Cheng On The Road - Motorhome

Cheng On The Road - Motorhome Motorhome/RV/Caravan rental service.

Short trip to Jiwacamp - Sungai Pandan Waterfall.Plan asal nak camping kat sini, tapi atas sebab tertentu plan terpaksa ...
14/08/2024

Short trip to Jiwacamp - Sungai Pandan Waterfall.

Plan asal nak camping kat sini, tapi atas sebab tertentu plan terpaksa dibatalkan. Kami sebenarnya dah booking awal, dah rancang macam2 dah tapi tu la.... kita ni hanya mampu merancang sahaja.

Tempat memang cantik, staff pun baik2 belaka. Insya Allah, ada rezeki kami akan ke sini lagi bersama Cheng On The Road - Motorhome .

Sebenarnya Air terjun Sg Pandan ni bukan tempat yang asing buat kami, belasan tahun dulu, inilah tempatnya kami beriadah. Tempat ni memang cantik. Kalau nak back to nature inilah tempatnya.

Tapi dulu2 tak ada lagi tapak perkhemahan macam sekarang ni. Itu yang buat kami teruja nak pergi tu, tambahan lagi nak introduce kat anak2 tempat menarik ini. Dorang pernah ke sini dulu, masa dorang kecil2 lagi, last sampai ke sini Aisya baru berumur 2 tahun.

Selain dari itu, kami pun nak cuba2 bawa Cheng Motorhome masuk hutan. Nak tengok keupayaannya. Alhamdulillah Cheng berjaya. Cumanya, kalau nak ke sini lagi, Cheng kena bawa genset sendiri, sebab port camping untuk Motorhome tidak disediakan power supply.

Memang ralat betul kami tak dapat bermalam disini, port dah cantik sangat. Di belakang port kami tu ada sungai kecik, kiranya kalau buka pintu dapur Cheng, terus nampak sungai. Hish!! Mudah2an kami dapat ke sini lagi. Insya Allah.

*jom enjoy... antara foto2 yang sempat kami snap. Untuk video, kita share dalam post yang lain p**ak ya.





Catatan Kembara Cheng Motorhome.Part 2 :Trip Giler Sebelum Harga Diesel Naik.Kita sambung part 2 p**a ya!.Selepas selesa...
16/06/2024

Catatan Kembara Cheng Motorhome.

Part 2 :

Trip Giler Sebelum Harga Diesel Naik.

Kita sambung part 2 p**a ya!.

Selepas selesai menunaikan solat subuh di Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Terapung, kami terus bergerak ke lokasi destinasi kami iaitu Kedai Nasi dagang atas tol. Alhamdulillah kami sampai awal, sama waktu dengan kedai baru nak buka. Jadi tak perlu beratur.

Dan, betullah seperti yang dikata, memang nasi dagang di sini sedap sangat. Berbaloi kami travel 14 jam untuk sampai ke sini 😆. Dengan ribut petir, hujan lebat bagai.

Kami kemudiannya bergerak menelusuri Pantai Miami Seberang Takir, mengimbau kenangan zaman kanak2 dulu. Inilah tempat kami bermain, kena kejar, kena marah dengan arwah Tok. Dulu di tepi pantai ini lah rumah Tok. Laut dan Sungai di kampung Seberang Takir ini lah taman permainan kami.

Alang2 dah sampai ke kampung ini, kami ziarah Pak sedara kami, Pok Teh dan Mok Teh. Seronok tengok keduanya masih sihat, cuma Mok Teh je, tangan bersimen sebab jatuh. Moga keduanya terus sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Amin.

Kami kemudiannya bergerak ke tempat wajib singgah bila ke Kuala Terengganu iaitu PASAR PAYANG TERENGGANU. Tempat ni memang crowded macam biasa, nak cari parking untuk Cheng On The Road - Motorhome memang susah. Jadinya cuma kaum ibu sahaja yang turun shopping, yang lain ambil peluang berehat dalam motorhome. Inilah untungnya bila kita travel dengan motorhome.

Selesai urusan shopping, kami pun bergerak balik semula ke Pekan, Pahang. Kali ini kami balik melalui Lebuhraya Pantai Timur. Tak sanggup dah nak meredah jalan kampung 😅🙏. Kira nak cepat sampai je ni... masing2 dah letih.

Maka tamatlah trip giler kami ini. 😅😅.

🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌

Dari trip ini dapat disimpulkan.

a. Jangan melebihi had bilangan penumpang yang ditetapkan. Muat memang muat, tapi sakit badan bila kita travel jauh2 tapi tak dapat rehat dan luruskan badan dengan cukup.

b. Untuk Cheng Motorhome, 10 penumpang termasuk driver untuk duduk sahaja sepanjang perjalanan adalah sesuai. Dan, cuma 4 dewasa untuk tidur dan luruskan badan adalah selesa.

c. Kenali keadaan jalan yang bakal anda lalui kalau terkena jalan yang rosak, tak pasal2 akan efek pada kenderaan anda p**a.

d. Sebelum bergerak pastikan bateri solar di charge sepenuhnya.

e. Sesekali buat kerja giler macam ni seronok jugak, dapat eratkan silaturahim sesama kita.

f. Perjalanan ini memakan masa selama 2 hari satu malam / 24 jam. Dengan kadar sewa untuk 24 jam anda akan dapat menikmati pengalaman seperti ini.

🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌.

Ada yang mencari motorhome untuk disewa? Boleh contact kami di :

https://wa.me/60122489075

Kita deal sampai jadi....








Catatan Kembara Cheng Motorhome.Part 1 :Ini kami namakan sebagai "TRIP GILA SEBELUM HARGA DIESEL NAIK."Ini betul2 kerja ...
11/06/2024

Catatan Kembara Cheng Motorhome.

Part 1 :

Ini kami namakan sebagai "TRIP GILA SEBELUM HARGA DIESEL NAIK."

Ini betul2 kerja gila. Kami bertolak dari Pekan Pahang jam 4 petang, Jumaat 31 May 2024. Matlamatnya nak ke Kuala Terengganu, dan tujuannya semata mata nak makan Nasi dagang atas tol .

Total semua penumpang termasuk driver 11 orang dan seekor kucing bernama Sood. Dengan yang paling muda dah tingkatan 2. So boleh bayang dia punya crowded macam mana kan. ðŸĪŠ.

Seats untuk duduk hanya muat untuk 10 orang sahaja, termasuk driver. Jadinya sepanjang trip ini ada sorang yg terpaksa duduk diatas lantai 😆. Memang duduk baring atas lantai... betul2 gila kan ðŸĪĢðŸĪĢ.

Dari Pahang ke KTrg, kami tak lalu highway, kononnya nak menikmati pemandangan. Tapi silap besar, jalannya teruk betul. So tak recommended lah untuk lalu jalan ini. Walaupun pemandangannya menarik sebab melalui kampung2. Tapi jalannya boleh buat rosak kenderaan. Jalan hanya start elok bila masuk sempadan Terengganu.

Kami berhenti solat di Masjid Sultan Ahmad Chukai Kemaman, indah dan tenang je di masjid ini, siap ada kuliah lagi. Kami sempat juga berhenti membeli lemang di Gerai Lemang Kijal tak sure gerai yang mana satu tapi dapat murah.... RM10 untuk 3 batang. Rezeki kami sebab dorang pun dah nak tutup gerai.

Makan malam kami di sebuah kedai makanan siam di Kerteh. Masa kat kedai ni lah, kehadiran kami telah dirakam, mungkin sebab kami datang dengan Cheng On The Road - Motorhome kot.

Berhenti mandi dan bersihkan diri di rumah kami di Kerteh. Masa ni berkira2 jugak untuk berhenti rehat dan bergerak subuh esoknya ke KT... tapi sebab driver2 kami gagah perkasa, jadi kami teruskan perjalanan kami. Melalui Dungun, kami berhadapan dengan hujan lebat dan ribut petir. Tapi Cheng Motorhome terus gagah bergerak ke destinasinya ðŸĪĐ.

Suasana di dalam motorhome yang havoc sebelumnya semakin lama, semakin sunyi. Ada yang tidur atas katil, ada yang tidur atas lantai, ada yang tidur sambil duduk. Sudahnya hanya driver2 kami je yang tinggal berjaga.

