Galeri Fateh

Galeri Fateh Kami memasarkan barang yang terbaik untuk anda semua

20/12/2025

Tshirt dikatakan mula diperkenalkan sebagai pakaian dalam askar Amerika. Bermula dari itu, tshirt menjadi antara jenis pakaian yang sangat popular sehingga sekarang.

Jom kita tengok perihal tshirt berdasarkan pengkelasan berbeza.

1. Ikut Bentuk Leher
Crew Neck (Leher Bulat) – Paling biasa, sesuai semua orang
V-Neck – Leher berbentuk V, nampak lebih kemas & kurus
Scoop Neck – Leher bulat lebih rendah (fesyen)
Henley – Leher bulat dengan butang (2–5 butang)
Polo T-shirt – Berkolar & berbutang (lebih formal sikit)
2. Ikut Potongan / Fit
Regular Fit – Potongan biasa, selesa
Slim Fit – Lebih ketat ikut bentuk badan
Oversized Fit – Besar & longgar (streetwear)
Muscle Fit – Ketat di dada & lengan
Longline – Labuh ke bawah punggung
3. Ikut Lengan
Short Sleeve – Lengan pendek
Long Sleeve – Lengan panjang
Sleeveless – Tanpa lengan (gym / sukan)
Raglan Sleeve – Lengan warna/ kain berbeza (gaya sporty)
4. Ikut Material
Cotton – Selesa, serap peluh
Cotton Combed – Lebih lembut & berkualiti
Polyester – Tahan lama, cepat kering
Dry-Fit / Microfiber – Untuk sukan
Spandex Blend – Lebih anjal
Linen Blend – Ringan & sejuk
5. Ikut Rekaan
Plain T-shirt – Kosong tanpa corak
Graphic Tee – Ada design / logo
Striped T-shirt – Berjalur
Pocket Tee – Ada poket dada
Printed / Embroidered Tee – Cetak atau sulam
6. Ikut Kegunaan
Casual Wear – Pakai harian
Sports T-shirt – Senaman / aktiviti berat
Inner T-shirt – Dipakai dalam kemeja
Work / Uniform Tee – Untuk kerja atau event
Kalau nak, saya boleh cadangkan jenis T-shirt ikut bentuk badan, cuaca Malaysia, atau kegunaan tertentu (kerja, gym, santai).

26/11/2025

Banyok seluar ni

Kargo

Mari kedai la

Aufimart Paka

Baju hoodie, baju sejuk, jaket pun ada

Rm5 paling muroh!

*Apakah khasiatnya Olivie30x?* 2 komponen utama Olivie30x iaitu Hydroxytyrosol dan Polyphenols. 2 kandungan ini yang mem...
07/10/2025

*Apakah khasiatnya Olivie30x?*

2 komponen utama Olivie30x iaitu Hydroxytyrosol dan Polyphenols. 2 kandungan ini yang membezakan Olivie30x berbanding Minyak Zaitun Extra Virgin yang lain.

Hydroxytyrosol adalah 'superstar' dikalangan *antioksidan* . Yang paling hebat pernah ditemui sehingga kini. Nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity - kebolehan menyerap sel rosak radikal bebas) dicatatkan setinggi 68,576 yang mana adalah 15x ganda tinggi dari TEH HIJAU dan 3x ganda tinggi dari CoQ10.

Apa istimewanya Hydroxytyrosol (HT) ini?
Hydroxytyrosol hanya terdapat/dijumpai di dalam pohon Zaitun - buah, daun dan ranting.

Selama berabad Minyak Zaitun dikenali atas kemampuannya dalam menangani pelbagai masalah kesihatan. Dunia mengakui diet Mediterranean yang kaya Minyak Zaitun sangat baik dalam merendahkan kadar masalah berkaitan kardiovaskukar dan kanser.

