05/07/2026
Perhatian kepada penumpang yang menggunakan Lebuhraya ELITE.
Laluan Smart Lane dari Bandar Saujana Putra ke Putra Heights akan ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan bermula 6 Julai hingga 3 Disember 2026.
Sila rancang perjalanan anda lebih awal dan pastikan anda mengambil kira masa tambahan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
PEMBERITAHUAN
Laluan Smart Lane di Lebuhraya ELITE, KM15.9 hingga KM13.9 (Arah Utara) dari Bandar Saujana Putra ke Putra Heights akan ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan di KM14.4 mulai 6 Julai 2026 hingga 3 Disember 2026.
Sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan, tiga lorong sedia ada di laluan terlibat dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik sedia ada dan meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya.
PLUS menasihatkan pengguna merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi papan tanda dan arahan petugas di lokasi.
Bacaan lanjut di: https://www.plus.com.my/media-centre/ .