13/07/2026
Tindakan seorang pelancong asing membiarkan anaknya membuang air dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencetuskan kecaman netizen selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial. Orang ramai menyifatkan perbuatan itu tidak beradab, mengabaikan kebersihan tempat awam serta menyusahkan pekerja pembersihan.