HT juga dikenalpasti satu-satunya yang mampu menembusi 'blood-brain barrier '. Yang mana membenarkan penyerapan radikal bebas melalui 'central nervous system '.

HT merupakan metabolit dopamine neurotransmitter. Bermakna ia memainkan peranan penting dalam melindungi bahagian neuro. Bahasa mudah melindungi OTAK. ( DrRizal Abu Bakar yang paling tepat untuk menjelaskan dengan lebih baik).

Antara kajian saintifik kesan Hydroxytyrosol & Polyphenols terhadap kesihatan.

==================
Napoli, 180 orang menderita daripada penyakit 'metabolic disorder' telah diprogramkan untuk mengamalkan diet Mediterranean yang kaya Minyak Zaitun.

Setelah 2 tahun, lebih 66% daripada 180 pesakit tersebut telah menunjukkan kesan yang sangat positif semakin pulih dari masalah yang dihadapi.

Peningkatan dari aspek fungsi 'endothelial' yang merangkumi:
👍 Tekanan darah
👍 Kolestrol
👍 Insulin dan glukos
👍 Penagregatan platlet
👍 Penurunan penyebab keradangan

==================

38 pesakit dengan simdrom hyperlipidemia.

35 dilihat bacaan LDL menurun dengan rawatan 6mg Hydroxytyrosol sehari selama 6bulan.

6mg Hydroxytyrosol bersamaan 2-3sudu makan Minyak Zaitun

==================

EFSA (European Food Safety Authority) mengesyorkan pengambilan 5mg Polyphenols/20gm Minyak Zaitun.

👉 Polyphenols (Hydroxytyrosol, Tyrosol) di dalam Minyak Zaitun melindungi lipid darah (kolestrol) terhadap tekanan oksidasi = Tindakan Antioksidan ini bermanfaat untuk melindungi dari serangan masalah jantung.

Olivie30x mengandungi 60mg Polyphenols/20gm Minyak Zaitun. 12X GANDA LEBIH POLYPHENOLS DARI NILAI MINIMUN YANG DISYORKAN EFSA!

==================

Kajian ini berdasarkan Minyak Zaitun yang tidak ditapis. Minyak Zaitun yang telah ditapis kehilangan 30% Polyphenols. Penapisan mengurangkan khasiat yang sepatutnya ada dalam Minyak Zaitun.

SEKARANG ADA PROMOSI !

KUNJUNGI Aufimart Paka SEKARANG!

https://www.facebook.com/share/p/16KQnVTwkB/SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA ❤️Tahun ini kita diseru dengan tema “Jangan Aba...
30/09/2025

https://www.facebook.com/share/p/16KQnVTwkB/
SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA ❤️

Tahun ini kita diseru dengan tema “Jangan Abaikan Degupan” (Don’t Miss a Beat), satu peringatan untuk lebih peka terhadap tanda awal masalah jantung dan bertindak segera demi kesihatan yang berpanjangan.

Penyakit jantung masih menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.

📌 Lebih 50,000 kematian setiap tahun berpunca daripada penyakit kardiovaskular, bersamaan dengan 1 daripada 4 kematian di negara ini.
📌 Kajian IJN mendapati hampir 15% pesakit serangan jantung berusia bawah 50 tahun, membuktikan penyakit ini semakin melibatkan golongan muda.

Antara faktor utama ialah gaya hidup tidak aktif, pemakanan tidak sihat, merokok dan tekanan kerja.

Sempena Hari Jantung Sedunia, Olive House melancarkan Petition .

1 tandatangan = RM1
140 tandatangan = 1 jantung terlindung

Setiap 140 tandatangan terkumpul, Olive House akan menyalurkan 1 botol Olivie Plus 30x yang kaya dengan hydroxytyrosol (antioksidan semula jadi) kepada mereka yang memerlukan sokongan kesihatan jantung.

Tandatangan di sini: olivehouse.my/world-heart-day-2025

Tandatangan ini mungkin kecil bagi kita, tetapi besar ertinya buat mereka yang sedang berjuang untuk terus bernafas dengan sihat.







