25/09/2026
23 September 2026 | Satu perjalanan biasa bertukar menjadi detik yang pastinya tidak akan dilupakan. ππ©·
Pada jam 4:45 petang, Bas MADANI 8013 laluan Muara Tebas, Encik Jamli bin Marikan, menghubungi pasukan kami selepas menyedari seorang penumpang wanita sedang di dalam bas.
Sebelum itu, keadaan penumpang kelihatan seperti kurang sihat sejak dari Pending. Seorang nenek yang berada di dalam bas turut cuba membantu dengan memberikan minyak angin. Namun, apabila tiba di Padang Merdeka, kesakitannya semakin kuat sehingga Encik Jamli mengambil keputusan untuk berhenti dan mendapatkan bantuan perubatan.
Alhamdulillah, bas ketika itu berada berhampiran Klinik Kesihatan Jalan Masjid. Dengan bantuan orang awam dan pengawal keselamatan, bas segera dibawa masuk ke kawasan klinik walaupun melawan arus. sorry ye semua yg terganggu akibat insiden ini.
Pasukan Klinik Kesihatan Jalan Masjid kemudian bertindak pantas dan terus memberikan bantuan kepada ibu tersebut di dalam bas. Dalam suasana yang cemas, para doktor, jururawat dan kakitangan klinik bersama-sama memastikan proses kelahiran berjalan sebaik mungkin sehingga akhirnya...
Alhamdulillah, pada jam 5:08 petang, lahirlah seorang bayi perempuan. π©·πΆπ» (Dayang Madani kata kamek org hihi). Ibu dan bayi kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut dan dimaklumkan berada dalam keadaan stabil di SGH.
Bagi pihak pengendali BAS.MY Kuching, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh pasukan Klinik Kesihatan Jalan Masjid, para doktor, jururawat, kakitangan dan pengawal keselamatan serta orang awam yang turut membantu dalam detik yang mencemaskan ini. π©·
Terima kasih juga kepada pasukan ambulans dan semua pihak yang memainkan peranan dalam memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat.
Buat driver kami, Encik Jamli, terima kasih kerana kekal tenang dan pantas mengambil tindakan ketika diperlukan. Jasa kalian amatlah kami hargai.π©·