BLESS CARE Services Segamat

Call Directions Contact the business

BLESS CARE Services Segamat AMBULANCE SERVICE AND NURSING HOMECARE SERVICES SEGAMAT

πŸš‘ BELUM SEMPAT LAUNCH, DAH GERAK! πŸ˜„Baru-baru ni kami tambah sebuah lagi ambulans dalam fleet Bless Care.Sebenarnya belum...
01/10/2026

πŸš‘ BELUM SEMPAT LAUNCH, DAH GERAK! πŸ˜„

Baru-baru ni kami tambah sebuah lagi ambulans dalam fleet Bless Care.

Sebenarnya belum sempat nak buat official launching pun…
tempahan dah masuk dulu. πŸ˜…

Jadi tak sempat nak bagi ambulans baru ni duduk lama-lama, terus dapat tugasan pertama β€” Kg Paya Pulai β†’ Anga Clinic, Johor Bahru.

Pergerakan bermula seawal 5.00 pagi untuk menuju ke Johor Bahru.

Nampaknya ambulans baru ni tak tunggu lama untuk diperkenalkan. πŸš‘

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Bless Care Service.
Semoga dipermudahkan setiap perjalanan dan urusan pesakit. 🀲

Untuk tempahan ambulans dan Homecare hubungi kami di
019-942 9396

BLESS CARE SERVICE

πŸš‘ Keluar Isi Minyak, Tersangkut Pulak Satu Kes…Semalam MA kami keluar dengan ambulans, nak isi minyak je.Belum sempat sa...
29/09/2026

πŸš‘ Keluar Isi Minyak, Tersangkut Pulak Satu Kes…

Semalam MA kami keluar dengan ambulans, nak isi minyak je.

Belum sempat sampai, dekat traffic light Segamat Baru nampak accident motor dengan kereta.

Terus berhenti.

Check keadaan mangsa Alhamdulillah cuma cedera ringan, tengok apa yang boleh bantu dan akhirnya mangsa kami bawa terus ke hospital untuk rawatan.

Tak dirancang, tapi bila kebetulan ada di tempat yang sama, kita bantu mana yang mampu. 🀲

Semoga mangsa diberi kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan.

πŸš‘ SUNDAY MORNING | EMERGENCY AMBULANCE CALLπŸš‘ Kwongsai β†’ Emergency Hospital SegamatRoutine to Emergency Awal pagi ni, MA ...
27/09/2026

πŸš‘ SUNDAY MORNING | EMERGENCY AMBULANCE CALL

πŸš‘ Kwongsai β†’ Emergency Hospital Segamat
Routine to Emergency

Awal pagi ni, MA kami datang ke rumah pesakit seperti biasa untuk routine wound dressing.

Tapi semasa visit, M.a kami dapati pesakit kelihatan sukar bernafas.

MA kami terus membuat pemeriksaan dan menilai keadaan pesakit. Berdasarkan keadaan yang didapati, MA kami telah memberikan rawatan awal dan menasihati waris supaya pesakit dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Daripada routine homecare, bertukar menjadi emergency ambulance call.

Semoga pesakit dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan. 🀲

Bless Care Service
πŸ“ž 019-942 9396
MUDAH β€’ MURAH β€’ MESRA

πŸš‘ WEEKEND NIGHT | EMERGENCY CALL β†’ RED ZONE πŸš‘Semalam kami selesai satu lagi ambulance call β€” Kg Tengah β†’ Hospital Pakar ...
26/09/2026

πŸš‘ WEEKEND NIGHT | EMERGENCY CALL β†’ RED ZONE πŸš‘

Semalam kami selesai satu lagi ambulance call β€” Kg Tengah β†’ Hospital Pakar Sena.

Setibanya di rumah pesakit, Medical Assistant kami terlebih dahulu membuat pemeriksaan, memberikan rawatan awal dan menstabilkan keadaan pesakit sebelum perjalanan dimulakan.

Kami kemudian berkoordinasi dengan doktor di Hospital Pakar Sena supaya pihak hospital bersedia menerima pesakit.

Setibanya di hospital, pesakit terus dibawa ke Zon Merah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga pesakit diberikan kesembuhan yang sempurna dan secepat mungkin. 🀲

πŸš‘ Bless Care Service
Private Ambulance β€’ Medical Assistance β€’ Hospital Transfer

πŸ“ž 019-942 9396
MUDAH β€’ MURAH β€’ MESRA

πŸ•ŠοΈ PANGGILAN TERAKHIR Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.Hari ini penghulu segala hari. Hari Jumaat Allah gerakkan kami ...
25/09/2026

πŸ•ŠοΈ PANGGILAN TERAKHIR

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Hari ini penghulu segala hari. Hari Jumaat Allah gerakkan kami untuk bangun lebih awal daripada biasa.

Pagi tadi kami sedang menguruskan pergerakan pesakit dari Kg Paya Pulai ke Anga JB, sebelum tiba-tiba kami menerima satu panggilan dari Redong.

Pesakit yang sepatutnya menjalani dialysis pagi ini memerlukan bantuan.

Kami terus bersiap dan bergerak ke rumah pesakit.

Namun, setibanya kami di sana…
Allah lebih dahulu menjemputnya.

Medical Assistant kami telah membuat pemeriksaan dan mendapati pesakit sudah tiada tanda-tanda kehidupan. Waris kemudian dinasihatkan untuk berurusan dengan pihak polis bagi urusan seterusnya.

Pesakit ini sangat istimewa buat kami.

Dialah antara pesakit pertama yang menggunakan khidmat ambulans kami sejak kami bermula.

Dari hari itu, berulang kali kami menguruskan perjalanan beliau β€” dialysis, rawatan, hospital dan pelbagai urusan lain.

Sampailah hari ini…

Ini menjadi panggilan terakhir kami untuk beliau.

Kami kehilangan seorang pesakit yang bukan lagi sekadar pelanggan, tetapi seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Bless Care.

Salam takziah buat seluruh keluarga.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

🀲 Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar segala urusan arwah dan keluarga dipermudahkan.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Al-Fatihah. πŸ•ŠοΈ

πŸš‘ TRIP DISCHARGE | HOSPITAL SEGAMAT β†’ FELDA PALONG TIMURSelesai satu lagi urusan penghantaran pesakit pulang ke rumah be...
20/09/2026

πŸš‘ TRIP DISCHARGE | HOSPITAL SEGAMAT β†’ FELDA PALONG TIMUR

Selesai satu lagi urusan penghantaran pesakit pulang ke rumah bersama Bless Care Ambulans. 🀝

πŸ“ Hospital Segamat
➑️ Felda Palong Timur

Bagi pesakit yang baru selesai mendapatkan rawatan dan memerlukan pengangkutan yang lebih selesa, kami menyediakan private ambulance untuk hospital discharge, patient transfer dan pengangkutan pesakit.

πŸ₯ PERKHIDMATAN KAMI | OUR SERVICES

πŸš‘ Emergency & Non-Emergency Ambulance
Ambulans kecemasan & bukan kecemasan

πŸ₯ Hospital Discharge Transfer
Penghantaran pesakit dari hospital pulang ke rumah

πŸ₯ Patient Transfer / IHT
Pindahan pesakit antara hospital

πŸš‘ Bedridden Patient Transport
Pengangkutan pesakit terlantar

🩺 Dialysis / Medical Appointment Transport
Pengangkutan untuk dialisis & temujanji perubatan

πŸ’¨ Oxygen & Basic Life Support (BLS)
Sokongan oksigen & BLS

πŸŽͺ Event & Standby Ambulance
Ambulans untuk event & standby

πŸ‘©β€βš•οΈ HOMECARE SERVICES | PERKHIDMATAN HOMECARE

🩹 Cuci Luka / Wound Care
πŸ₯£ Penukaran Tiub Makanan / Feeding Tube Change
🩺 Penukaran Tiub Kencing / C*D Change
πŸ’‰ Suntikan / Injection
🩹 Penjagaan Stoma / Stoma Care
βœ‚οΈ Buka Jahitan / Suture Removal
🩸 Pengambilan Sampel Darah / Blood Sampling
πŸ’§ Pemberian Drip / IV Drip Infusion
πŸ› Bed Sponging / Mandian

πŸ’¨ OXYGEN CONCENTRATOR RENT
Sewa Mesin Oksigen

πŸ“ Segamat & kawasan sekitar | Segamat & surrounding areas
πŸ“ž 019-942 9396

BLESS CARE & BLESS HOMECARE
Your Health, Our #1 Priority

πŸš‘ POST OPERATION | HIGH RISK TRANSFERPesakit baru selesai operation di Hospital Pakar Sena dan perlu ke Hospital Segamat...
19/09/2026

πŸš‘ POST OPERATION | HIGH RISK TRANSFER

Pesakit baru selesai operation di Hospital Pakar Sena dan perlu ke Hospital Segamat untuk meneruskan rawatan.