20/03/2024

BANTU KAMI UNTUK BINA BANGUNAN TAMBAHAN PASTI

******************************************

PEMBINAAN SEBUAH BANGUNAN BARU PASTI AR- RAUDAH FELDA KERTEH 2

Assalamualaikum sahabat semua , semoga sihat dan gembira.

Untuk makluman semua , jumlah pelajar yang mendaftar dengan Pasti Ar- Raudah sentiasa bertambah setiap tahun . Pada tahun 2019 kami beroperasi semula selepas lama tutup dengan pelajar seramai 28, kini tahun 2024 kami menerima seramai 44 pelajar.

Kerana itu kami berhasrat membina sebuah bangunan yang akan berfungsi sebagai dewan solat , dewan makan dan kelas. Bangunan saiz 20 x 40 kaki akan dibina berhampiran bangunan sedia ada.

Kami perlukan Rm100000 untuk menjayakan projek pembinaan ini . Mohon sahabat2 kongsikan dengan semua.

Bantu kami untuk mendidik anak-anak Felda. Boleh layari Fb kami untuk mengikuti perkembangan pembelajaran kami.

Fb Page : Pasti Ar - Raudah Felda Kerteh 2

SUMBANGAN boleh disalurkan melalui nombor akaun yang tertera dibawah:
*PASTI Ar Raudah*
(Maybank)
*563082124759*

Masjid Babri , Kuil Ram dan Balbir Singh Masjid Babri dengan 3 kubah di bina pada tahun 1528 oleh Raja Mughal , Babur . ...
21/01/2024

Masjid Babri , Kuil Ram dan Balbir Singh

Masjid Babri dengan 3 kubah di bina pada tahun 1528 oleh Raja Mughal , Babur . Sejak abad ke 19 , orang Hindu mengatakan ia di bina di atas kuil tempat kelahiran Ram. 1992 ia telah di musnahkan oleh kumpulan pelampau yang terdiri dari beberapa organisasi.

Esok 22 Januari Kuil Ram akan di rasmikan oleh Perdana Menteri India , Narendra Modi dari BJP.

Ape kata wartawan ini tentang kejadian 1992 .

" Everything I heard and saw proves that the demolition was deliberate, intentional, and pre-planned by the RSS, BJP, and their affiliate organisations " Ruchira Gupta

Ruchira Gupta ialah wartawan senior yang turut berada di Ayodhya sewaktu Masjid Babri di musnahkan.

Antara fakta yang menarik tentang Masjid Babri ialah :

1. Bermula 1990 Parti BJP memulakan kempen agresif untuk membina kuil di atas tapak Masjid Babri , yang mane ia melonjakkan kerusi Bjp daripada 2 dari 543 di dewan rendah Parlimen India ke peringkat nasional. Sekarang mereka menunaikan janji untuk membina kuil baru.

2. Balbir Singh atau Mohammed Amir ialah lelaki pertama yang naik ke atas kubah Masjid Babri untuk untuk memusnahkan masjid. Beliau telah memeluk Islam dan atas sebab sesal dan dosa yang dilakukan telah bercita-cita membina dan membaiki 100 buah masjid .

Alhamdulillah, beliau mencapai 90 buah masjid, sebelum mati dalam keadaan mencurigakan pada tahun 2021.

Semoga Allah merahmati beliau.

Terkini !Pakatan Us dan Uk melancarkan serangan udara , air dan kapal selam ke arah tentera Houthi Yaman dengan menyasar...
12/01/2024

Terkini !

Pakatan Us dan Uk melancarkan serangan udara , air dan kapal selam ke arah tentera Houthi Yaman dengan menyasarkan simpanan sengjata , pertahanan udara dan kemudahan logistik.

Arahan Bideng itu mendapat reaksi berbeza oleh ahli politik Us , kebanyakan menentang.

