APM Pahang

APM Pahang Pahang Civil Defence Forces HQ, Lot 1057-1058, Jalan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang, Malaysia Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.

Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka. Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan sem

asa. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara. Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

UJIAN PEMILIHAN ANGGOTA UNIT PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA), ZON TIMUR APM PAHANGDimaklumkan bahawa sesi Ujian Pem...
10/05/2026

UJIAN PEMILIHAN ANGGOTA UNIT PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA), ZON TIMUR APM PAHANG

Dimaklumkan bahawa sesi Ujian Pemilihan Anggota Unit Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) APM Pahang yang berlangsung di PNPA Pahang telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Mei 2026 melibatkan seramai 42 orang peserta.

Pihak urus setia APM Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Team PASPA BPBO, IPPA serta semua peserta yang telah hadir serta memberikan komitmen, disiplin dan kerjasama sepanjang ujian pemilihan dijalankan.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang diberikan mendapat manfaat serta dipermudahkan dalam setiap urusan akan datang. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













TAHNIAH APM PAHANG!Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) N...
06/05/2026

TAHNIAH APM PAHANG!

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang atas kejayaan merangkul JOHAN bagi Kategori Berkumpulan dalam Civil Defence Endurance Challenge HiPA 2026 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74.

Pertandingan ini menguji keupayaan fizikal, mental dan kemahiran peserta melalui dua kategori iaitu Kategori Berkumpulan dan Kategori Individu. Para peserta telah melalui pelbagai cabaran mencabar termasuk:

✅ Ketahanan & Halangan
✅ Teknikal Menyelamat
✅ Pengurusan Bencana
✅ Renang
✅ Peralatan Operasi
✅ Bentang & Gulung Hos
✅ Flip Tayar

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dan cemerlang pada masa akan datang!

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













HIMPUNAN PERTAHANAN AWAM (HiPA) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 Selasa, 5 Mei 2026 - Sekitar Pertandingan Himpunan Perta...
05/05/2026

HIMPUNAN PERTAHANAN AWAM (HiPA) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

Selasa, 5 Mei 2026 - Sekitar Pertandingan Himpunan Pertahanan Awam (HiPA) bagi kontinjen APM Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-74 Tahun 2026 bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi.

Pertandingan ini mempunyai 2 Kategori iaitu Kategori Berkumpulan dan Kategori Individu. Antara tugas yang perlu diselesaikan oleh para peserta ialah Ketahanan dan Halangan; Teknikal Menyelamat; Pengurusan Bencana; Renang; Peralatan Operasi; Bentang dan Gulung Hos; dan Flip Tayar.













SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2026Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang terus berbakti dengan...
30/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang terus berbakti dengan penuh dedikasi dan semangat. Khususnya kepada warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang. Semoga kita semua terus cekal, berintegriti, dan komited dalam menjalankan amanah demi kesejahteraan negara.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













EKSPEDISI PENDAKIAN GUNUNG DAIK, KABUPATEN LINGGA Sempena dengan Program Kursus Jati Diri  Jejak Warisan dan Silang Buda...
28/04/2026

EKSPEDISI PENDAKIAN GUNUNG DAIK, KABUPATEN LINGGA

Sempena dengan Program Kursus Jati Diri Jejak Warisan dan Silang Budaya Pahang - Lingga Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Pahang 2026, Pengarah Angkatan Pertanahan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, YS Kol.(PA) Che Adam Bin A.Rahman, bersama Kapt.(PA) Muszaidi Bin Musa dan Kapt.(PA) Mohamad Irwan Bin Mohamad mewakili APM Pahang, turut bersama dalam ekspedisi berkenaan, pada 25 dan 26 April 2026.

Pendakian Gunung Daik setinggi 1065 M dari aras laut, yang turut disertai pelbagai jabatan/agensi dari Negeri Pahang ini, melibatkan seramai 53 org pendaki. Disamping itu juga, trio APM Pahang ini, juga bersama membantu berperanan dalam kesiapsiagaan keselamatan disepanjang program pendakian tersebut.

Semua pendaki berjaya ke puncak bahu Gunung Daik pada 25 April 2026, anggaran jam 1530 hrs, yang merupakan ikon kebanggaan Kepulauan Riau Lingga.

Kumpulan pendaki ini juga, turut diselia / dibantu dalam aspek kesiapsiagaan keselamatan daripada pasukan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), BASARNAS & POLRI.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Gunung Daik bercabang tiga,
Kabus pagi menyelubung puncak,
Langkah naik penuh usaha,
Sampai ke atas hati pun cekal.

