11/10/2025
Alhamdulillah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!
Gencatan Senjata, tapi Derita Baru Bermula
Alhamdulillah.
Gencatan senjata akhirnya bermula.
Dan berpuluh ribu rakyat Gaza kini mula berjalan menuju ke utara, ke Bandar Gaza. Bandar yang suatu masa dahulu hidup, bising, dan penuh warna. Mereka berjalan bukan kerana ingin p**ang.
Pulang ke rumah yang mungkin sudah tiada. Pulang ke kampung halaman yang kini menjadi padang jarak padang terkukur.
Tetapi persoalannya: adakah ini tanda harapan baru? Atau permulaan kepada kesakitan sebenar?
Selama ini, letupan demi letupan menutup pandangan terhadap luka yang lebih dalam. Kini, bila bom berhenti, luka itu tersingkap.
Mereka tidak lagi berlari dari bom, tetapi kini berhadapan dengan hakikat โ tiada rumah, tiada keluarga, tiada pekerjaan, tiada masa depan yang pasti.
Gencatan senjata bukanlah penamat derita Gaza. Ia hanyalah bab baru dalam kisah panjang penderitaan, kali ini, tanpa bunyi bom, tetapi dengan kesunyian yang lebih menakutkan.
Mereka perlu membina semula bukan sahaja rumah dan sekolah, tetapi juga jiwa, iman, dan kepercayaan bahawa dunia masih punya ruang untuk keadilan.
Inilah waktu untuk menarik nafas lega โ bagi rakyat Gaza, dan bagi dunia yang selama ini menunggu detik โakhir perang.โ
Kita ucap Alhamdulillah.
Harapan kita semua bantuan kemanusiaan yang sebelum ini tersangkut, kini boleh masuk tanpa had dan halangan.
Tapi persoalan besar masih tinggal: adakah ini benar-benar pengakhiran... atau Israel akan melanggar gencatan senjata lagi, seperti berkali-kali sebelum ini?
Kita selalu kata, dengar boleh pihak Israel dan US.... tapi percaya jangan.
Apa pendapat anda?
-ik
dari pandang mata timur tengah
PS: Dunia boleh berhenti seketika โ tapi kehidupan tak boleh.
Kita juga perlu bangkit membina masa depan sendiri.
Kalau anda masih mencari permulaan baru, dan nak mulakan perniagaan dari rumah, klik di sini www.MulaDariRumah.com