28/03/2026
IRGC didakwa melancarkan serangan terbaharu menggunakan peluru berpandu balistik dalam satu operasi ketenteraan yang dilaporkan menyasarkan kepentingan Amerika Syarikat di rantau berkenaan.
Menurut laporan yang tersebar di media sosial dan sumber tidak rasmi, operasi yang digelar “Promised Sadiq 4” itu melibatkan penggunaan peluru berpandu “Qadr 380” yang mempunyai jarak jangkauan sehingga 1,000 kilometer.
Serangan berkenaan didakwa menyasarkan beberapa aset ketenteraan Amerika Syarikat termasuk kapal pendarat tempur jenis LCU di sebuah pelabuhan dikenali sebagai Al-Sheikh.
Laporan sama mendakwa beberapa kapal berkenaan mengalami kerosakan serius, malah terdapat dakwaan sebahagiannya tenggelam serta terbakar, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat berhubung insiden berkenaan. - Buletintv3