PortKlangPuaka

PortKlangPuaka Call � 0162602921
contac : Zack Za’aba �

19/08/2024
19/08/2024
Port Klang Puaka Jersey V3
15/07/2024

Port Klang Puaka Jersey V3

12/07/2024

Open Trip:
Kalau berminat boleh PM

Kenering (3-4 Ogos 2024)

Memburu serigala sungai!

2H1M
Budget: RM 310

*Pecahan budget*
Mancing: rm 200
Campsite: free
Makan:
Hari 1: rm 35 (3 kali makan)
Hari 2: rm 25 (2 kali makan)
Baju: rm 50

Ada pertambah harga untuk makan sebab kerajaan madani

Transport: Sendiri

Deposit: RM 50 (nak settlekan baju)
Sebelum ahad (14 July 24)

Barang untuk camping:
1. Hammock/khemah/sleeping bag
2. ⁠lampu suluh
3. ⁠flysheet

Jadual Perjalanan

3 Ogos (Sabtu)

1:00 pagi - bertolak
2:30 pagi - kumpul di R&R Tg Malim
5:30 pagi - sampai di kenering (rehat di pondok
7:30 pagi - naik bot dan bertolak ke campsite (letak barang camping)
7:45 pagi - memburu
12:30 tghari - makan dan rehat di campsite
3:00 petang - memburu
7:00 petang - balik dan rehat

4 ogos (Ahad)

7:00 pagi - memburu
9:30 pagi - sarapan atas bot
10:00 pagi - memburu
12:30 tghri - makan tenghari dan rehat
3:00 petang - memburu
7:30 petang - balik campsite (packing)
8:00 malam - kembali ke pangkalan
9:00 malam - balik dan singgah makan (jika lapar)

5 ogos (isnin)
1:00 pagi - sampai rumah

31/07/2023
31/07/2023

Toman Dem Klau

12/03/2023

Trip Memburu Serigala Sungai (Hampala) Sg Kenering

10 March 2023
Ekspedisi memburu Hampala di sungai kenering, Perak telah dijalankan dengan jayanya. Dengan kekuatan seramai 6 orang, kami bertolak dari Port Klang dan Selayang seawal jam 3 pagi. Keadaan air di sungai kenering sangat jernih dan suasana menyemarakkan lagi semangat kami untuk memburu.

Walau bagaimanapun, ekspedisi kali ini berlansung selama satu hari sahaja. Pada akhir trip ini, sebanyak 4 ekor ikan telah berjaya di naikkan. Tahniah kepada Zack Za'aba kerana telah berjaya mendaratkan 2 ekor GORGON sekaligus bergelar CHAMPION!

Seiringan dengan ekspedisi kali ini, sedikit sumbangan telah diinfakkan bagi menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga usaha yang sedikit ini, dapat membantu dan meringankan dalam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 2023.

Penutup:
Asam jawa p**ang ke kedah,
Toman bujang di tasik chini,
Ekspedisi ke perak sudah,
Kemana p**a PKP lepas ni?

Port Klang Puaka | 10 March 2023 | Kg Sawa Kenering
12/03/2023

Port Klang Puaka | 10 March 2023 | Kg Sawa Kenering

03/03/2023

Di port klang ... Lorong cungah ...hujan lebat ... Air naik ... Tengahari td...info

TRIP TOMAN DI TASIK KENERING4-5 Februari 2023PortKlangPuaka Anglers dengan kekuatan ahli seramai 6 orang telah menduga t...
06/02/2023

TRIP TOMAN DI TASIK KENERING

4-5 Februari 2023

PortKlangPuaka Anglers dengan kekuatan ahli seramai 6 orang telah menduga toman di Tasik Kenering, Perak. Ucapan terima kasih kepada tekong-tekong di Kampung Sawa kerana telah menyambut kedatangan kami dengan sempurna. Jelajah selama 2 hari 1 malam telah membuahkan hasil yang amat baik. Keadaan cuaca dan air sangat cantik walaupun ada sedikit hujan. Tetapi semangat untuk memburu kami tetap ukuh dan syukur ke hadrat Illahi penjelajahan kali ini berakhir dengan selamat.

Hasil tangkapan
Mama toman - 3 ekor
Bujang toman - 5 ekor
Sebarau - 2 ekor




Address

Port Klang
Pelabohan Klang
42000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PortKlangPuaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share