KTM Kargo

KTM Kargo This page is created mainly as a platform to promote the operational and commercial business of the premier Cargo/Freight Trains on the sharing basis.

01/04/2024
SELAMAT HARI THAIPUSAMSelamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua   penganut agama Hindu yang akan meraikan peraya...
04/02/2023

SELAMAT HARI THAIPUSAM

Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu yang akan meraikan perayaan itu esok.

SELAMAT TAHUN BAHARU 2023Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh warga kerja KTMB!"KTMB Menuju Era Digitalisasi"
31/12/2022

SELAMAT TAHUN BAHARU 2023

Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh warga kerja KTMB!

"KTMB Menuju Era Digitalisasi"

SELAMAT HARI NATAL KEPADA   YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN
24/12/2022

SELAMAT HARI NATAL KEPADA YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN

Selamat Hari Deepavali kepada   yang beragama Hindu πŸͺ”
22/10/2022

Selamat Hari Deepavali kepada yang beragama Hindu πŸͺ”

SALAM MAULIDUR RASUL  !Perbanyakkan selawat pada hari ini.
09/10/2022

SALAM MAULIDUR RASUL !

Perbanyakkan selawat pada hari ini.

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”   Semoga kerharmonian, perpaduan, keamanan dan kedaulatan negara akan terus terpelihara.
15/09/2022

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

Semoga kerharmonian, perpaduan, keamanan dan kedaulatan negara akan terus terpelihara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-65 DAN HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎDi sini lahir nya sebuah cinta. Cinta akan negara.D...
30/08/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-65 DAN HARI MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Di sini lahir nya sebuah cinta. Cinta akan negara.
Di sini lahir sebuah nya rasa. Rasa bebas merdeka!

π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—˜π—žπ—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—œπ—™ π—žπ—¨π— π—£π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—§π— π—• π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” 𝗗𝗔π—₯𝗝𝗔𝗛 π—žπ—˜π—•π—˜π—¦π—”π—₯𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—”Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-73 Tuan Yang ...
24/08/2022

π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—£π—˜π—šπ—”π—ͺπ—”π—œ π—˜π—žπ—¦π—˜π—žπ—¨π—§π—œπ—™ π—žπ—¨π— π—£π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—žπ—§π— π—• π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” 𝗗𝗔π—₯𝗝𝗔𝗛 π—žπ—˜π—•π—˜π—¦π—”π—₯𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π— π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—”

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-73 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkenan menganugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk kepada Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada hari ini.

Pengurniaan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan jasa beliau kepada Negeri Melaka dan negara terutamanya dalam memperkasakan pengangkutan awam, khususnya pengangkutan rel.

18/08/2022
KTM KARGO RENTAS TIGA NEGARA DALAM MEMPERKASA INDUSTRI LOGISTIK KE PERINGKAT ANTARABANGSA11 Ogos 2022 (Khamis) - Keretap...
11/08/2022

KTM KARGO RENTAS TIGA NEGARA DALAM MEMPERKASA INDUSTRI LOGISTIK KE PERINGKAT ANTARABANGSA

11 Ogos 2022 (Khamis) - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakar satu lagi pencapaian dan penanda aras baharu bagi industri rel tempatan dan rantau ASEAN apabila bakal memperkenalkan perkhidmatan tren kargo rentas sempadan baharu yang akan merentasi 3 buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Laos di ibu negara hari ini. Perkhidmatan rentas sempadan ini dijangka akan bermula secara komersial pada bulan Oktober ini.

Diinspirasikan dari semangat ASEAN, perkhidmatan tren kargo yang diberi nama Asean Express akan membuat perjalanan sejauh 2,206km dari Malaysia ke Laos yang akan mengambil masa selama 72 jam.

Acara flag off untuk larian 'dry run' disempurnakan oleh YB Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia di Platform 1, Stesen Kereta api Kuala Lumpur dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Musa Haji Sheikh Fadzir, Pengerusi KTMB dan YBrs. Mohd Rani Hisham Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan serta pengurusan kanan KTMB.

Dry run tren Asean Express ini adalah bertujuan untuk menguji semua aspek operasi, sistem dan stokereta sebelum larian komersial bermula. Bacaan tahap gegaran dan wagon ride index juga turut dibuat sebagai memenuhi kriteria penghantaran yang ditetapkan oleh penghantar. Ini adalah kerana antara barangan yang akan dibawa adalah kargo elektronik yang sensitif kepada gegaran.

Dengan perancangan kekerapan sebanyak 2 tren seminggu, Asean Express akan menawarkan kapasiti 80 TEUs sehala seminggu. Dari Tanaleng, Laos, kargo yang dibawa oleh Asean Express mempunyai hubungan dengan beberapa wilayah di selatan negara China seperti Kunming, Chengdu dan Chongqing melalui Vientiane.

Asean Express bakal menawarkan mod pengangkutan alternatif kepada pengekspot dari negara China yang selama ini menggunakan pengangkutan laut dengan kadar tambang dan masa perjalanan yang kompetitif. Perkhidmatan ini juga dilihat mampu untuk menjadikan pelabuhan di Malaysia seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai pintu masuk dan keluar untuk kargo di selatan China.

KTMB bersama rakan relnya iaitu State Railway of Thailand (SRT) percaya bahawa Asean Express ini adalah titik permulaan bagi kedua-dua organisasi untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Perkhidmatan ini juga boleh dilihat sebagai realisasi kepada inisiatif Singapore Kunming Rail Link (SKRL) yang dipelopori oleh Malaysia.

Address

Cargo Services, Corporate Building, Jalan Sultan Hishamuddin
Kuala Lumpur
50621

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

03-22631111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KTM Kargo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KTM Kargo:

Share