Apekah perang akan bertambah luas ?


Alhamdulillah, Afrika Selatan telah selesai membentangkan fakta kes setebal 84 muka surat dalam sesi pendengaran kes kek...
11/01/2024

Alhamdulillah, Afrika Selatan telah selesai membentangkan fakta kes setebal 84 muka surat dalam sesi pendengaran kes kekejaman zion ke atas Gaza dan Tebing Barat.

Afrika Selatan telah membawa zion ke muka pengadilan antarabangsa melalui ICJ dengan tajuk besar iaitu " pem###xhan beramai-ramai rakyat Gaza " .

Untuk fakta , Putin telah dikenakan tindakan oleh ICJ , yang waran tangkap ke atasnya telah dikeluarkan. Tapi , ialah berani nak lebih-lebih dengan Putin ?

Alhamdulillah negara kita Malaysia termasuk negara yang menyokong tindakan Afrika Selatan. Selain kita , yang menyokong Afrika Selatan ialah

1.Organisation of Islamic Cooperation (OIC)
2.Turkey
3.Jordan
4.Bolivia

Turut bersama ialah Maldives, Namibia, Pakistan, Liga Arab , Colombia dan Brazil turut mengambil berat .

Esok akan ada sesi jawapan oleh zion lakxxt.



Terima kasih Afrika Selatan dan Bolivia Esok hari Khamis ,  Afrika Selatan akan membawa kes kezaliman Zion ke ICJ  ataup...
10/01/2024

Terima kasih Afrika Selatan dan Bolivia

Esok hari Khamis , Afrika Selatan akan membawa kes kezaliman Zion ke ICJ ataupun Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Membawa hujah setebal 84 muka surat , Afrika Selatan menggesa hakim untuk memerintahkan Zion menghentikan segera pembunuhan di Gaza.

Afrika Selatan membawa usul yang sangat di marahi oleh zion iaitu pembunuhan besar-besaran di Gaza dan Tebing Barat.

Ketiadaan sokongan dari negara-negara Islam kepada usul yang di bawa oleh Afrika Selatan ini telah ditegur oleh bekas naib presiden Mesir , Mohamed ElBaradei. Tidak pasti kenapa mereka belum menyuarakan suara dalam hal ini.

Tindakan Afrika dan Bolivia ini pasti akan membawa kesan yang besar kepada negara mereka. Mereka sudah bersedia untuk menerima kesan buruk ke atas mereka. Mereka berpendapat ini adalah satu tanggungjawab yang sangat besar.



09/12/2023

Hari ini Sabtu , 9 Disember angka kematian di Palestine telah meningkat kepada 17760 manakala 49845 di sahkan cedera , ini tidak termasuk mereka yang belum di temui di bawah runtuhan .

Ini ialah angka yang lebih terperinci :

Gaza

Terbunuh : 17487 ( 7729 kanak-kanak, 5153 wanita)
Cedera : 46480 (8663 kanak-kanak,6327 wanita )
Hilang : 7780

Tebing Barat

Terbunuh : 273 (63 kanak-kanak)
Cedera : lebih daripada 3365




Sejarah silam PalestineSejarah yang panjang Peta pertama ialah tahun 1135 di bawah penguasaan Kristian Peta kedua tahun ...
20/11/2023

Sejarah silam Palestine
Sejarah yang panjang

Peta pertama ialah tahun 1135 di bawah penguasaan Kristian

Peta kedua tahun 1190 di bawah penguasaan Salahudin Al-Ayubi

Peta ketiga bermulanya penguasaan Israel hingga kini

Sejarah terus berulang

Address

Paka
23100

Opening Hours

Monday 09:30 - 21:30
Tuesday 09:30 - 21:30
Wednesday 09:30 - 21:30
Thursday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 21:30
Sunday 09:30 - 21:30

Telephone

0184638177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Fateh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share