27/08/2025
Mengendalikan import dan eksport barangan kategori Merbahaya (DG class 7) bukanlah satu proses yang mudah, kerana ia melibatkan kelulusan dari pelbagai pihak, selain dari pihak ATOM Malaysia, kelulusan juga harus diberikan oleh pihak berwajib Pelabuhan (Port Authority) untuk mengeluarkan Kontena dengan kadar segera. Permohonan segera (Direct Discharge) untuk kontena keluar harus melalui satu proses perancangan yang begitu teliti dan memerlukan pengalaman.