Gading Group

Call Directions Website

Gading Group Gading Group have multi-subsidiaries companies specify on Aviation. Defence. Maritime. Technology

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَTakziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta seluruh keluarga atas pemergia...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali , yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan beliau, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun sekeluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Al-Fatihah.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026Hari Malaysia meraikan sejarah, kepelbagaian dan semangat kebersamaan y...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September 2026

Hari Malaysia meraikan sejarah, kepelbagaian dan semangat kebersamaan yang membentuk negara kita.

Marilah kita terus menghargai apa yang menyatukan kita dan bersama-sama menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih baik.

Satu Malaysia, satu semangat, satu masa depan.

Selamat Hari Malaysia daripada Gading Group. 🇲🇾

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Pengarah Bahagia...
08/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly, Pengarah Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, atas pengurniaan Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (S.M.Z.) bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Semoga pengurniaan ini menjadi satu penghargaan atas jasa, kepimpinan dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan. Tahniah dan selamat maju jaya! 🎉🇲🇾

Ikhlas daripada,
Gading Group

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! 🇲🇾31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat membina masa depan ...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! 🇲🇾

31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat membina masa depan bersama. Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai keamanan dan kemakmuran yang dikecapi.

Bersatu • Berdaulat • Berkat

Salam Merdeka daripada Gading Group.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billa...
27/08/2026

Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah Binti Al-marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Amat Mulia dalam kalangan para solihin.

Mendoakan agar KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat Diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.

Al-Fatihah.

Gading Group

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 🌙12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Marilah kita memperingati kelahiran junjungan be...
24/08/2026

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 🌙

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak, sifat kasih sayang dan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Salam Maulidur Rasul ﷺ daripada Gading Group.

HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANGDAULAT TUANKU31 Julai 2026 Bersamaan 16 Safar 1448HMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapa...
31/07/2026

HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

DAULAT TUANKU
31 Julai 2026 Bersamaan 16 Safar 1448H

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan junjung kasih sempena Hari Keputeraan KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada kami,
Gading Group Berhad

✨ Salam Maal Hijrah 1448H ✨Setiap hijrah bermula dengan satu langkah.Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kebe...
16/06/2026

✨ Salam Maal Hijrah 1448H ✨

Setiap hijrah bermula dengan satu langkah.
Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, keberkatan dan kejayaan yang lebih bermakna buat kita semua.

Mari melangkah ke hadapan dengan semangat baharu, azam yang lebih kukuh dan tekad untuk terus mencapai kecemerlangan.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

🌙 Hijrah Membawa Keberkatan, Kemajuan dan Kejayaan Berterusan.

Gading Group merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekut...
04/06/2026

Gading Group merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026.

🌟 Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
• YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera
• YBhg. IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Ketua Polis Negara

🌟 Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
• YBhg. Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat
• YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara
• YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Semoga pengurniaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuhkan kecemerlangan perkhidmatan, integriti serta komitmen kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

Daulat Tuanku.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-P...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H sembah takzim daripada Gading Group

Address

Oasis Square, A-8-9, Capital 1, No 2, Jalan PJU 1A/7, Oasis Ara Damansara
Petaling Jaya
47301

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gading Group posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share