ARTours By Adventure Republic

ARTours By Adventure Republic AR Tours by Adventure Republic has been providing leisure, umrah and adventure travel services for more than 9 years and running.

Creating memories and expanding horizons throughout the planet.

IKTIKAF DI MEKAH: BUKAN TENTANG SELESA, TAPI TENTANG KESUNGGUHANRamai orang mengimpikan iktikaf di Mekah pada bulan Rama...
16/01/2026

IKTIKAF DI MEKAH: BUKAN TENTANG SELESA, TAPI TENTANG KESUNGGUHAN

Ramai orang mengimpikan iktikaf di Mekah pada bulan Ramadan. Namun tidak ramai yang berkongsi realiti sebenar di sebalik perjalanan ibadah ini.

Hakikatnya, apabila masuk bulan Ramadan, harga bilik hotel melambung tinggi. Ada yang meningkat hampir 90%, malah ada juga yang naik lebih sekali ganda, melebihi 100%. Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram menjadi satu kemewahan yang tidak semua mampu.

Jadi apakah pilihan ibu, ayah, abang dan kakak?

πŸ‘‰ Ambil bilik murah, walaupun jauh.
Penginapan yang terletak 1 kilometeratau lebih dari Masjidil Haram. Boleh naik shuttle hotel atau bas Makkah.

πŸ‘‰ Balik ke penginapan setiap tiga atau empat hari sekali sahaja.
Tujuan utama iktikaf adalah untuk menetap di masjid. Jadi ibu, ayah, abang dan kakak hanya p**ang untuk mandi, tukar pakaian bersih, berehat dan mungkin caj power bank.

πŸ‘‰ Pakaian? Dua pasang sahaja dibawa.
Satu dipakai, satu lagi sebagai gantian. Selesai urusan, abang/kakak akan berjalan kaki semula ke masjid untuk meneruskan iktikaf.

Penat? Ya.
Tidak selesa? Sudah tentu.
Namun di situlah terletaknya pelajaran yang sangat berharga.

TIPS IKTIKAF DI MEKAH (BERDASARKAN PENGALAMAN PETUGAS KAMI)

1️⃣ Luruskan niat terlebih dahulu
Iktikaf bukan untuk bercuti atau mengejar keselesaan. Ia tentang fokus ibadah dan pengorbanan diri.

2️⃣ Tidak perlu hotel mahal
Jika bajet terhad, pilih penginapan yang jauh. Anggap jarak itu sebagai sebahagian daripada pahala.

3️⃣ Bawa barang seminimum mungkin
Lebih sedikit barang, lebih ringan hati dan lebih mudah bergerak.

4️⃣ Biasakan diri berjalan kaki
Satu kilometer itu kecil nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran di Tanah Haram. Ingat semasa kita membuat saie Sahaja dah 3 km lebih kurang.

5️⃣ Susun rutin dengan jelas
Tetapkan bila perlu balik ke hotel. Elakkan ulang-alik tanpa keperluan agar fokus iktikaf tidak terganggu.

Ramadan di Mekah mengajar satu perkara penting:
Ibadah yang paling memberi kesan bukan yang paling selesa, tetapi yang paling ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Apabila Allah menjemput kita ke rumah-Nya, jangan terlalu risau tentang kesusahan.
Kerana setiap langkah, setiap peluh, dan setiap keletihan ada nilainya di sisi Allah.

_____________________

Sertai kami untuk Umrah Sambut Puasa dari 13-24 February ini. Maklumat lanjut di dalam komen.

SRI LANKA - KEINDAHAN ALAM, SEJARAH DAN KEAJAIBAN SEMULAJADIBayangkan sebuah negara kecil di tengah Lautan Hindi, tetapi...
28/12/2025

SRI LANKA - KEINDAHAN ALAM, SEJARAH DAN KEAJAIBAN SEMULAJADI

Bayangkan sebuah negara kecil di tengah Lautan Hindi, tetapi penuh dengan sejarah purba, keindahan tropika, dan keajaiban semula jadi. Itulah Sri Lanka, permata tersembunyi Asia Selatan yang makin mendapat tempat di hati para pengembara Muslim.

Kembara bersama ARTours ke Sri Lanka membawa anda menyelusuri pengalaman bernilai dan s**ar dilupakan, dari laut biru ke puncak hijau!

πŸŒ„ Sigiriya Lion’s Rock – Keajaiban Dunia Purba
Salah satu detik kemuncak perjalanan ialah Sigiriya Lion’s Rock, kota purba berusia lebih 1,500 tahun yang dibina sezaman dengan tamadun hebat dunia seperti Rom dan Mesir.
Strukturnya berdiri megah di atas batu besar setinggi 200 meter, dengan tangga berbentuk kaki singa yang mengagumkan. Di puncaknya, pemandangan 360 darjah kehijauan hutan tropika menjanjikan pengalaman luar biasa. Tak hairan jika ia tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

πŸ‹ Melihat Ikan Paus Biru di Lautan Hindi
Tak ramai tahu, Sri Lanka ialah antara tempat terbaik di dunia untuk melihat ikan paus biru, mamalia terbesar di muka bumi! Dengan menaiki bot di perairan Sri Lanka, anda berpeluang menyaksikan paus muncul dari laut biru terbentang, momen yang menginsafkan dan menyedarkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan.

πŸš‚ Naik Kereta Api Gunung – Pemandangan Terindah di Dunia.
Satu lagi pengalaman wajib ialah perjalanan menaiki kereta api dari Nuwara Eliya ke Ella, yang sering digelar salah satu perjalanan kereta api paling cantik di dunia!
Melintasi ladang teh, air terjun dan hutan berkabus, setiap saat dari tingkap kereta api seperti lukisan hidup. Anda akan terasa seperti dalam filem romantik klasik.

πŸ› Makanan Halal & Komuniti Muslim Mesra
Tahukah anda di Sri Lanka terdapat orang Melayu? Ya dan anda tak perlu risau tentang makanan, Sri Lanka mempunyai komuniti Muslim yang kukuh. Pelbagai pilihan makanan halal tersedia, dari nasi biryani Sri Lanka hingga teh Ceylon asli yang terkenal di dunia.

🌿 Kenangan Kembara & Alam Semulajadi.
Perjalanan ini bukan hanya melancong, ia adalah refleksi diri dan nikmat syukur. Bersama ARTours, setiap langkah diatur dengan keperluan Muslim, termasuk tempat solat dan makanan halal di sepanjang perjalanan.

Jika anda mencari destinasi yang lain dari yang lain, penuh kejutan, ketenangan dan keajaiban, Sri Lanka adalah jawapannya.

Jom bersama ARTours menjejak bumi Ceylon, bumi sejarah dan alam. Trip seterusnya:

Tarikh: 18 - 24 Oktober 2026

Hubungi kami untuk segera untuk tempahan dan itinerary penuh!
πŸ“² Admin pejabat: http://www.wasap.my/601171177115
πŸ“² Hj. Zain: http://www.wasap.my/60102404115
πŸ“² En. Fadzil: http://www.wasap.my/60194524911
πŸ“² En. Khairul: http://www.wasap.my/60194227379










LADAKH - LITTLE TIBETBayangkan berada di atas tanah tinggi yang sunyi, dengan langit biru yang terbentang luas tanpa seb...
24/12/2025

LADAKH - LITTLE TIBET

Bayangkan berada di atas tanah tinggi yang sunyi, dengan langit biru yang terbentang luas tanpa sebarang gangguan pencemaran. Di hadapan anda, barisan banjaran Himalaya berdiri megah, dihiasi salji abadi dan lembah kering yang misteri, inilah Ladakh, permata tersembunyi di utara India yang sering digelar "Little Tibet" kerana keunikan budaya dan landskap.

Ladakh bukan sekadar destinasi, ia adalah perjalanan pengalaman hidup.

Di sinilah anda akan menyaksikan keajaiban semula jadi yang s**ar dipercayai:
❄️ Pangong Lake, tasik biru yang berubah warna mengikut cahaya matahari.

🏜️ Nubra Valley, padang pasir sejuk di tengah banjaran salji, hanya satu dalam dunia.

🏞️ Magnetic Hill, lokasi unik di mana undang-undang graviti seolah-olah dicabar.

πŸ•Œ Dan masjid tertinggi di dunia, bukti keharmonian agama di bumi Ladakh.

Budaya di Ladakh p**a menyentuh hati.
Penduduknya mesra dan sederhana, penganut ajaran Buddha Tibet dan Islam hidup dengan damai. Suasana tenang dan aura memenuhi setiap pelusuk tempat dan kampung, menjadikan Ladakh lokasi terbaik untuk yang mencari ketenangan.

