10/08/2026
Tetamu istimewa di Omar's Backpackers Hostel malam ini, Tn Hj Che Saad Nordin atau mesra dikenali sebagai Pak Ad.
Pak Ad tiba di Mersing petang tadi dari Rompin dan akan meneruskan kayuhan ke Kota Tinggi esok.
Ini merupakan misi kayuhan solo Merdeka kali ke-13 olehnya yang dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan komuniti.
Semoga Pak Ad diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan.