04/04/2016
Assalamualaikum semua dan Selamat Sejahtera. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman pertama saya ke Pulau Redang. Mungkin pada yang belum pernah sampai boleh jadikan sebagai tips jika hendak ke Pulau Redang. Sebelum pergi pastikan semua bilik penginapan telah sedia ditempah sebab xde orang yang datang walk in. Segala persiapan telah ditempah seawal 2 bulan sebelum trip ke Pulau Redang bagi memastikan segala berjalan dengan lancar. Pakej ke Redang lebih kurang seorang RM400 tidak termasuk dari rumah anda ke jeti di Kuala Terangganu. Boleh memilih sama ada drive atau flight mengikut bajet anda. Disebabkan masa saya pergi bersama Company Trip jadi mereka memilih flight sebagai perjalanan ke Kuala Terengganu bagi mengelak letih dan menjimatkan masa perjalanan. Harga pakej yang disebut diatas adalah secara kasar,anda boleh memilih chalet yang menawarkan harga yang lagi rendah mengikut bajet anda. Pakej termasuk mengambil/menghantar anda dari Airport Kuala Terengganu ke Jetty dan balik semula ke Airport KT.
Ok start 18/03/2016 jam 3am saya keluar rumah menuju ke Hotel Premier Bukit Tinggi Klang. Sesetengah dari kami memilih menaiki bas ke KLIA 2. Ada sesetengah lagi memilih untuk drive terus ke KLIA 2. Jadi pada anda yang menaiki flight boleh menggunakan perkhidmatan Aerobus Express dari Hotel Premier ke KLIA 2. Tiket sehala hanya rm13 sahaja boleh juga beli pergi balik untuk mengelak bas penuh bile anda nak balik nanti. Perjalanan dari Hotel Premier Bukit Tinggi Klang ke KLIA 2 mengambil masa kira 1jam. Kami bertolak dari Hotel Premier jam 4:30am dan sampai ke KLIA 2 jam 5:30am. Masing2 dah excited nak ke Redang maklumlah ramai yang baru 1st time nak ke Redang. Ade jugak yang baru 1st time naik flight hehe mcm saya lah. Flight kami jam 7am jadi boarding time kami pada jam 6:20am. Bila semua dah berkumpul dah cukup org kami pun menghala ke pintu masuk penerbangan domestik. Pastikan anda dah ade boarding pass dan IC bagi kakitangan lapangan terbang semak flight anda sebab kang salah masuk flight naya haha. Maklumlah KLIA 2 besar nak jalan ke pintu naik flight pun dekat 20min. Memang jauh letih ooo. Tepat jam 7.05 flight kami pun memulakan sesi penerbangan ke Kuala Terengganu. Perjalanan ke Kuala Terengganu mengambil masa kira 55min. Kami sampai di lapangan KT jam 8am. Sampai di sana saya terus menghubungi driver bas yang akan membawa kami ke Jetty Merang untuk menaiki boat ke Redang. Jam 8:30am driver telah siap sedia dengan bas dan kami semua memulakan perjalanan ke Jetty Merang. Kami singgah sarapan pagi di suatu tempat yang dibawa driver bas tadi sbb sementara masa boat untuk ke Redang dalam pukul 10 katanya. Perjalanan dari lapangan terbang KT ke Jetty lebih kurang 1jam. Sampai di Jetty lebih kurang pukul 10am dan kami masih tidak boleh menaiki boat ke Redang kerana air sungai cetek dan baru hendak pasang. Jadi kami terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk air sungai pasang sebelum boat boleh memulakan perjalanan ke Redang. Ohya sebelum menaiki boat kene bayar 1 kepala rm5 bagi dewasa dan rm2 untuk kanak2 harga ini pergi balik skali bayar. Hampir jam 12pm baru kami dapat menaiki boat menuju ke Redang dan barulah merasa lega sebab dah hampir sampai ke p**au. Perjalan dari Jetty ke Redang mengambil masa kira 45min dengan menggunakan dua enjin 150 kuasa kuda jadi kali 2 dah jadi 300 kuasa kuda. Memang laju terjongket boat dibuatnye haha. Disini saya ingin berkongsi 1 tips untuk anda. Sekiranya anda sampai di Jetty sama ada drive @ flight, sebelum menaiki boat saya sarankan anda tukar seluar dan pakai seliper sahaja sebab di p**au tak ada jetty jadi anda kene terjun dalam air setinggi peha anda. Kalau pakai kasut memang basah la kasut anda. Hampir jam 1pm kami pun tiba di Pulau Redang. Keadaan p**au yang sangat2 cantik dengan air hijau kebiruan memang tak dinafikan Pulau Redang antara p**au2 tercantik di Malaysia. Chalet yang kami duduk ialah Redang Pelangi Resort. Kami disambut oleh staff disana dan menyuruh kami Lunch dahulu sementara dia bagi kunci bilik. Setelah selesai makan tengah hari kami masuk kebilik letak segala beg dan keluar semula jam 2:15pm bagi memulakan sesi snorkling p**ak. Peralatan snorkling boleh disewa dengan harga serendah rm20 untuk jaket dan google siap straw besar. Perghhh x sempat rehat dah nak snorkling p**ak. Sebab tu ramai yang naik flight sebab nak jimat masa dan tenaga. Jam 2:30pm boat kami tiba untuk bawa kami ke lokasi snorkling pertama dekat sebuah p**au kecik je x ingat apa nama p**au tu. Jadi kami diberi masa selama 2jam untuk snorkling disitu. Boleh bawa anak sekecil setahun lebih sebab kalau xnak snorkling boleh relax atas boat je. Kami sampai di Pulau semula lebih kurang jam 5pm dan minum petang p**ak. Ha kt sini makan xyah risau ya. X sempat nak hadam dah makan lagi hihi. Selesai minum petang kami balik ke bilik bagi merehatkan badan. Jam 7pm-9pm waktu makan malam p**ak jadi kami turun jam 8pm bagi menikmati makan malam. Setelah makan kami mengambil peluang jalan2 sekeliling p**au sambil melepak layan dam ular yang disediakan pihak chalet. Banyak jugak permainan disediakan seperti karom, chest, dam aji, dam ular, congkak dan sebagainya. Klu nak layan boleh layan. Jam 11pm kami balik ke bilik bagi merehatkan badan sebab esok pagi jam 7am kene bangun untuk sarapan pagi p**ak lepas tu snorkling trip ke-2. Ohya peralatan snorkling yang dah disewa tu boleh bawa balik ke bilik untuk sambung esok punya trip snorkling p**ak. Tapi awas jangan sampai hilang. Denda sebanyak Rm80 akan dikenakan jika hilang.
