16/07/2026
๐ฎ๐น๐จ๐ต๐ซ ๐ณ๐จ๐ผ๐ต๐ช๐ฏ ๐ช๐ฌ๐น๐ฌ๐ด๐ถ๐ต๐ ๐ถ๐ญ ๐ณ๐จ๐ณ๐จ๐ท๐ถ๐น๐ป ๐ป๐น๐จ๐ต๐บ๐ท๐ถ๐น๐ป๐จ๐ป๐ฐ๐ถ๐ต ๐ฏ๐ผ๐ฉ
Zaim Express berbesar hati menghadiri Majlis Pelancaran LaLaport Transportation Hub di LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), sebuah hab pengangkutan moden yang menjadi antara terminal bagi perkhidmatan bas ekspres ke Singapura.
Turut hadir mewakili Zaim Express ialah Pengarah Urusan, Tuan Ahmad Zaim Bin Ghazali, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh ekosistem pengangkutan awam dan meningkatkan pengalaman perjalanan rentas sempadan.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran dan ucapan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), serta disertai oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Agensi Pengangkutan Awam Darat Azrin Borhan, Tuan Yang Terutama Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia, dan Mr. Masayoshi Saito, Managing Director Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia.
Pelancaran hab pengangkutan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem mobiliti bandar yang lebih moden, cekap dan bersepadu. Zaim Express menyokong sepenuhnya inisiatif yang memberi nilai tambah kepada pengalaman perjalanan pengguna serta memperkukuhkan hubungan antara pengangkutan awam dan pembangunan bandar.
Tahniah kepada Asia Success Resource Sdn Bhd, Mitsui Fudosan, LaLaport BBCC dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelancaran ini. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih mampan di Malaysia.