Bakul Emas

Call Directions Website Contact the business

Bakul Emas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bakul Emas, Kuala Lumpur.

Kepakaran kami menyediakan khidmat nasihat pelaburan Emas dengan cara yang TEPAT untuk kasih sayang
BILA KALI TERAKHIR ANDA HADIAHKAN EMAS KEPADA YANG TERSAYANG

11/10/2026

๐Ÿ‘€ KALAU BOLEH PILIH SATU JEโ€ฆ

Bayangkan semua ni depan mata....
tapi cuma SATU boleh dibawa p**ang! ๐Ÿคฉ

Jika diberi pilhan, yang mana satu pilihan anda? ๐Ÿ’›

๐Ÿช™ 3 LANGKAH MELABUR DALAM EMAS DENGAN BETULRamai orang kata mereka โ€œmelabur dalam emasโ€.Tetapi adakah mereka benar-benar...
08/10/2026

๐Ÿช™ 3 LANGKAH MELABUR DALAM EMAS DENGAN BETUL

Ramai orang kata mereka โ€œmelabur dalam emasโ€.
Tetapi adakah mereka benar-benar melabur dalam emas fizikal?
Sebenarnya ada 3 langkah penting yang perlu difahami:

1๏ธโƒฃ PILIH EMAS FIZIKAL
Kalau tujuan anda ialah memiliki emas sebagai aset (i.e. melabur dalam emas), pilih emas fizikal yang boleh anda pegang, simpan dan jual semula.
Bukan sekadar melihat angka emas di skrin.
Anda memiliki emas sebenar apabila emas yang anda pilih adalah emas fizikal.

2๏ธโƒฃ PILIH EMAS PELABURAN
Bukan semua emas sesuai untuk pelaburan.
Fokus kepada produk seperti:
๐Ÿช™ Gold Bar
๐Ÿช™ Gold Coin
๐Ÿช™ Dinar

Perhatikan perkara penting seperti ketulenan, berat, premium dan spread, serta kemudahan menjual semula.
Matlamatnya bukan membeli emas untuk bergaya.
Matlamatnya ialah mengumpul aset.

3๏ธโƒฃ SIMPAN DENGAN SELAMAT
Sudah beli emas?
Jangan p**a simpan secara sembarangan.
Untuk jumlah yang semakin besar, pertimbangkan tempat penyimpanan yang selamat seperti safe deposit box atau kemudahan penyimpanan emas yang mempunyai tahap keselamatan yang sesuai.

Kerana emas yang disimpan dengan selamat ialah emas yang boleh terus menjadi aset anda untuk jangka panjang.

๐Ÿšจ INI YANG RAMAI ORANG TERLEPAS PANDANG
Beli emas sahaja tidak mencukupi.

Anda perlu:
BELI โ†’ PILIH EMAS PELABURAN โ†’ SIMPAN DENGAN SELAMAT
Kalau salah satu langkah ini diabaikan, strategi pemilikan emas anda mungkin tidak mencapai tujuan pelaburan yang anda inginkan.

Dan jangan lupaโ€ฆ
MASA ADALAH FAKTOR PALING PENTING.
Emas yang anda kumpul hari ini boleh menjadi sebahagian daripada kekayaan anda 5, 10 atau 20 tahun akan datang.

Masalahnya?
Ramai orang hanya mahu membeli emas selepas harga sudah naik tinggi.
Jangan tunggu sehingga semua orang bercakap tentang emas.
Bina pegangan ketika orang lain masih ragu-ragu.
Mulakan kecil.
Beli secara konsisten.
Simpan untuk jangka panjang.

๐Ÿช™ EMAS YANG PALING BERHARGA BUKAN SEMATA-MATA EMAS YANG ANDA MAHU BELI.
Tetapi emas yang benar-benar sudah anda miliki.

๐Ÿ”ฅ JANGAN TUNGGU 5 TAHUN UNTUK MENYESAL KENAPA ANDA TIDAK MULA 5 TAHUN LALU.

Jom buka akaun GAP PUBLICGOLD percuma https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00320552

KENAPA US TREASURY YIELD NAIK?DAN APA KESANNYA KEPADA HARGA EMAS?Sejak kebelakangan ini, yield US Treasury meningkat den...
03/10/2026

KENAPA US TREASURY YIELD NAIK?
DAN APA KESANNYA KEPADA HARGA EMAS?

Sejak kebelakangan ini, yield US Treasury meningkat dengan ketara. Pada 1 Oktober 2026, yield Treasury 10 tahun mencecah sekitar 5.34%, paras tertinggi sejak 2002.

