29/09/2026
𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌𝐄 𝐖𝐄𝐄𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK), bersama Northport, Westports dan Port Klang Free Zone (PKFZ), terus memperkukuh komitmen dalam menyokong agenda pembangunan sektor maritim dan logistik negara melalui penyertaan dalam Malaysia Maritime Week (MMW) 2026, yang berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Loke Siew F**k, Menteri Pengangkutan, yang menekankan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai hab maritim dan logistik bertaraf global.
Antara pencapaian utama yang diketengahkan ialah Pelabuhan Klang yang mengekalkan kedudukannya sebagai pelabuhan kontena ke-10 tersibuk di dunia, dengan jumlah kendalian sebanyak 15.14 juta TEU pada tahun 2025, mencatatkan peningkatan sebanyak 3.4% berbanding tahun 2024.
Seiring dengan aspirasi jangka panjang negara, Kerajaan menyasarkan peningkatan kapasiti pengendalian pelabuhan Malaysia kepada 100 juta TEU menjelang tahun 2035. Sasaran ini disokong oleh pelaksanaan pembangunan strategik, termasuk peluasan Westports 2 serta pembangunan pelabuhan baharu di Pulau Carey.
Sepanjang berlangsungnya MMW 2026, LPK, Northport, Westports dan PKFZ menyertai pameran secara bersama bagi mengetengahkan pencapaian, keupayaan operasi, inisiatif strategik serta perancangan pembangunan masa hadapan Pelabuhan Klang.
Kedudukan Pelabuhan Klang dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk di dunia merupakan hasil daripada usaha bersepadu dan komitmen berterusan seluruh komuniti Pelabuhan Klang. Pencapaian ini turut mencerminkan kesungguhan bersama dalam mempertingkat kecekapan, daya saing, kesalinghubungan serta kecemerlangan sektor maritim negara.
Daripada Aspirasi kepada Tindakan: Memacu Kecemerlangan Maritim.
•
𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐊𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌𝐄 𝐖𝐄𝐄𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
Port Klang Authority (PKA) together with Northport, Westports and Port Klang Free Zone (PKFZ) is proud to participate in Malaysia Maritime Week (MMW) 2026 held from 29 September to 1 October 2026 at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
The opening ceremony was officiated by YB Loke Siew F**k, Minister of Transport who highlighted Malaysia’s continued efforts to strengthen its position as a global maritime and logistics hub.
Among the key milestones highlighted was Port Klang retaining its position as the world’s 10th-busiest container port, handling 15.14 million TEUs in 2025, an increase of 3.4% from 2024.
Looking ahead, the Government aims to increase Malaysia’s port handling capacity to 100 million TEUs by 2035, supported by major developments including the Westports 2 expansion and the development of a new port on Carey Island.
Throughout MMW 2026, PKA, Northport, Westports and PKFZ are jointly participating in the exhibition, showcasing Port Klang’s achievements, capabilities, ongoing initiatives and future development.
Port Klang’s position among the world’s Top 10 container ports reflects the collective efforts of the entire Port Klang community and our shared commitment to greater efficiency, connectivity and maritime excellence.
From Ambition to Action: Powering Maritime Excellence.
_
Ministry of Transport Malaysia
Jabatan Laut Malaysia
Malaysia Shipowners' Association (MASA)
Westports Malaysia
Northport (Malaysia) Bhd
Port Klang Free Zone - PKFZ