25/11/2025
Pesanan Buat Ibu Bapa Demi Lindungi Anak Perempuan Kita..
1. Jangan biar anak perempuan duduk atas pangkuan sesiapa pun, walau pakcik sendiri.
2. Elakkan tukar pakaian depan anak selepas usia 2 tahun.
3. Tegur jika ada yang panggil anak “suami kecil” atau “isteri kecil”. Itu bukan comel.
4. Pantau aktiviti permainan anak – dunia sekarang makin mencabar.
5. Jangan paksa anak jumpa orang yang mereka tak s**a.
6. Anak tiba-tiba jadi pendiam? Jangan abaikan, mungkin ada yang tak kena.
7. Didik anak tentang aurat dan seks dengan nilai agama sejak awal.
8. Semak dulu kartun, buku atau bahan hiburan sebelum beri anak.
9. Aktifkan parental control di TV dan YouTube – bukan untuk sekat, tapi untuk selamatkan.
10. Ajar anak jaga bahagian peribadi sejak umur 3 tahun.
11. Berani blacklist perkara, orang atau media yang buruk untuk anak.
12. Bina jati diri anak – ajar mereka berpegang pada prinsip walau tak popular.
13. Bila anak mengadu, dengar dan lindungi. Jangan diam.
Ingat, luka pada jiwa anak kadang tak nampak… tapi boleh kekal seumur hidup.
Didik dengan bijaksana, sayangi dengan penuh kesedaran.
Semoga Allah kurniakan anak-anak yang soleh, berakhlak mulia dan bahagia dunia akhirat. Aamiin.