FA Car Rental

FA Car Rental Kereta Sewa KLIA SEPANG NILAI DAN SELURUH AIRPORT DI MALAYSIA !

06/11/2025

Pagi tadi lepas aku posting anak aku kemas kandang landak, ada ramai DM tanya

"Bang best ke bela landak?"
Aku baca je soalan tu, aku terus tarik nafas panjang.

Macam orang tanya
"Best ke kahwin?"

Jawapan dia bukan "best" atau "tak best".

Jawapan dia bergantung mental siapa yang bertanya.

Sebab landak ni bukan haiwan, dia ni karakter.

Kalau kat Amerika Selatan orang bangga dengan capybara.
Comel, chill, duduk tepi kolam sambil pandang sunset.

Tapi kat Malaysia, tak ramai sedar kita ada versi yang lebih chaos.

Nama dia Landak Raya.

Spesis tikus.

Aku ulang. Spesis tikus.

Tapi saiz XL, macam tikus tu makan gym whey protein hari-hari.

Perangai dia?

Manja.

Bukan setakat manja, manja sampai aku rasa macam aku ni pembantu peribadi dia.

Nak makan kena suap. Nak tidur, nak sentuh usap tangan dia.

Kalau kita baring, dia pun datang baring sebelah kepala kita, siap share bantal.

Anak aku si Ivy tu dah jadi babysitter landak fulltime. Makan sama-sama. Main sama-sama. Tido pun sama.

Yang kelakar bila aku bawa Ivy jalan kat taman. Tiba-tiba belakang dia ada satu barisan landak ikut macam konvoi.

Dan kalau korang rasa nak bela juga, aku bagi satu pesanan paling penting

Jangan bela sepasang.

Aku ulang.

JANGAN BELA SEPASANG.

Sebab dia ni kerabat tikus. Kalau hari ni kau nampak sekor, bulan depan jadi rombongan kompang.

Dia boleh beranak 2-3 kali setahun. Sekali keluar anak sekitar
1-3 ekor

Korang bayangkan aku bela 2 ekor, Sekarang rumah aku ada 11 ekor.
11 ekor tu, bila bergerak serentak, bunyi dia macam

"krop krop krop krop"

Macam geng mafia pergi dapur buat serbuan.

Isteri aku tengah lipat baju?

Sekejap lagi landak mai, dia lipat balik ikut kreativiti mereka.

Kadang-kadang aku rasa dorang ni sedar tak dorang tu haiwan atau manusia.

Tapi ada satu benda korang kena tahu

Landak mudah stress.

Ya. Stress.

Aku pun tak faham. Kerja dia makan, tidur, main. Tak ada hutang kereta. Tak ada loan rumah. Tak ada dealer hantar whatsapp tanya bayaran tertunggak.

Tapi boleh stress.

Kalau tak dilayan, bulu dia gugur. Dan kalau bul gugur, siapa nak cucuk balik?

Dah satu keje kita kene gam balik kat badan diaorang

Tapi tu aku cerita landak bela, bukan landak liar.

Landak liar tak peduli emosi.

Landak bela ni, dia dah lupa dia haiwan. Dia ingat dia anak ke-5 dalam keluarga.

"Arrr KJ dia makan apa ya KJ"

Landak ni sebab dia spisis tikus semua dia bedal, kalau kau kasi buah epal dia boleh makan sambil
terlentang

Senang cerita semua dia makan, kalau dia masuk dalam bilik air.
Silap-silap sabun buku korang dia bedal.

Benda ni senang

Kalau kau rasa hidup kau perlukan ketenangan, jangan bela landak.

Kalau kau rasa hidup kau perlukan chaos yang menyeronokkan, silakan.

Lesen pun murah, setahun baru RM20.

Tapi kalau dari 2 ekor jadi 11 ekor, kau kene bersedia rumah kau kene ambil alih dengan sekawanan landak

"Arrr KJ kalau dah banyak kan boleh sembelih makan, sedap buat rendang landak"

Jangan tanya aku sedap ke tak kalau sembelih.

Sebab aku. Aku belum sampai tahap makan keluarga sendiri.

Kalau korang baca sampai sini dan masih nak bela. Tunggu je musim lesen buka bulan 5-9 nanti kalau tak salah aku

Aku dah pesan.

Lepas ni, apa jadi

Kau jangan DM aku cakap

"Bang, saya dah tak boleh tidur, landak nak peluk."

Kredit: Khairul Johari

03/11/2025
02/11/2025

“Buat perangai bangang siapa tak marah. Penonton bukan takde otak..” tulis Jojo.

Susulan komen Jojo itu, Yusuf Azmi dilihat telah membalas dgn ayat pedas.

“Maafkan saya anak kecil, adakah event ni ada guna fund dari awak? sponsor awak? Atau…

Baca lanjut 👇
https://sinarharian.net/komen-balas-yusuf-azmi-kepada-jojo

Customer from indonesia .Terima kasih percaya dengan service saya 😊
01/11/2025

Customer from indonesia .
Terima kasih percaya dengan service saya 😊

Feedback at tiktok ya . This page only for ads . Thank you 😊
30/10/2025

Feedback at tiktok ya . This page only for ads . Thank you 😊

3255 Followers, 70 Following, 314.9k Likes - Watch awesome short videos created by FA CAR RENTAL

Address

Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FA Car Rental posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share