Sedar tak sedar kami telah pun berhenti di Pantai Miami Seberang Takir . Hero2 kami yang gagah perkasa tadi semuanya berhenti rehat dan berbaring di wakaf yang ada di sepanjang pantai ini, sementara menunggu waktu subuh.

Kami kemudian bergerak ke masjid terapung, Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Terapung untuk menunaikan solat subuh.

Panjang sangat dah ni.... kita sambung di part ke 2 nanti ya 😅.

🚌 🚌 🚌 🚌 🚌 🚌 🚌 🚌 🚌 🚌

Nak sewa motorhome? Jangan lupa contact kami :

https://wa.me/60122489075

Kita deal sampai jadi !!

Nak kena kerja keras sekarang ni harga diesel dah naik.... nanti2 akan ada yg naik harga lagi selepas ni... sejarah telah membuktikan.









Salam sahabat Cheng Motorhome semua.Hari ni nak share wajah empunya nama Cheng ini. Apa istimewa dia sehingga kami namak...
06/06/2024

Salam sahabat Cheng Motorhome semua.

Hari ni nak share wajah empunya nama Cheng ini. Apa istimewa dia sehingga kami namakan Motorhome ini sempena namanya.

Ha... dalam gambar di bawah itulah Cheng yang sebenarnya.

Dia adalah kucing pertama yang kami bawa masuk ke rumah dan peliharanya seperti ahli keluarga sendiri. Asalnya kucing yang dibuang, waktu kami jumpa keadaanya sangat teruk.

Tapi Cheng dah tak ada dengan kami sekarang. Telah kami serahkan kepada adopt parents yang sangat2 sayangkan nya... sekarang Cheng dah ada 3 bini. Cheng dah happy. ðŸĪĐ.

Kami abadikan namanya pada Motorhome kami ini dan kami dedikasikan satu dinding di dalamnya sebagai kenangan kasih sayang kami yang tak terhingga buat Cheng.

Itulah serba ringkas kenapa Motorhome kami ini namanya Cheng On The Road - Motorhome .

Ada yang berminat untuk menyewa Motorhome kami..... contact kami segera... kita deal sampai jadi :

https://wa.me/60122489075











Interior part 3Sitting area bahagian depan dalam Cheng On The Road - Motorhome  .Cosy and simple. Ini yang anda akan dap...
28/05/2024

Interior part 3

Sitting area bahagian depan dalam Cheng On The Road - Motorhome .

Cosy and simple. Ini yang anda akan dapat apabila anda menyewa Motorhome kami ini.

Berminat? Jangan lupa untuk contact kami di :

https://wa.me/60122489075

Kita deal sampai jadi 👍👍👍











Kisah kami balik beraya baru ni. Kami balik selepas seminggu raya, dah plan nak jumpa adik beradik semuanya. Seronok mas...
16/05/2024

Kisah kami balik beraya baru ni. Kami balik selepas seminggu raya, dah plan nak jumpa adik beradik semuanya. Seronok masing2 meronda dengan Cheng On The Road - Motorhome .

Kalau ada sesiapa yang berminat nak rasa pengalaman yang sama.... boleh contact kami :

https://wa.me/60122489075

Kita deal sampai jadi... ðŸĪ—.











Salam sahabat dan bakal sahabat Cheng semua. Lama betul tak bersiaran ya 😄.Saja nak kongsi gambar2 semasa kami menghanta...
12/05/2024

Salam sahabat dan bakal sahabat Cheng semua.

Lama betul tak bersiaran ya 😄.

Saja nak kongsi gambar2 semasa kami menghantar Cheng On The Road - Motorhome kepada Tuan penyewa motorhome kami ni masa raya hari tu.

Kami sebenarnya ada servis menghantar dan mengambil motorhome untuk disewa, tapi ia tertakluk kepada beberapa kondisi dan dengan sedikit bayaran.

Insya Allah apa2 aje yang memudahkan semua pihak, akan kami usahakan. Kita deal sampai jadi..... ada yang berminat untuk mengembara bersama motorhome?

Cuti sekolah dah dekat ni...... contact kami lekaihhh!!! 😅.

https://wa.me/60122489075











Address

Pekan

Telephone

+60122489075

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cheng On The Road - Motorhome posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cheng On The Road - Motorhome:

Share