20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kini tibalah Syawal yang mulia.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi dan usaha yang telah diberikan sepanjang ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan segala usaha kita diberkati.
Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang saya menjalankan amanah ini.
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan kepada kita semua serta keluarga tercinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas dari
Mohd Zulkifli Hassan
CEO RISDA FLEET SDN BHD