WH Lori Sewa

WH Lori Sewa WH Lori Sewa perkhidmatan sewa lori untuk anda yg memerlukan lori ON CALL 24 jam 0145139248

24/04/2026

Alhamdulillah salah satu hasil wakaf umat Islam di Pahang ❤️

Keindahan Islam di bumi Pahang terus terserlah apabila Bot Wakaf Pahang tampil membantu menghantar mayat seorang pengurus resort berbangsa Cina dari Pulau Tioman ke Jeru Teluk Gading, Rompin, minggu lalu.

Menurut portal Wakaf Pahang, bot berkenaan digerakkan bagi menghantar mayat lelaki berusi 45 tahun itu ke Hospital Rompin untuk tujuan bedah siasat.

Difahamkan pihak pengurusan Bot Wakaf menerima panggilan kecemasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kira-kira pukul 8 pagi, 17 April lalu sebelum berlepas pada pukul 10 pagi bagi melaksanakan misi tersebut.

Misi berkenaan turut membawa tiga orang waris serta seorang anggota dari Balai Polis Tekek, dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Laut Malaysia (JLM) Tioman dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Teluk Gading.

Bot Wakaf Pahang merupakan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta hasil sumbangan wakaf daripada orang ramai.

✍️🏻 PAHANG MEDIA

Address

Kuantan

Telephone

+60145139248

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WH Lori Sewa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share