Pengalaman bersama ARTours tidak sekadar melancong. Jika anda mencari destinasi luar biasa, penuh ketenangan dan keindahan semula jadi, Trip Ladakh Little Tibet kami adalah jawapannya.
Jangan hanya dengar cerita, alami sendiri keajaiban Ladakh bersama kami. Pendaftaran kini dibuka:

Trip 1: 29 MEI 2026 - 6 JUN 2026
Trip 2: 29 OGOS 2026 -6 SEP 2025

Hubungi kami untuk segera untuk tempahan dan itinerary penuh!
πŸ“² Admin pejabat: http://www.wasap.my/601171177115
πŸ“² Hj. Zain: http://www.wasap.my/60102404115
πŸ“² En. Fadzil: http://www.wasap.my/60194524911
πŸ“² En. Khairul: http://www.wasap.my/60194227379

* *
* *
* *
* *
* *
* *
* *

KASHMIR MUSIM BUNGABayangkan kaki melangkah di atas hamparan bunga yang mekar berwarna-warni. Udara segar dari pergunung...
24/12/2025

KASHMIR MUSIM BUNGA

Bayangkan kaki melangkah di atas hamparan bunga yang mekar berwarna-warni. Udara segar dari pergunungan Himalaya menyapa lembut wajah. Matahari pagi memancar malu-malu di celahan pokok pine yang mula bertukar warna. Inilah musim bunga di Kashmir ; ibarat syurga dunia yang ditiup nafas keindahan dari langit.

Di musim ini, bumi Kashmir berubah menjadi kanvas alam yang dilukis dengan warna-warna terang bunga tulip, putih bunga almond, dan kuning bunga mustard. Taman-taman seperti Indira Gandhi Tulip Garden menjadi tarikan utama, di mana berjuta-juta kuntum tulip bermekaran menanti untuk diabadikan dalam memori dan lensa kamera anda.

Sungai-sungai mengalir tenang, tasik Dal bersinar tenang seperti cermin yang memantulkan keindahan gunung-ganang bersalji. Bunga-bunga liar tumbuh bebas di lereng bukit, menambah magis pada panorama Kashmir yang seakan tidak berpenghujung. Inilah waktu terbaik untuk menikmati keindahan Srinagar, Pahalgam dan Gulmarg, sambil menaiki shikara, menikmati keharmonian alam yang s**ar digambarkan dengan kata-kata.

Musim bunga di Kashmir bukan sekadar pemandangan, ia adalah pengalaman yang menyentuh jiwa.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban ini bersama kami.

TRIP KASHMIR MUSIM BUNGA 2026 🌸
ARTours by Adventure Republic

πŸ—“οΈ Pilihan 1: Kashmir Sahaja (6H4M)
πŸ“… 05–10 April 2026
✈️ KL – New Delhi – Kashmir – New Delhi – KL

πŸ•Œ Pilihan 2: Kashmir + Taj Mahal (8H6M)
πŸ“… 05–12 April 2026
✈️ KL – New Delhi – Kashmir – Agra – New Delhi – KL

Hubungi kami untuk segera untuk tempahan dan itinerary penuh!

πŸ“² Admin pejabat: http://www.wasap.my/601171177115
πŸ“² Hj. Zain: http://www.wasap.my/60102404115
πŸ“² En. Fadzil: http://www.wasap.my/60194524911
πŸ“² En. Khairul: http://www.wasap.my/60194227379






TRIP LADAKH AKA LITTLE TIBET πŸŒ„~ CUTI SEKOLAH !29Mei - 5Jun 2026 | 8 Hari 6 MalamBayangkan udara segar Himalaya yang seju...
24/12/2025

TRIP LADAKH AKA LITTLE TIBET πŸŒ„
~ CUTI SEKOLAH !

29Mei - 5Jun 2026 | 8 Hari 6 Malam

Bayangkan udara segar Himalaya yang sejuk, gunung-ganang bersalji, tasik berwarna turquoise, dan jalan berliku di atas awan. Semua ni akan dirasa sendiri dalam trip Ladakh bersama ARTours by Adventure Republic 😍

Ladakh ni memang lain dari semua tempat lain di India. Gabungan padang pasir bersuhu sejuk, gunung emas, tasik kristal dan biara di atas bukit buat pemandangan dia luar biasa sampai rasa macam dalam filem.