Tetapi apa sebenarnya maksudnya?

1๏ธโƒฃ APA ITU US TREASURY?

US Treasury ialah bon yang diterbitkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat untuk meminjam wang daripada pelabur.

Pelabur meminjamkan wang kepada kerajaan AS dan menerima p**angan/faedah sebagai balasan.

Secara mudah:
Anda pinjamkan duit kepada Kerajaan AS โ†’ Kerajaan bayar faedah kepada anda.

2๏ธโƒฃ APA ITU โ€œYIELDโ€?

Yield ialah kadar p**angan yang diperoleh apabila seseorang memegang Treasury pada harga pasaran semasa.

Yang penting:
Harga bon TURUN โ†’ Yield NAIK
Harga bon NAIK โ†’ Yield TURUN

Sebab itu apabila kita mendengar berita โ€œTreasury yields sedang naikโ€, ia bermaksud kos pembiayaan dalam ekonomi AS juga sedang meningkat.

3๏ธโƒฃ KENAPA YIELD PENTING KEPADA EMAS?

Emas tidak membayar faedah atau yield.

Jadi apabila Treasury memberikan yield yang semakin tinggi, sesetengah pelabur mungkin berkata:
โ€œKenapa pegang emas yang tidak beri faedah kalau saya boleh dapat p**angan daripada Treasury?โ€

Ini meningkatkan opportunity cost untuk memegang emas dan boleh memberi tekanan kepada harga emas.

Tambahan p**a, yield AS yang tinggi sering menyokong US Dollar. Apabila dolar menguat, emas yang berharga dalam dolar menjadi lebih mahal kepada pembeli menggunakan mata wang lain. Ini juga boleh memberi tekanan kepada harga emas.

JADI, ADAKAH YIELD NAIK = EMAS MESTI JATUH?

Tidak semestinya.

Hubungan ini memang penting, tetapi bukan satu-satunya faktor yang menentukan harga emas.

Pada masa ini, emas masih disokong oleh faktor seperti permintaan bank pusat, geopolitik dan kebimbangan terhadap keadaan fiskal global. Reuters melaporkan bahawa hubungan tradisional antara yield dan emas telah menjadi kurang konsisten sejak 2022.

Kesimp**annya:
๐Ÿ“ˆ Yield naik โ†’ tekanan kepada emas
๐Ÿ“‰ Yield turun โ†’ biasanya lebih positif untuk emas

Tetapi jangan lihat satu faktor sahaja.

Emas bergerak kerana banyak faktor โ€” bukan yield semata-mata.

Dan bagi pelabur jangka panjang, turun naik harga adalah sebahagian daripada perjalanan.

Buka akaun GAP Public Gold percuma
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00320552

3 PELAJARAN HIDUP YANG SANGAT BERMAKNA1. HIDUP ADA NAIK DAN TURUNJangan bandingkan hidup kita dengan apa yang kita nampa...
28/09/2026

3 PELAJARAN HIDUP YANG SANGAT BERMAKNA

1. HIDUP ADA NAIK DAN TURUN

Jangan bandingkan hidup kita dengan apa yang kita nampak pada orang lain. Kita hanya melihat satu babak dalam hidup mereka, bukan keseluruhan cerita.
Hari ini kita susah, esok mungkin giliran kita menikmati hasilnya.

2. PILIHAN KITA MENENTUKAN MASA DEPAN

Kita tidak mampu memilih tempat kita dilahirkan, keluarga atau keadaan hidup.
Tetapi kita boleh memilih apa yang kita lakukan setiap hari.
Pilihan kecil hari ini boleh mengubah kehidupan kita pada masa depan.

3. HIDUP MUDAH TIDAK SEMESTINYA BAIK

Keselesaan yang berlebihan boleh melemahkan kita.
Kesusahan p**a boleh menjadikan kita lebih kuat, lebih matang dan lebih bijak.

Kadang-kadang, kesusahan yang kita lalui hari ini adalah harga yang perlu dibayar untuk kehidupan yang lebih mudah pada masa depan.

Jadi, kalau anda sedang bergelut hari ini...

JANGAN PUTUS ASA.

Teruskan melangkah.
Teruskan berusaha.
Teruskan percaya.

Mungkin anda sebenarnya lebih hampir kepada kejayaan daripada yang anda sangka.

JANGAN BERHUTANG UNTUK MEMBUAT PELABURAN1. Oleh kerana tak ramai (mungkin tak ada langsung!) orang yang menyatakannya, s...
22/09/2026

JANGAN BERHUTANG UNTUK MEMBUAT PELABURAN

1. Oleh kerana tak ramai (mungkin tak ada langsung!) orang yang menyatakannya, saya perlu menjelaskan yang kita tidak disyorkan untuk meminjam wang untuk membuat pelaburan (kecuali untuk membeli hartanah).

