30/11/2024
Assalamualaikum wbt,
Seperti yang kita ketahui, bencana banjir yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini telah memberi kesan yang amat besar kepada kehidupan ramai mangsa. Mereka kini berdepan dengan kehilangan harta benda, rumah, serta sumber kehidupan.
Sebagai usaha untuk meringankan beban mereka, kami pihak syarikat AR Translink (M) Sdn Bhd sedang mengumpul sumbangan bagi misi bantuan banjir.
Kami amat mengalu-alukan sokongan dari pihak tuan/puan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti pakaian, makanan, selimut, dan peralatan kebersihan.
Setiap sumbangan anda akan disalurkan terus kepada mangsa banjir yang memerlukan.
Marilah kita bersama-sama menyumbang untuk membantu mereka yang sedang menghadapi kesulitan ini. Semoga sumbangan kita mendapat ganjaran yang berlipat ganda dan memberikan sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda.
Sekian,
Terima kasih.
Yang benar,
PIHAK PENGURUSAN,
AR TRANSLINK (M) SDN BHD