01/01/2026
Sepanjang Januari hingga Disember 2025, pencapaian jabatan terus menunjukkan peningkatan dengan kutipan mencecah RM5 bilion. Penglibatan pegawai dalam liga bola sepak langsung tidak menjejaskan prestasi kerja, malah selari dengan peningkatan pencapaian yang direkodkan.
Justeru, kritikan yang dibangkitkan jelas tidak berpaksikan fakta, sebaliknya lebih didorong oleh persepsi negatif dan rasa tidak puas hati, tanpa sebarang sumbangan bermakna kepada kemajuan jabatan.
Hakikatnya, aktiviti bola sepak sendiri tersenarai sebagai salah satu bentuk sumbangan kepada jabatan dari sudut pembangunan modal insan, disiplin dan imej organisasi. Maka, cukuplah melontarkan tohmahan tanpa kefahaman terhadap peranan dan nilai sebenar sukan ini.
ULTRA IFC SAMPAI MATI.
ππππππππππ πππππ πππππππ πππππππππ ππππππππ ππππ πππππ ππππ
2025, setahun yang mencerminkan kemajuan menyeluruh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Daripada penambahbaikan perkhidmatan, pemerkasaan sistem dan tadbir urus, sehinggalah pengukuhan penguatkuasaan dan peranan antarabangsa. Setiap inisiatif digerakkan dengan satu matlamat iaitu memastikan pengurusan imigresen yang cekap, berintegriti dan berimpak.
Bagi tahun 2025 ini, JIM telah mencatatkan jumlah kutipan hasil melebihi 5.1 billion, lebih 90,000 tangkapan PATI dan 19,205 permohonan permit masuk diselesaikan. Di samping itu, Pasport Malaysia telah menduduki tangga ke-3 dunia berdasarkan Ranking Pasport Index.
Pencapaian sepanjang tahun ini menjadi asas kukuh untuk JIM terus melangkah ke hadapan, mempercepat reformasi, mempertingkat kepercayaan rakyat dan terus menyesuaikan peranan imigresen dengan cabaran semasa.
JIM kekal komited untuk berkhidmat dengan profesionalisme, ketegasan dan tanggungjawab.
Melangkah bersama, demi negara. Imigresen Perkasa.