2. Mengapa tidak?

3. Dua sebab utama? Pertamanya, by itsโ€™ very nature, pelaburan melibatkan risiko. Basically, hampir semua pelaburan โ€“ saham, unit amanah, crypto, hartanah, emas โ€“ tidak menjanjikan p**angan. Ini bermakna kita boleh menanggung kerugian, dan malah boleh kehilangan semua wang kita apabila melabur!

4. Keduanya, berhutang melibatkan bayaran balik prinsipal DAN faedah. Dan bayaran balik ini adalah pasti dan wajib. Kita wajib membayar balik hutang tidak kira kita buat duit daripada pelaburan itu atau tidak!

5. Jadi apabila kita berhutang untuk membuat pelaburan, kita menggandakan risikonya tanpa apa-apa gerenti kita akan buat duit.

6. Inilah dua sebab utama mengapa kita tidak disyorkan untuk meminjam wang untuk membuat pelaburan.

7. Inilah juga sebabnya mengapa saya sering tersedak apabila mendengar mana-mana skim pelaburan yang melibatkan hutang. Dan leverage adalah hutang, ya, tuan puan semua!

8. Next, jika sesiapa yang teruja dengan leverage 10X, saya rasa mereka ini patut mencari syarikat yang menawarkan leverage 100X! After all, jika leverage 10X bagus, leverage 100X mesti jauh lebih bagus!

9. Akhirnya, saya perlu menjelaskan yang saya tidak berkata meminjam wang untuk membuat pelaburan itu salah, haram atau berdosa. Praktis ini sah dan malah AMAT MENGUNTUNGKAN KEPADA PIHAK YANG MEMBERIKAN PINJAMAN DAN EJEN MEREKA (yang menerangkan mengapa mereka begitu beria-beria mempromosikannya!). Tetapi ianya merupakan strategi yang songsang untuk pelabur individu.

10. Jadi anda perlulah berfikir panjang-panjang sebelum menambahkan hutang.

16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Starter Pack: CHECK! โœ…

S**a durian? โœ”๏ธ
Main badminton? โœ”๏ธ
Minat bunga raya? โœ”๏ธ
Ingat emas terus ingat Public Gold โœ”๏ธ๐Ÿคญ

Okay sah rakyat Malaysia! ๐Ÿ˜‚

Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’›

BERAPA BANYAK EMAS PATUT KITA SIMPAN? ๐Ÿช™Ramai orang bertanya:"Berapa gram emas yang patut saya ada?"Sebenarnya, soalan ya...
13/09/2026

BERAPA BANYAK EMAS PATUT KITA SIMPAN? ๐Ÿช™

Ramai orang bertanya:
"Berapa gram emas yang patut saya ada?"

Sebenarnya, soalan yang lebih penting ialah:
"Berapa banyak kekayaan saya yang patut saya lindungi?"

Sebagai panduan mudah:
๐Ÿ”ธ Kekayaan RM100,000
โ†’ Simpan RM10,000โ€“RM20,000 dalam emas

๐Ÿ”ธ Kekayaan RM500,000
โ†’ Simpan RM50,000โ€“RM100,000 dalam emas

๐Ÿ”ธ Kekayaan RM1 juta
โ†’ Simpan RM100,000โ€“RM200,000 dalam emas

Itulah konsep 10%โ€“20% kekayaan dalam emas.

Bukan kerana kita tahu bila krisis akan berlaku.

Tetapi kerana kita tidak tahu bila ia akan berlaku.
Inflasi boleh datang.
Ekonomi boleh berubah.
Pasaran boleh jatuh.
Nilai mata wang boleh susut.

Dan apabila semuanya berlaku...
orang yang mempunyai emas masih mempunyai pilihan.

Jangan tunggu sehingga kita rasa perlu memiliki emas.
Miliki emas ketika kita belum memerlukannya.

Kerana apabila semua orang mula mencari perlindungan,
harga mungkin sudah berubah โ€” dan peluang mungkin sudah berlalu.

Masa terbaik untuk membina perlindungan kekayaan ialah sebelum kita memerlukannya.

