17/08/2026
sambung yang tergendala
NLE: RM415 JUTA, KENAPA BOLEH TERSANGKUT?
NLE ialah projek zaman BN di bawah Kerajaan Persekutuan, bernilai RM415 juta, dimulakan pada 2017 dan sepatutnya siap pada 2021.
Selepas 2018, kerajaan Negeri Sembilan bertukar kepada PH di bawah Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun .
Maka rakyat berhak bertanya — kenapa projek yang sudah berjalan ini gagal disiapkan mengikut jadual sehingga kerja-kerja berbaki terpaksa ditender semula?
Pada 2024, kontrak baharu bernilai RM225.05 juta p**a diberikan untuk menyiapkan baki projek.
RM415 juta projek asal. Bertahun-tahun tersangkut. Kemudian RM225 juta lagi diperlukan untuk menyiapkan baki.
Jadi jangan cepat salahkan kerajaan BN-PN hari ini.
Persoalkan dahulu apa yang berlaku sepanjang tempoh kerajaan PH mentadbir Negeri Sembilan.
Menteri Besar Gred A katanya?
Kalau benar Gred A, kenapa projek RM415 juta ini boleh tersangkut bertahun-tahun?
Rakyat bukan minta cerita siapa paling pandai mengaku berjasa.
Rakyat nak tahu kenapa projek yang sepatutnya siap pada 2021 akhirnya berlarutan bertahun-tahun.
Projek zaman BN, tersangkut zaman PH — jangan sampai kerajaan BN-PN hari ini p**a yang dipersalahkan kerana terpaksa menyambung dan menyiapkan apa yang diwarisi.
Yang lama, jawab rekod. Yang baharu, siapkan. Rakyat tengok dan rakyat nilai. 🔥