29/09/2026
Usaha memupuk budaya menjaga kebersihan dan mengamalkan kitar semula terus diperkasa menerusi sambutan Hari Cuci Malaysia serta pelancaran Drive-Thru Recycling Centre (DTRC) Benta di Pekan Benta, Lipis baru-baru ini.
Majlis tersebut disusuli dengan ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Hj. Mujid, serta taklimat program oleh Encik Muhammad Safwat Izzat bin Rosli, Ketua Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH).
Turut hadir adalah YH Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis merangkap Pegawai Daerah Lipis; Tuan Haji Abd. Rahman bin Dato’ Haji Abd Aziz, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Bentong selaku perasmi; serta YB Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong.
Pelancaran DTRC Benta ini menandakan penambahan pusat pandu lalu kitar semula kedua di daerah Lipis, sekali gus menyediakan lebih banyak kemudahan kepada masyarakat setempat untuk menghantar bahan kitar semula dengan mudah dan teratur.
Semoga penambahan kemudahan ini dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada rutin harian demi persekitaran yang lebih bersih dan lestari. 🌱