05/05/2020
Sejak Oktober 2019, Anywheel telah berusaha keras untuk mempromosikan e-skuter kami sebagai pilihan mobiliti lestari di Bayan Baru dengan memberikan harga sewaan yang terendah kepada anda dan keluarga anda di Malaysia.
Hari ini, kami tidak lagi dapat menawarkan harga pengenalan kerana kami harus memperbaiki dan meningkatkan bilangan e-skuter semasa, meluaskan kawasan servis dengan menambah lebih banyak stesen, dan juga membangunkan pasukan operasi kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Harga sewaan terkini kami diatur secara berpatutan, serta menguntungkan penunggang biasa dan perjalanan jarak dekat.
Mulai 4 Mei 2020, kadar sewaan e-skuter kami adalah seperti berikut:
RM1 untuk membuka kunci
RM0.30 seminit
Contoh:
5 minit perjalanan e-skuter, bayaran sewa adalah seperti berikut:
Bayaran buka kunci RM1.00
Caj seminit RM0.30 x 5 minit = RM1.50
Jumlah caj sewaan RM1.00 + RM1.50 = RM2.50
60 minit perjalanan e-skuter, bayaran sewa adalah seperti berikut:
Bayaran buka kunci RM1.00
Caj seminit RM0.30 x 60 minit = RM18.00
Jumlah caj sewaan RM1.00 + RM18.00 = RM19.00
Bagi mereka yang berhasrat menggunakan e-skuter Anywheel pada setiap hari, kami menawarkan Pas Perjalanan 30 Hari kami dengan harga RM88.80, yang mana harganya kurang dari RM3 sehari.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai harga sewaan terkini atau Pas Perjalanan 30 Hari, sila DM kami dan Perkhidmatan Pelanggan kami akan membantu anda dengan senang hati.
Terima kasih kerana memahami tujuan kenaikan harga ini agar kami dapat terus memberikan piawaian perkhidmatan mobiliti yang unggul kepada masyarakat di Bayan Baru.