SP BUMI

SP BUMI Sebarang pertanyaan sila hubungi : -
Tiket Bas / Khidmat Pelanggan :
096309789 / 0199391789
Sewa khas : 0178122250 (whatsapp sahaja)

Bas baru dah keluar, depoh baru di Kerteh pun dah ada. Alhamdulillah, langkah demi langkah kita terus bergerak ke hadapa...
27/08/2026

Bas baru dah keluar, depoh baru di Kerteh pun dah ada. Alhamdulillah, langkah demi langkah kita terus bergerak ke hadapan.

Bila bas makin bertambah, kerja pun makin bertambah. Jadi sekarang kami sedang mencari beberapa orang untuk bersama-sama memastikan operasi di depoh kami di Kerteh berjalan dengan baik.

Kami perlukan Pembantu Am (cuci bas) untuk memastikan bas-bas kami sentiasa bersih, kemas dan selesa sebelum memulakan perjalanan.

Kami juga mencari Pengawal Keselamatan untuk menjaga kawasan depoh serta memastikan keselamatan bas-bas yang berada di persekitaran depoh.

Dan untuk jawatan Pemandu Bas, kekosongan masih dibuka. Kalau ada yang memang minat nak bersama kami dan mencari peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan SP Bumi, inilah masanya.

Kalau berminat, boleh terus WhatsApp nombor yang tertera di atas.

Jom bersama SP Bumi. Bas baru dah ada, depoh baru dah ada, sekarang kita cari orang-orang baru untuk sama-sama bawa kita lebih jauh.

25/08/2026

Sambungan part 2

Detik menarik turut berlaku sepanjang sesi Road Familiarization ini apabila rombongan kami terserempak dengan seekor gajah yang berada di tengah-tengah jalan raya. Dalam situasi tersebut, pemandu SP Bumi berjaya mengendalikan bas dengan tenang dan profesional, mengambil langkah yang sewajarnya serta memastikan perjalanan dapat diteruskan dengan selamat tanpa sebarang masalah. Inilah antara situasi sebenar di jalan raya yang menguji ketenangan, pengalaman dan kecekapan seseorang pemandu.

ROAD FAMILIARIZATION | MEMANTAPKAN KESEDIAAN, MENGUTAMAKAN KESELAMATANPada hari Isnin yang lalu, telah berlangsung sesi ...
25/08/2026

ROAD FAMILIARIZATION | MEMANTAPKAN KESEDIAAN, MENGUTAMAKAN KESELAMATAN

Pada hari Isnin yang lalu, telah berlangsung sesi Road Familiarization, Test Drive & Test Ride bersama para pemandu SP Bumi bagi laluan Terengganu – Machang, Kelantan – Kedah – Kangar – Kuala Perlis.

Sesi test drive ini diadakan bagi memastikan setiap pemandu dapat menyesuaikan diri dengan laluan serta karakter bas baru SP Bumi, sebelum memulakan operasi sepenuhnya.

Walaupun begitu, para pemandu SP Bumi bukanlah asing dengan laluan ini dan mereka adalah pemandu yang berpengalaman. Sebelum ini juga merela telah membawa bas melalui laluan Terengganu – Kelantan – Utara menggunakan bas Sani Express. Kesemua pemandu juga telah diberikan latihan yang menekankan aspek pemanduan berhemah, disiplin dan keselamatan di sepanjang perjalanan.

Turut bersama dalam sesi ini ialah pengurus Sumber Manusia, bahagian Operasi dan Keselamatan dan juga Unit Latihan SP Bumi bagi memantau serta memastikan tahap kesiapsiagaan pemandu dan bas berada pada tahap terbaik.

Kami percaya, bas yang hebat perlu digandingkan dengan pemandu yang terlatih, berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

26 Ogos 2026, perjalanan sulung SP Bumi akan bermula

Dari Terengganu menuju ke Kedah, Kangar, Perlis dan Kuala Perlis, serta laluan Terengganu – Kelantan - Perak – Lumut.

Jom naik SP Bumi.
Kami bersedia membawa anda pulang dan sampai ke destinasi dengan selamat.

Dapatkan tiket SP Bumi melalui www.spbumi.com.my, semua platform tempahan dalam talian serta ejen-ejen sah kami.

Keselamatan dan keselesaan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

22/08/2026

SEJARAH KEMBALI TERCIPTA BUAT KALI KEDUA

Hari ini menjadi satu lagi detik yang cukup bermakna buat SP Bumi.

