03/05/2026
Percutian 2026 Bukan Sekadar Jalan-Jalan… Boleh Kurangkan Cukai Juga
Mungkin ramai yang terlepas pandang, tapi sebenarnya kerajaan telah memperkenalkan semula Pelepasan Cukai Pelancongan Domestik sehingga RM1,000 untuk tahun 2026 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 🇲🇾
Ini sebenarnya peluang baik untuk kita rancang percutian keluarga dengan lebih bijak ,jalan-jalan sambil urus cukai 👍
Cuma satu perkara penting…
Jangan sampai kita kumpul resit banyak-banyak, tapi bila nak submit e-Filing nanti , rupanya tak layak claim.
Apa yang berbeza tahun 2026?
Kali ini fokus bukan sekadar travel biasa, tapi lebih kepada pengalaman & aktiviti.
Contohnya:
Bayangkan bawa anak-anak join
🎨 Bengkel batik
🪵 Kelas kraf tradisional
🎭 Aktiviti kebudayaan
Bukan sahaja dapat pengalaman baru, tapi kos tu boleh digunakan untuk pelepasan cukai.
Apa yang BOLEH claim:
✔ Aktiviti seni & budaya (kelas, bengkel, program)
✔ Tiket masuk tempat tarikan (zoo, muzium, taman tema)
✔ Persembahan kebudayaan (teater, konsert tradisional)
Apa yang TAK BOLEH claim:
✖ Hotel / homestay sahaja
✖ Tiket flight / pengangkutan
Tips penting supaya claim tak sangkut:
📌 Pastikan resit dari operator berdaftar (MOTAC)
📌 Simpan resit (ambil gambar terus)
📌 Pastikan perbelanjaan dalam tahun 2026
Jadi tahun ni, kalau nak bercuti…
boleh mula fikir bukan sekadar travel, tapi experience + value ✨
Balik bukan je dengan gambar cantik,
tapi juga ilmu baru & pengurusan kewangan yang lebih bijak 😉