Satu Ahmad Shahir bin Zakaria. Seterusnya, acara diteruskan dengan ucapan oleh SMR. Dalam ucapannya, SMR telah menegaskan kepada setiap anggota untuk mengekalkan disiplin masing-masing ditahap yang tertinggi sepertimana yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan. Selain itu, SMR turut mengingatkan agar semua anggota menjauhi salahlaku, khususnya dalam penyahlahgunaan dadah dan juga penyahlahgunaan media sosial yang boleh menjejaskan imej pasukan dan organisasi.

Perbarisan ini merupakan salah satu aktiviti rejimental yang wajib dilaksanakan pada setiap tahun bagi menilai aspek disiplin dan keseragaman anggota. Ia juga adalah salah satu platform penting bagi memperkukuhkan disiplin, kepimpinan serta tahap kesiapsiagaan anggota pasukan.

Akhir sekali, dengan penganjuran perbarisan sebegini ini ia diyakini mampu mempertingkatkan jati diri, tanggungjawab serta kerjasama berpasukan dalam memastikan setiap anggota berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.

KESELESAAN ANDA: KEUTAMAAN KAMI

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL)Kuala Lumpur, 12 Januari 2026: WTKL ...
19/01/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR (WTKL)

Kuala Lumpur, 12 Januari 2026: WTKL telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat pada 12 Jan 26. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Kolonel Safarin bin Mohd Saad, Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur.

Seramai 8 orang anggota telah dinaikan pangkat pada majlis ini yang melibatkan seorang Koperal ke Pemangku Sarjan iaitu Kpl Norazren binti Abd Majid dan melibatkan 7 orang Lans Koperal dinaikan pangkat ke Koperal iaitu

(1) LKpl Muhammad Zulmajdi bin Abdul Rashid
(2) LKpl Muhammad Firdaus Hakim bin Roslan
(3) LKpl Alfiandy Juakim
(4) LKpl Muhammad Azri bin Razali
(5) LKpl Yasudem Arot
(6) LKpl Muhammad Adli bin Ashari
(7) LKpl Munawir Sazali bin Musivita

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka semua yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menaikkan semangat dan mutu perkhidmatan ke arah yang lebih cemerlang.

KESELESAAN ANDA: KEUTAMAAN KAMI

Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP WTKLKuala Lumpur, 19 Nov 25 : Satu Majlis Pemakaian Pangkat LLP WTKL telah disempur...
20/11/2025

Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP WTKL

Kuala Lumpur, 19 Nov 25 : Satu Majlis Pemakaian Pangkat LLP WTKL telah disempurnakan oleh Kolonel Safarin bin Mohd Saad, Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur yang melibatkan Pemakaian Pangkat Lans Koperal ke Koperal

(1) LKpl Asmadi bin Asmy.
(2) LKpl Atiqah binti Romli.

dan Pemakaian Pangkat Pemandu ke Lantikan Lans Koperal

(1) Pmd Muhammad Ikmal Hafizi bin Alias.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini dapat menaikkan semangat dan mutu perkhidmatan ke arah yang lebih cemerlang.

KESELESAAN ANDA : KEUTAMAAN KAMI

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ„ππ˜π„π‘π€π‡ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 πŒπ„π‰π€π‘ π‘π„π‰πˆπŒπ„π (π’πŒπ‘) π–πˆπ’πŒπ€ π“π‘π€ππ’πˆπ“ πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ (π–π“πŠπ‹)
19/11/2025

ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ„ππ˜π„π‘π€π‡ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍 πŒπ„π‰π€π‘ π‘π„π‰πˆπŒπ„π (π’πŒπ‘) π–πˆπ’πŒπ€ π“π‘π€ππ’πˆπ“ πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘ (π–π“πŠπ‹)

16/09/2025

Address

Wisma Transit Kuala Lumpur, Kompleks Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wisma Transit Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wisma Transit Kuala Lumpur:

Share

SEJARAH

SEJARAH WISMA TRANSIT

673 KEM TRANSIT KUALA LUMPUR TELAH DITUBUHKAN PADA 15 JULAI 1966 MANAKALA PASUKAN PASUKAN KEM TRANSIT PELABUHAN KLANG DITUBUHKAN PADA 1 JULAI 1967 DI LOKASI YANG SAMA IAITU DI JALAN AMPANG KUALA LUMPUR.

MATLAMAT PENUBUHAN ADALAH UNTUK MENYEDIAKAN DAN MENGURUSKAN KEPERLUAN PENGINAPAN SAJIAN DAN PERGERAKAN UNTUK ANGGOTA DAN KELUARGA ATM.

KEM TRANSIT BOLEH MENAMPUNG KAPASITI SERAMAI 45 KELUARGA DAN 104 ANGGOTA.