01/09/2026
HOLDING STATEMENT
INSIDEN PERLANGGARAN MELIBATKAN FERI TELUK BAHANG DAN MV MEKAR JAYA
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengesahkan bahawa satu insiden perlanggaran melibatkan Feri Teluk Bahang dan kapal MV Mekar Jaya telah berlaku dalam had Pelabuhan Pulau Pinang pada 1 September 2026 jam 8:40 malam.
Berdasarkan maklumat awal, MV Mekar Jaya dilaporkan sedang melakukan pergerakan dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT). Insiden perlanggaran kemudiannya berlaku melibatkan kapal tersebut dan feri yang sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).
Setakat maklumat awal yang diterima, seramai 21 orang dilaporkan cedera. Semua penumpang yang tercedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan tiada lagi mangsa berada di PSAH. Operasi perkhidmatan feri adalah berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan insiden tersebut.
SPPP bersama-sama Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan mengambil segala langkah yang sewajarnya bagi memastikan tindakan susulan yang diperlukan dapat dilaksanakan berkaitan penumpang yang terlibat serta keselamatan dan kelancaran operasi pelabuhan sentiasa terjamin.
Terima kasih.
DATOโ YEOH SOON HIN
PENGERUSI,
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
1 SEPTEMBER 2026
-TAMAT-
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)
Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal,
No. 1A, Pesara King Edward, 10300
George Town, Pulau Pinang
Pertanyaan Media
Unit Khidmat Korporat, SPPP
Tel +604 263 3211
Faks +604 263 2623