19/03/2016 jam 7am. Kami bangun untuk bersarapan dan setelah selesai kami balik ke bilik untuk bersiap ke acara snorkling seterusnya. Jam 9am kami sudah bersiap sedia dengan segala kelengkapan nak pergi snorkling. jam 9:30 boat mula bergerak menuju ke 1 pantai marine park. Disini kawasan snorkling memang tersangat cantik. Kalau datang bawa lah roti untuk snorkling bersama ikan2 disini. memang jinak dan cantik2 ikan dia. Tambahan p**a kawasan batu karang yang sangat cantik. Memang puas hati la snorkling kt sini. Kalau ada camera Go-Pro atau yang boleh masuk air baik bawak sebab rugi x amik gambar dalam air. Keadaan yang sangat cantik. Juga diberi 2jam untuk snorkling disini dan jam 12pm kami bergerak balik ke Redang untuk makan tengah hari p**ak. Selesai makan tengah hari jam 2pm berkumpul lagi untuk snorkling trip ke-3. Kat sini kalau nak rehat belah malam je sebab siang memang snorkling je aktiviti dia. Tapi memang puas hati lah cantik sangat. Trip snorkling ke-3 ni pun 2jam jugak. Snorkling sampai lebam hahaha. Jam 4pm kami bergerak balik ke Redang dan ni la last trip snorkling sebab esok pagi dah kene Check Out. Sampai p**au minum petang lagi lepas tu pergi pantai snorkling sendiri dengan kawan2. Kat area sni pun ade ikan dan batu karang yang cantik2. Lepas dah penat balik chalet siap2 mandi semua turun balik tuk makan malam p**ak. Kami lepak sampai pukul 12 malam dan kat sini jam 12am p**au da senyap sunyi sebab xde aktiviti dah. Jadi kami rest untuk balik p**ak esoknya.
20/03/2016 Jam 7:15am kami turun untuk sarapan pagi sebelum check out. Lepas makan siap2 nak gerak balik dah. Jam 8:30am boat untuk balik dah tunggu jadi kami bagi kunci untuk balik ke Jetty Merang masa ni lah kami semua bergambar kenangan 1 office hehe. Kat sini pun sebelum ke Jetty pakai seluar basah dahulu sebab naik boat dalam air jugak. Dah sampai Jetty nanti barulah tukar balik ya. Kalau tak nanti pakai seluar basah la naik flight hihi. Jam 9:50am kami sampai kat Jetty tapi dia hantar kami tepi pantai sebab boat x boleh lalu sungai tu air cetek. Macam mase datang tu la air x pasang lagi tapi bas kami dah siap sedia menunggu. Dah selesai turun barang semua kami terpaksa jalan kaki lebih kurang 15min untuk sampai ke bas sebab bas x boleh masuk sampai dalam faktor jalan kecik. Jam 10:30am kami terus bergerak ke lapangan terbang KT dan sampai lebih kurang jam 11:30am. Flight balik kami jam 1:35pm dan waktu boarding jam 12:50pm. Jadi kami rehat makan2 dan jalan2 dulu kat Airport tu sementara menunggu jam 1pm. Bila dah boarding time kami semua masuk untuk check in dan standby sementara flight sampai. Ohya kami menaiki flight Air Asia dengan slogan flight tambang murah terbaik haha. Jam 1:40pm sekali lagi kami memulakan sesi penerbangan untuk balik ke KLIA 2. Jam 2:30pm kami selamat sampai ke KLIA 2 tanpa sebarang masalah Alhamdulillah. Kami terpaksa rushing cari pintu keluar ke tempat bas untuk balik ke Hotel Premier sebab bas kami jam 3pm. Nasib baik sempat kami sampai jam 2:55pm bas pun x sampai lagi. Jam 3:05 bas pun tiba untuk bawa kami balik ke premier hotel. Jam 4pm kami selamat tiba di Hotel Premier dan masing2 ahli keluarga telah siap menunggu untuk amik keluarga masing2. Begitulah sedikit sebanyak cerita dari Pulau Redang yang dapat saya kongsi bersama anda. Next year kalau ade trip lagi saya akan kongsi lagi insyaAllah. Pada saya boleh saya bagi 5 bintang untuk kecantikkan Pulau Redang. Pulau Redang ni memang saya akan datang lagi lepas ni dengan family p**ak insyaAllah. Pulau Perhentian juga dalam list nak pergi jugak. Sekian.