Empat buah bas baru dua tingkat telah rasmi keluar pada hari ini, menandakan satu langkah besar untuk SP Bumi kembali mengorak langkah membawa penumpang dari bumi Terengganu menuju ke utara.

Kami bekerja keras dan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan semula aura SP Bumi yang suatu ketika dahulu begitu gah di bumi Terengganu, menjadi pilihan dan sebahagian daripada perjalanan bagi ramai orang.

SP Bumi bukan sekadar sebuah jenama. Ia pernah menjadi teman perjalanan mereka yang merantau mencari rezeki, pulang ke kampung, membawa keluarga bercuti dan juga para pelajar yang berulang-alik mengejar ilmu.

Hari ini, sejarah itu kita cuba hidupkan kembali.

Dengan empat buah bas baru berjenama Scania, dibina oleh TMS, SP Bumi kini bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan semangat baru, wajah baru dan komitmen yang sama, memberikan perjalanan yang selamat, selesa dan terbaik buat semua penumpang.

InsyaAllah, bermula 26 Ogos 2026 (Rabu), SP Bumi akan memulakan semula perkhidmatan laluan Terengganu ke Utara.

Ini baru permulaan.

Jom bersama-sama support SP Bumi. Doakan kami terus maju, berkembang dan kembali menjadi satu nama yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Terengganu.

Tempah tiket anda di www.spbumi.com.my atau melalui semua platform tempahan online yang tersedia.

Keselamatan dan keselesaan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

Syukur Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, empat buah bas ekspres dua tingkat baru SP Bumi telah sel...
21/08/2026

Syukur Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, empat buah bas ekspres dua tingkat baru SP Bumi telah selamat keluar dari TMS.

Dikuasakan oleh jentera Scania K410, empat buah bas ini akan beroperasi untuk laluan dari Kerteh - Terengganu - Kelantan ke destinasi di utara.

Dua buah bas akan memulakan perjalanan pada Rabu ini 26 Ogos bagi laluan Kerteh – Kuala Terengganu - Kelantan – Kedah – Perlis, manakala dua buah lagi akan beroperasi bagi laluan Kerteh – Kuala Terengganu – Kelantan – Perak - Ipoh - Lumut.

Bas baru SP Bumi ini dilengkapi dengan teknologi moden, sistem keselamatan yang tinggi serta kerusi yang lebih selesa demi memastikan perjalanan anda lebih selamat dan gembira.

Keselamatan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami.

Jom naik bas SP Bumi!

Tempah tiket anda di
www.spbumi.com.my , CTS, Eticketing , Redbus, Easybook dan melalui pelbagai platform pembelian tiket online yang tersedia.

Jumpa anda di atas bas SP Bumi!

Salam hari minggu, min bagi teaser sikit bas baru SP Bumi, meter full digital tu..mantapJawatan kosong pemandu bas ekspr...
07/08/2026

Salam hari minggu, min bagi teaser sikit bas baru SP Bumi, meter full digital tu..mantap

Jawatan kosong pemandu bas ekspres bas baru kami masih dibuka, sesiapa berminat..sila hubungi kami segera

JAWATAN KOSONG PEMANDU BAS EKSPRES SP BUMISP Bumi kini membuka peluang kepada calon yang berminat untuk menyertai pasuka...
04/08/2026

JAWATAN KOSONG PEMANDU BAS EKSPRES SP BUMI

SP Bumi kini membuka peluang kepada calon yang berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Bas Ekspres dua tingkat yang baru akan keluar tidak lama lagi.

Bagi laluan :
1. Kerteh - Kuala Perlis
2. Kerteh - Lumut
3. Kerteh - Pulau Pinang

Terbuka kepada calon yang tinggal di sekitar Kerteh, Dungun, Kemaman, Paka serta calon dari sebelah Utara yang berminat untuk menyertai SP Bumi.

Lokasi Temuduga:

• Calon sekitar Pantai Timur – di Depoh SP Bumi Kerteh

• Calon dari Utara – sesi temu duga akan diadakan di sebelah Utara

Tinggal jauh? Jangan risau!
Kemudahan hostel disediakan untuk calon yang memerlukan tempat penginapan.

Jika anda mempunyai pengalaman, lesen dan PSV yang diperlukan serta berminat untuk membina kerjaya bersama SP Bumi, jangan lepaskan peluang ini.

WhatsApp segera ke https://wa.me/60194793844 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan.

Jom sertai keluarga SP Bumi!

Address

3039 A(PEJABAT), KAMPUNG KUBANG TERAP, Jalan PULAU MUSANG
Kuala
20050

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00

Telephone

+6096309789

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SP BUMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SP BUMI:

Shortcuts

Share