Atfal Haramain

Atfal Haramain Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Atfal Haramain, Travel Service, Kuala.

Alhamdulillah, mutawif kami di Makkah & Madinah dapat menyantuni Puan Norshahana dan keluarga. Terima kasih atas keperca...
14/12/2023

Alhamdulillah, mutawif kami di Makkah & Madinah dapat menyantuni Puan Norshahana dan keluarga.

Terima kasih atas kepercayaan Puan untuk kami.
Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dapat kembali ke Makkah & Madinah berulang ulang kali.

Alhamdulillah, Satu family dari Sabah minta kami uruskan pengangkutan mereka di Makkah & Madinah.Kami setiap group yang ...
10/09/2023

Alhamdulillah,

Satu family dari Sabah minta kami uruskan pengangkutan mereka di Makkah & Madinah.

Kami setiap group yang kami handle, kami biasakan untuk buat satu group whatsapp khas antara kami, driver dan jemaah.

Ini bagi memudahkan urusan perjalanan jemaah

Terima kasih atas kepercayaan 🙏🏻

09/01/2019

Salamalaikum. Apa khabar semua? 😊

21/04/2017

Ramai pulak yang tanya bila lagi nak buka trip Santorini & Bosnia :)

Kalau kami bukak balik ada yang nak join ke ?

22/02/2017

Trip Singapore + USS untuk cuti sekolah ni.

Ada yang berminat ? :)

Tempat terhad. PM cepat :)

09/10/2016

Mahukah anda membaca perkongsian saya menunaikan haji tahun ini ? :)

26/08/2016

Assalamualaiakum dan selamat pagi jumaat semua! :)

19/04/2016

ITINERARY BOSNIA & HERZEGOVINA

Hari pertama:

Dari airport, terus check in hotel berdekatan old town. Berehat seketika kemudian terus berjalan di Old Town. Melihat percampuran seni bina ketika zaman Uthmaniyyah dan Austrian-Hungary. Singgah di salah satu kedai di Old Town untuk menikmati makanan tradisional Bosnia, Cevapi.

Hari Kedua:

Melawat terowong yang digunakan ketika perang Bosnia berlaku. Sebuah terowong yang mempunyai panjang 800 meter yang dikorek dibawah lapangan terbang. Selepas itu melawat beberapa lagi tapak bersejarah seperti Stadium Olimpik dan tapak sukan olimpik yang lain yang berada diatas gunung. Selepas itu terus ke Old Town untuk melawat Latin Bridge dan melihat tempat dibunuhnya Franz Ferdinand yang menyebabkan berlakunya WW1. Kemudian melawat National Library yang hancur ketika perang tetapi telah dibina semula selepas perang.
Kemudian menikmati angin petang di Bosnia Spring.

Hari Ketiga:

Bergerak ke Jajce. Sebuah perkampungan yang terkenal dengan air terjunnya yang cantik dan menawan. Jajce juga merupakan bandar yang penting ketika sebelum zaman Uthmaniyyah dan kekal penting juga ketika zaman Uthmaniyyah. Ianya adalah gabungan alam semula jadi dan sejarah.
Selepas itu terus bergerak ke Bihac dan bermalam disana.

Hari keempat :

Pergi ke National Park Una. Menghabiskan masa melihat waterfalls dan alam semula jadi, kemudian kembali ke Bihac dan bermalam di Bihac.

Hari Kelima:

Kembali ke Sarajevo. Tetapi sebelum itu singgah di Travnik. Makan di restoran Blue River yang mengalir sungai dibawahnya. Kemudian melihat salah satu sekolah yang dibina di zaman Uthmaniyyah dan masih digunakan. Kemudian terus bergerak pulang ke Sarajevo.

Hari Keenam :

Hari untuk shopping dan explore Sarajevo.

Hari Ketujuh :

Selepas breakfast, bergerak ke Mostar. Check in di hotel berdekatan Old Town dan berehat seketika. Pada petangnya pergi ke Old Town dan melihat jambatan yang pernah runtuh kemudian telah dibina semula. Kemudian bersiar siar sekitar Old Town dan Mostar.

Hari Kelapan :

Selepas makan pagi, terus ke Blagaj. Satu tempat dimana dibina sebuah rumah sufi bersebelah dengan air yang keluar dari gunung. Menikmati pemandangan yang sangat indah sambil berjalan jalan didalam rumah sufi. Kemudian bergerak ke Kravice Falls. Satu kawasan yang mempunyai banyak air terjun dan dibenarkan untuk mandi disana. Makan tengahari dan mandi di Kravice Falls kemudian pulang kembali ke hotel untuk rehat dan tidur.

Hari Kesembilan :

Bergerak ke lapangan terbang dan pulang ke Malaysia.

Disediakan oleh,
Ahmad Mursyid Amilin bin Abdul Halim.

Nota:
Ingin menggembara ke Bosnia bersama kami?
Jangan segan silu untuk email atau PM kami.
Tarikh: September 2016
9 hari 8 malam.
Bayaran : rm 2500 - 3000 ( ground )
Minimun 10 orang.

Hubungi kami di :

> 0194220810 ( whatsapp )
> [email protected] ( email )

Jangan lupa untuk menghubungi kami jika berminat. Kami akan cuba sedaya upaya memberi yang terbaik seperti yang anda mahukan.

Jumpa anda di Negara Indah, Bosnia! smile emoticon

Sesungguhnya Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk menggembara. Baca artikel ini untuk mengetahui 9 ayat Quran yan...
19/04/2016

Sesungguhnya Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk menggembara.

Baca artikel ini untuk mengetahui 9 ayat Quran yang menggalakkan ummatnya menggembara! :)

Tuhan tak kata pun 'travel' hanya untuk orang yang banyak duit.

30/03/2016

Lama tak update disini,

Tuan/Puan rasa apa yang perlu saya update disini ? :)

Address

Kuala

Telephone

+60194220810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Atfal Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Atfal Haramain:

Share

Category