✨ Antara lokasi wajib yang akan dilawati:
πŸ”οΈ Khardungla Pass – jalan tertinggi di dunia, pengalaman yang susah nak lupa
🐫 Hunder Valley – naik unta dua bonggol di padang pasir sejuk
πŸ’§ Pangong Lake – tasik biru turquoise (lokasi filem 3 Idiots)
🏯 Leh Palace & Monastery – biara atas tebing gunung dengan view epik
🌊 Sangam Point – dua sungai bertemu dalam dua warna berbeza

πŸ—“οΈ Tarikh: 29Mei - 5 Jun 2026

πŸ’Ό Termasuk dalam pakej:
🏠 Penginapan selesa (hotel & cabin resort bertaraf deluxe)
πŸš— Pengangkutan penuh sepanjang trip
🍳 Sarapan & makan malam setiap hari seperti dalam jadual
πŸ‡²πŸ‡Ύ Tour guide dari ARTours (pengiring dari Malaysia yang berpengalaman)

❌ Tidak termasuk:
✈️ Tiket penerbangan
πŸ›‚ Visa & insurans perjalanan
πŸ₯˜ Makan tengahari

πŸ’¬ Ramai yang ingat Ladakh ni mahal tapi serius, dengan pakej ground yang kami tawarkan ni, takkan jumpa kat tempat lain.
Kami nak semua orang rasa sendiri pengalaman β€œroad trip atas awan Himalaya” ni dengan harga mampu milik tapi layanan premium.

Tempat sangat limited sebab kami kekalkan group kecil untuk keselesaan & pengalaman terbaik.
Kalau yang jenis s**a tempat rare, scenery luar biasa, dan trip yang β€œhealing”, Ladakh ni memang wajib masuk bucket list! 😍

Dan korang jugak boleh pilih kaedah bayaran secara bulanan untuk mudahkan perancangan dan bajet nanti πŸ’•

Hubungi kami untuk segera untuk tempahan dan itinerary penuh!
πŸ“² Admin pejabat: http://www.wasap.my/601171177115
πŸ“² Hj. Zain: http://www.wasap.my/60102404115
πŸ“² En. Fadzil: http://www.wasap.my/60194524911
πŸ“² En. Khairul: http://www.wasap.my/60194227379
ARTours by Adventure Republic

🌷✨ KAKI TRAVEL WAJIB BACA NI! ✨🌷Kalau korang memang s**a musim bunga,korang tak boleh miss trip ni 😍Tahun depan kami aka...
23/12/2025

🌷✨ KAKI TRAVEL WAJIB BACA NI! ✨🌷

Kalau korang memang s**a musim bunga,
korang tak boleh miss trip ni 😍

Tahun depan kami akan bawa korang ke ladang tulip terbesar di Asia iaitu Srinagar, Kashmir!

Bayangkan ribuan bunga tulip warna-warni mekar di kaki gunung bersalji β›°οΈπŸŒΈ

Dan paling best korang boleh pilih nak Trip Kashmir sahaja, atau Kashmir + Taj Mahal

🌸 TRIP KASHMIR MUSIM BUNGA 2026 🌸
ARTours by Adventure Republic

πŸ—“οΈ Pilihan 1: Kashmir Sahaja (6H4M)
πŸ“… 05–10 April 2026
✈️ KL – New Delhi – Kashmir – New Delhi – KL

πŸ•Œ Pilihan 2: Kashmir + Taj Mahal (8H6M)
πŸ“… 05–12 April 2026
✈️ KL – New Delhi – Kashmir – Agra – New Delhi – KL

Di Kashmir nanti kita akan melawat banyak tempat menarik dan cantik. Antaranya Srinagar, Pahalgm, Sonamarg, Gulmarg dan banyak lagi tempat yang mempunyai pemandangan yang memukau bak lukisan β›°οΈπŸŒΈ

πŸ’Ό Termasuk dalam pakej:
🏠 Penginapan selesa
πŸš— Pengangkutan penuh sepanjang trip
🍳 Sarapan & makan malam seperti jadual
🚑 Tiket Gondola Ride (Phase 1) sahaja
🚣 Shikara Ride ke penginapan
πŸ‡²πŸ‡Ύ Tour guide dari ARTours

❌ Tidak termasuk: Tiket penerbangan, visa, insurans & makan tengahari

Tempat sangat terhad sebab musim bunga ni antara waktu paling cantik di Kashmir!

Hubungi kami untuk segera untuk tempahan dan itinerary penuh!

πŸ“² Hj. Zain: http://www.wasap.my/60102404115
πŸ“² En. Fadzil: http://www.wasap.my/60194524911
πŸ“² En. Khairul: http://www.wasap.my/60194227379
πŸ“² Admin pejabat: http://www.wasap.my/601171177115

ARTours by Adventure Republic

Address

Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARTours By Adventure Republic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ARTours By Adventure Republic:

Share