Gunung Daik tinggi berdiri,
Awan berarak di hujung tanjak,
Jika tekad di dalam diri,
Payah mendaki jadi mudah.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













UJIAN FIZIKAL DAN TEMUDUGA MYASPA TAMBAHAN APM NEGERI PAHANG Selasa, 28 April 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia N...
28/04/2026

UJIAN FIZIKAL DAN TEMUDUGA MYASPA TAMBAHAN APM NEGERI PAHANG

Selasa, 28 April 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan satu ujian fizikal dan temuduga bagi pengambilan MyAspa-Pengurusan dan MyAspa-Operasi tambahan APM Negeri Pahang bagi tahun 2026.

Seramai 33 orang calon telah hadir bagi ujian fizikal, kemahiran dan temuduga bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pahang.













Selasa | 28 April 2026 - Lawatan Ke Badan Penaggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Lingga oleh YS Pengarah APM Paha...
28/04/2026

Selasa | 28 April 2026 - Lawatan Ke Badan Penaggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Lingga oleh YS Pengarah APM Pahang.

Sempena dengan Program Kursus Jati Diri & Silang Budaya Jabatan/Agensi Kerajaan N.Pahang 2026 di Daik Lingga, YS Kol.(PA) Che Adam A.Rahman, bersama Kapt.(PA) Muszaidi & Kapt.(PA) Mohd Irwan, mewakili APM Pahang, berkesempatan melakukan lawatan kerja ke BNPD Lingga.
Lawatan berkenaan disambut oleh Pak Okta, yang merupakan Ketua BNPD tersebut.

Lawatan ini bertujuan bertukar pendapat / pandangan berkaitan dgn pengurusan bencana di daerah berkenaan.

Delegasi APM Pahang juga, diterangkan dgn beberapa aset / fasiliti di lokasi tersebut.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman














28/04/2026

Tahniah Kol. (PA) Che Adam A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang berjaya menawan puncak Gunung Daik, Kabupaten Lingga, Indonesia pada ketinggian 1,065m dari aras laut. Seramai 50 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan Negeri Pahang terlibat dalam misi pendakian ini.

Pulau Pandan Jauh ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi Yang Baik Dikenang Jua.

LATIHAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS & CPR KEPADA PERSATUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NEGERI PAHANG Sabtu, 25 April 2026 - L...
25/04/2026

LATIHAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS & CPR KEPADA PERSATUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NEGERI PAHANG

Sabtu, 25 April 2026 - Latihan Pertolongan Cemas kepada Persatuan Pendidik Awak Kanak-Kanak Negeri Pahang telah diadakan di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Negeri Pahang. Seramai 41 orang peserta dari pelbagai institusi pendidikan awal kanak-kanak serta dari pusat jagaan rumah orang tua kuantan.













SESI PEMILIHAN ANGGOTA PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) BAGI PENEMPATAN ZON TIMUR - PNPA PAHANG Pemilihan terbuka ke...
22/04/2026

SESI PEMILIHAN ANGGOTA PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) BAGI PENEMPATAN ZON TIMUR - PNPA PAHANG

Pemilihan terbuka kepada Pegawai Pasukan dan Anggota (MyASPA-P/MyASPA-C/MyASPA-O/ASPA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Pasukan PASPA telah menetapkan kriteria-kriteria yang tinggi bagi syarat kemasukan ke dalam pasukan ini. Oleh itu, bagi Pegawai dan Anggota APM yang ingin menyertai pasukan ini akan melalui 2 fasa iaitu Fasa 1 : Individual Physical and Endurance Test (IPET) dan Fasa 2 : Adversity Test.

Lokasi Ujian Pemilihan bagi Zon Timur bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pahang pada 9 Mei 2026.













  PELARASAN PANGKAT PEGAWAI SKIM KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (SKIM KP) APM PAHANG Tahniah diucapkan kepada Kapt. (PA...
14/04/2026



PELARASAN PANGKAT PEGAWAI SKIM KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (SKIM KP) APM PAHANG

Tahniah diucapkan kepada Kapt. (PA) Mohd Khairi bin Ghazali, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jerantut atas pelarasan pangkat kepada Kapten Pertahanan Awam Gred KP3 (TBK2).

Semoga dengan pelarasan kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin untuk terus berbakti dengan lebih cemerlang, berintegriti dan berwibawa. Diharapkan agar amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, serta sentiasa menjadi contoh kepimpinan yang unggul kepada anggota lain demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

Ikhlas daripada YS. Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













Address

Lot 1057, 1058 Jalan Beserah
Kuantan
26100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6095444991

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share