16/06/2026
🛳 PKCT Raikan Ketibaan Sulung (Maiden Call) Viking Yi Dun.
Pada 14 Jun 2026, Port Klang Cruise Terminal (PKCT) telah meraikan ketibaan sulung (Maiden Call) kapal persiaran Viking Yi Dun, sekali gus mengukuhkan kedudukan PKCT sebagai pintu masuk utama pelancongan pelayaran di Malaysia.
PKCT bersama Tourism Selangor telah menganjurkan sambutan khas sempena ketibaan sulung Viking Yi Dun bagi meraikan para penumpang serta memperkenalkan keunikan budaya dan produk pelancongan Selangor. Delegasi PKCT diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKCT, Mr. Alvin Geoffrey, manakala Tourism Selangor diwakili oleh En. Mohamad Faroul Mustaffa, Pengurus Acara dan Pelancongan.
Sebagai simbolik hubungan dan kerjasama yang erat antara pihak pelabuhan dan syarikat pelayaran, satu sesi pertukaran plak telah diadakan antara Mr. Alvin Geoffrey dan Kapten kapal, Captain Alex
Delegasi turut dibawa melawat kapal persiaran Viking Yi Dun bagi meninjau kemudahan dan fasiliti bertaraf antarabangsa yang ditawarkan kepada para penumpang.
Dalam pada itu, para penumpang yang tiba di PKCT telah disambut dengan persembahan kebudayaan Malaysia sebagai acara alu-aluan serta menerima cenderamata khas (goodies), sekali gus memberikan pengalaman pertama yang mesra dan berwarna-warni di Selangor.
PKCT mengalu-alukan kedatangan Viking Yi Dun dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin akan terus menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan pelayaran serta memperkukuhkan kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai destinasi pelayaran pilihan di rantau ini 💌
-----------------------------------------
🛳️ PKCT Celebrates Maiden Call of Viking Yi Dun.
On 14 June 2026, Port Klang Cruise Terminal (PKCT) proudly welcomed the maiden call of Viking Yi Dun, further strengthening PKCT's position as Malaysia's premier cruise gateway.
PKCT, together with Tourism Selangor, organised a special welcome programme to commemorate the maiden call of Viking Yi Dun, celebrating the arrival of passengers while showcasing Selangor's unique culture and tourism offerings. The PKCT delegation was led by Mr. Alvin Geoffrey, Chief Executive Officer of PKCT, while Tourism Selangor was represented by Mr. Mohamad Faroul Mustaffa, Manager of Events and Tourism.
As a symbol of the strong partnership between the port and the cruise line, a plaque exchange ceremony was held between Mr. Alvin Geoffrey and the ship's Master, Captain Alex.
The delegation was also given a guided tour of Viking Yi Dun, providing an opportunity to experience the vessel's world-class facilities and onboard amenities.
Passengers arriving at PKCT were warmly welcomed with Malaysian cultural performances and received special goodies as part of the welcoming ceremony, creating a memorable first impression of Selangor and Malaysia.
PKCT warmly welcomes Viking Yi Dun and looks forward to strengthening collaboration with cruise partners to further enhance the growth of Malaysia's cruise tourism industry and position Selangor and Malaysia as leading cruise destinations in the region 💌