Pesakit masih menggunakan HFNC 15L/min, syringe pump dan drainage.

Untuk transfer seperti ini, Bless Care menghantar Certified Medical Assistant (MA) yang mempunyai latihan dan pengalaman dalam BLS, ALS, Trauma Life Support & Pre-Hospital Care untuk mengiringi pesakit sepanjang perjalanan.

High risk transfer perlukan medical es**rt yang sesuai dengan keadaan pesakit.

πŸš‘ Bless Care Service
πŸ“ž 019-942 9396
MUDAH β€’ MURAH β€’ MESRA

πŸš‘ DISCHARGE TIME!πŸš‘ BALIK RUMAH, KAMI HANTARKAN. 🏠Hospital Segamat β†’ Felda Maokil 3Discharge selesai, pesakit terus kami ...
17/09/2026

πŸš‘ DISCHARGE TIME!
πŸš‘ BALIK RUMAH, KAMI HANTARKAN. 🏠

Hospital Segamat β†’ Felda Maokil 3

Discharge selesai, pesakit terus kami bantu hantar pulang dengan selesa. 🀝

BLESS CARE SERVICE
Mudah β€’ Murah β€’ Mesra
πŸ“ž 019-942 9396

πŸ•ŠοΈ Innalillahi Wainnailaihi RajiunDukacita dimaklumkan, seorang pesakit yang telah 3 kali kami uruskan perjalanannya tel...
14/09/2026

πŸ•ŠοΈ Innalillahi Wainnailaihi Rajiun

Dukacita dimaklumkan, seorang pesakit yang telah 3 kali kami uruskan perjalanannya telah kembali ke rahmatullah.

Salam takziah buat seluruh keluarga arwah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. πŸ€²πŸ•ŠοΈ

πŸ•ŠοΈ Malam Itu, Mereka Cuma Mahu Dia Pulang.Baru-baru ini sekitar 8 malam, kami menerima satu panggilan urgent.Seorang pes...
09/09/2026

πŸ•ŠοΈ Malam Itu, Mereka Cuma Mahu Dia Pulang.

Baru-baru ini sekitar 8 malam, kami menerima satu panggilan urgent.

Seorang pesakit dalam keadaan kritikal, bergantung kepada ventilator dan tiub pernafasan, dan keluarga mempunyai satu permintaan β€” membawa pesakit pulang supaya dapat menghabiskan waktu terakhirnya bersama keluarga di rumah.

Team kami terus bergerak dengan kelengkapan yang diperlukan, termasuk oksigen, peralatan sokongan, monitoring dan staff yang lengkap untuk memastikan perjalanan pulang dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Setibanya di rumah, pesakit disambut oleh ahli keluarga yang telah menunggu.

Dengan waris berada di sekeliling, proses seterusnya dilakukan dengan penuh tertib dan penghormatan.

Akhirnya, pesakit menghembuskan nafas terakhirnya di rumah, ditemani insan-insan tersayang.

Alhamdulillah, walaupun berat, kami bersyukur dapat membantu keluarga menunaikan hasrat mereka pada malam tersebut.

Kadang-kadang tugas kami bukan tentang membawa seseorang ke hospital.

Kadang-kadang, tugas kami adalah membantu seseorang pulang ke tempat yang paling mereka mahu berada β€” di sisi keluarga. 🀍

Semoga roh arwah bersemadi dengan tenang. πŸ•ŠοΈ

BLESS CARE SERVICE
MUDAH β€’ MURAH β€’ MESRA
πŸ“ž 019-942 9396

Address

KM 6 Jalan GENUANG
Segamat
85000

Telephone

+60199429396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BLESS CARE Services Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BLESS CARE Services Segamat:

Shortcuts

Share