APC Putra Prima

APC  Putra Prima Tadika dan playschool untuk anak-anak 1 hingga 6 tahun, berteraskan Islamik & aktiviti bermain
(5)

17/08/2026
17/08/2026

Cara seimbangkan akademik dan akhirat tanpa membebankan anak

Ramai ibu ayah nak anak pandai membaca, menulis dan mengira.

Tapi dalam masa yang sama, kita nak anak kenal Al-Quran, hafal doa dan belajar adab.

Jadi… macam mana nak seimbangkan semuanya tanpa buat anak rasa terbeban?

Sebenarnya, cara belajar tu yang penting.

Akademik boleh dipelajari melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Untuk pembelajaran Islamik p**a, anak tak semestinya perlu duduk diam dan menghafal.

Di Al Baghdadi, ada kaedah Ketuk-Ketuk dan hafazan melalui pergerakan secara berkump**an.

Anak belajar sambil bergerak, ulang bersama-sama dan berinteraksi.

Jadi, mereka bukan sekadar belajar akademik…

Tetapi dalam masa yang sama, mereka dibiasakan dengan Al-Quran, hafazan dan nilai-nilai Islam.

Sebab kita nak anak bukan sahaja pandai, tapi juga beradab dan dekat dengan agama.

DaftarSekarang ❗❗❗📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut & Pendaftaran:➡️  012-6036301
17/08/2026

DaftarSekarang ❗❗❗

📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut &

Pendaftaran:
➡️ 012-6036301

14/08/2026

Kalau murid ramai, cikgu sempat ke nak semak bacaan anak seorang-seorang?”

Ini antara perkara yang ibu ayah patut tanya bila nak pilih tadika.

Sebab belajar membaca bukan sekadar anak ikut baca bersama-sama dalam kelas.

Guru perlu tahu…
Anak dah sampai tahap mana?
Masih keliru bunyi huruf?
Masih tersekat bila gabungkan suku kata?
Atau dah boleh membaca dengan lancar?

Di Tadika Al Baghdadi Putra Prima, kami pastikan jumlah murid dalam kelas tidak terlalu ramai.

1 guru : sekitar 13–14 orang murid.

Dengan jumlah yang lebih terkawal, guru boleh beri perhatian kepada perkembangan setiap anak.

Dan yang lebih penting…

📖 Ada sesi Reading One-to-One
👩🏻‍🏫 Guru dengar bacaan anak secara individu
📝 Tahap bacaan anak direkod supaya perkembangan mereka boleh dipantau dari semasa ke semasa.

Sebab bagi kami, setiap anak ada tahap pembelajaran yang berbeza.

Bukan sekadar anak datang belajar.
Kami nak tahu sejauh mana anak sudah berkembang.

Kalau ibu ayah sedang mencari tadika untuk anak, jangan lupa tanya satu perkara ni:

“Macam mana cikgu pantau tahap bacaan anak saya?”

13/08/2026

Anak dah hafal, tapi bila diminta baca sendiri… masih perlahan atau kurang yakin? 🥹

Kadang-kadang anak sebenarnya sudah ingat, cuma masih perlukan latihan untuk membaca tanpa bergantung pada suara guru atau kawan-kawan.

Melalui bacaan individu Surah Al-Zalzalah, guru dapat memberi peluang kepada setiap anak untuk membaca sendiri. 🌱

Aktiviti ini membantu anak:
✨ Mengukuhkan hafazan
✨ Melatih kelancaran bacaan
✨ Membina keberanian membaca sendiri
✨ Meningkatkan keyakinan terhadap hafazan mereka

Hafal bersama-sama itu permulaan.

Berani membaca sendiri p**a membantu membina keyakinan

Address

No 26 & 8A, Jalan Putra Prima 2/2 , Taman Putra Prima
Puchong
47100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APC Putra Prima posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share