๐Ÿช™ Simpan emas. Lindungi kekayaan. Kekalkan pilihan.
Jom saya bantu ada akaun Emas GAP https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00320552

12/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ ๐ƒ๐”๐€ ๐ˆ๐Š๐Ž๐. ๐’๐€๐“๐” ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐†๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€. ๐Ÿ’›

Apabila simbol kebanggaan bertemu sebuah pencapaian, lahirlah dua koleksi yang membawa makna lebih daripada sekadar emas.

๐ŸŒบ ๐Ÿ๐† ๐๐ฎ๐ง๐ ๐š ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐๐š๐ซ
Diilhamkan daripada Bunga Raya, bunga kebangsaan yang menjadi simbol identiti, semangat dan kebanggaan rakyat Malaysia. Kini, keindahannya hadir dalam kilauan emas Au 999.9. โœจ

๐Ÿญ ๐ŸŽ.๐Ÿ“๐† ๐‘๐ž๐Ÿ๐ข๐ง๐ž๐ซ๐ฒ ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐๐š๐ซ
Meraikan satu lagi pencapaian bermakna buat Public Gold dengan pembukaan Public Gold Refinery โ€” melambangkan satu langkah baharu dalam perjalanan dan perkembangan industri emas tempatan. โœจ

๐Ÿ“Œ Dapatkan koleksi ini secara terus di Grand Opening Public Gold Refinery pada 15 September 2026.

๐Ÿ“ฒ ๐“๐จ๐ฉ ๐”๐ฉ ๐†๐€๐ anda sekarang dan bersiap sedia untuk memiliki koleksi yang membawa cerita Malaysia ini. ๐Ÿ’›

๐‘บ๐’‚๐’•๐’– ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’”๐’Š๐’Ž๐’ƒ๐’๐’ ๐’Œ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐’๐’†๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚.
๐‘บ๐’‚๐’•๐’– ๐’๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐’Ž๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’˜๐’‚ ๐’„๐’†๐’“๐’Š๐’•๐’‚ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’–๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’†๐’Ž๐’‚๐’‹๐’–๐’‚๐’. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Tertakluk terma & syarat.

5 SEBAB WANITA PATUT PILIH EMAS DI PG JEWEL ๐Ÿ’›Barang kemas bukan sekadar untuk nampak cantik.Ia juga boleh menjadi cara m...
10/09/2026

5 SEBAB WANITA PATUT PILIH EMAS DI PG JEWEL ๐Ÿ’›

Barang kemas bukan sekadar untuk nampak cantik.
Ia juga boleh menjadi cara menyimpan nilai.

1๏ธโƒฃ CANTIK DIPAKAI, BERNILAI DISIMPAN
Pakai untuk mencantikkan diri.
Simpan untuk membina kekayaan.
Satu barang, dua fungsi.

2๏ธโƒฃ EMAS 916 โ€” BUKAN SEKADAR AKSESORI
Apabila kita membeli barang kemas PG Jewel, kita bukan sekadar membeli reka bentuk.
Kita memiliki emas 916 yang mempunyai nilai.
Dan apabila keadaan memerlukan, emas itu boleh dijual semula.

3๏ธโƒฃ HADIAH YANG ADA NILAI
Hari jadi.
Anniversary.
Hari ibu.
Hadiah untuk isteri.
Hadiah untuk anak perempuan.
Daripada membeli sesuatu yang nilainya mungkin hilang selepas digunakanโ€ฆ
berikan hadiah yang boleh kekal nilainya sebagai emas.

4๏ธโƒฃ BOLEH JADI โ€œTABUNG EMASโ€ WANITA
Sedikit demi sedikit.
Satu cincin.
Satu rantai.
Satu gelang.
Lama-lamaโ€ฆ
koleksi barang kemas itu menjadi sebahagian daripada aset keluarga.

5๏ธโƒฃ KENAPA TUNGGU?
Harga emas bergerak.
Hari ini mungkin kita rasa mahal.
Tetapi beberapa tahun kemudian, kita mungkin berkata:
โ€œKalaulah aku beli masa ituโ€ฆโ€
Itulah FOMO yang ramai orang hanya sedar selepas harga emas naik.
Jadi, jangan tunggu sehingga ada โ€œduit lebihโ€.
Jadikan sebahagian duit yang ada hari ini sebagai emas yang boleh dipakai.
Cantik hari ini.
Bernilai untuk masa depan.

๐Ÿ’› PG JEWEL โ€” PAKAI EMAS. SIMPAN NILAI.
Jangan tunggu sampai orang lain sudah mula mengumpul.
Mungkin masa terbaik untuk memiliki emas pertama anda ialah HARI INI.

Jom saya bantu ada akaun Emas GAP https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00320552

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

0133466695

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bakul Emas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bakul Emas:

Shortcuts

Share