APM Pasir Mas

APM Pasir Mas Kecemasan :999
No. Faks : 09-7922071

 APM Pasir Mas31 OGOS 2026  SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Ayuh kita hayati erti kemerdekaan dengan penuh ra...
30/08/2026


APM Pasir Mas

31 OGOS 2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Ayuh kita hayati erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan bangga sebagai rakyat Malaysia. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah untuk terus memelihara keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang dinikmati bersama.

Marilah kita semarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara demi Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan berdaya tahan. 🇲🇾❤️

Ikhlas daripada,
Kapt. (PA) Rohaya binti Jusoh
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Mas dan seluruh warga APM Daerah Pasir Mas

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













 APM Pasir MasPEMANTAPAN KECERGASAN ASAS PEGAWAI/ANGGOTA PDPA PASIR MASTARIKH: 30 Ogos 2026 (Ahad)MASA: 0830H – selesaiL...
30/08/2026


APM Pasir Mas

PEMANTAPAN KECERGASAN ASAS PEGAWAI/ANGGOTA PDPA PASIR MAS

TARIKH: 30 Ogos 2026 (Ahad)
MASA: 0830H – selesai
LOKASI: PDPA Pasir Mas, Kelantan
PENGLIBATAN: 03 x Pegawai & 30 x Anggota LLP

CATATAN:
Program Pemantapan Kecergasan Asas Pegawai/Anggota PDPA Pasir Mas telah diketuai oleh L/kpl. (PA) Yushahrizam dengan penglibatan aktif pegawai dan anggota PDPA Pasir Mas. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota.

Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara. Seterusnya, turut mengadakan sambutan lagu-lagu kemerdekaan sebagai tanda semangat patriotisme dan menyemarakkan suasana menjelang Sambutan Hari Kebangsaan.

Program diteruskan dengan aktiviti kecergasan yang melibatkan larian sejauh 2.5 km bagi meningkatkan daya tahan fizikal serta tahap kecergasan anggota. Keseluruhan program berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan kerjasama dalam kalangan pegawai serta anggota PDPA Pasir Mas.

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













29/08/2026
28/08/2026


APM Pasir Mas

28 Ogos 2026 | Jumaat
"KEAJAIBAN DOA: 8 PERMOHONAN UTAMA"

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













"

28/08/2026
 APM Pasir Mas"GERGAJI BERBUNYI ATASI HALANGAN"JENIS KES : PT- POKOK TUMBANG (CD 705)SUMBER PANGGILAN : TMRCMASA : 1859H...
27/08/2026


APM Pasir Mas

"GERGAJI BERBUNYI ATASI HALANGAN"

JENIS KES : PT- POKOK TUMBANG (CD 705)
SUMBER PANGGILAN : TMRC
MASA : 1859H - 2020H
TARIKH : 26/08/2026 - RABU
LOKASI : KAMPUNG PENGKALAN BATU, PASIR MAS, KELANTAN
KEKUATAN : 04 X ANGGOTA LLP
LOGISTIK : 01 X AMBULAN 4X4 (CD215)
STATUS KES: KES BERJAYA

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













 APM Pasir Mas"HALANGAN DIALIH UNTUK KESELAMATAN"JENIS KES : PT- POKOK TUMBANG (CD 705)SUMBER PANGGILAN : TMRCMASA : 133...
27/08/2026


APM Pasir Mas

"HALANGAN DIALIH UNTUK KESELAMATAN"

JENIS KES : PT- POKOK TUMBANG (CD 705)
SUMBER PANGGILAN : TMRC
MASA : 1339H - 1547H
TARIKH : 26/08/2026 - RABU
LOKASI : KAMPUNG GAUNG TENDONG, PASIR MAS, KELANTAN
KEKUATAN : 05 X ANGGOTA LLP
LOGISTIK : 01 X AMBULAN 4X4 (CD215)
STATUS KES: KES BERJAYA

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













 APM Pasir Mas"SANG SAWA BERSAIZ BESAR BERJAYA DITANGKAP"JENIS KES : KMU-CD706SUMBER PANGGILAN : TMRCTARIKH: 26/08/2026H...
27/08/2026


APM Pasir Mas

"SANG SAWA BERSAIZ BESAR BERJAYA DITANGKAP"

JENIS KES : KMU-CD706
SUMBER PANGGILAN : TMRC
TARIKH: 26/08/2026
HARI: RABU
LOKASI: KAMPUNG GELAM TO'UBAN, PASIR MAS KELANTAN
MASA: 1145H - 1230H
LOGISTIK: 01 X HILUX (CD001)
KEKUATAN: 05 X ANGGOTA LLP
JENIS ULAR: SAWA BATIK
BERAT ULAR: 20 KG
PANJANG ULAR: 4 METER
STATUS: KES BERJAYA (MENANGKAP ULAR)

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













 APM Pasir MasJEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM LARIAN OBOR HARAPAN HENTIKAN STIGMA KESIHATAN MENTAL PERINGKAT DAERAH PASIR MAS...
27/08/2026


APM Pasir Mas

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM LARIAN OBOR HARAPAN HENTIKAN STIGMA KESIHATAN MENTAL PERINGKAT DAERAH PASIR MAS TAHUN 2026

TARIKH: 27 Ogos 2026 (Khamis)
MASA: 0800H - selesai
TEMPAT: Pusat Kesihatan Daerah Pasir Mas
PENGLIBATAN: 03 x Pegawai

CATATAN:
Program Larian Obor Harapan Hentikan Stigma Kesihatan Mental Peringkat Daerah Pasir Mas Tahun 2026 telah dirasmikan oleh Dr. Najihah Mahfuzah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas.

Program ini melibatkan aktiviti senaman sihat dan larian obor di sekitar kawasan Pasir Mas sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental.

Program ini turut bertujuan menggalakkan sokongan dan kefahaman masyarakat terhadap individu yang berdepan dengan isu kesihatan mental, di samping membantu mengurangkan stigma berkaitan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Penglibatan APM dalam program ini mencerminkan komitmen agensi dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan serta usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













 APM Pasir MasLAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN PASCA BENCANA (PASCA), NADMA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAN PUS...
27/08/2026


APM Pasir Mas

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN PASCA BENCANA (PASCA), NADMA DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAN PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA (PPKB) NEGERI KELANTAN

TARIKH: 27 Ogos 2026 (Khamis)
MASA: 0930H – selesai
TEMPAT: PPKB SK Gual Tinggi, Pasir Mas
PENGLIBATAN: 02 x Pegawai & 01 x Anggota LLP

CATATAN:
Lawatan kerja ini dipengerusikan oleh Tuan Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS), bersama Pasukan Bahagian Pengurusan Pasca Bencana (PASCA), NADMA.

Lawatan diadakan bagi meninjau secara langsung tahap kesiapsiagaan, pengurusan serta kemudahan yang disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di samping melihat status semasa pembinaan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Negeri Kelantan. Lawatan turut memberi fokus kepada persediaan menghadapi bencana serta aspek pengurusan dan penyelarasan kemudahan pemindahan mangsa.

Selain itu, lawatan ini menjadi platform untuk memperkukuh koordinasi, komunikasi dan kerjasama antara NADMA, APM serta agensi-agensi berkaitan dalam mememastikan pengurusan bencana dan pasca bencana dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan.

APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri













Address

Pasir Mas
17000,PASIRMAS

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to APM Pasir Mas:

Shortcuts

Share