JnK Autoservice

JnK Autoservice We are offering door service for repair,service and maintenance for cars.Our target area setia alam Kini beroperasi sepenuh masa setiap hari 10 pagi โ€“ 10 malam.
(9)

JNK AutoService menyediakan servis & baik pulih kereta secara door-to-door sejak 2019. Tempahan melalui WhatsApp tersedia.

Kalau tanya saya setahun lepas, saya ingat buka workshop cuma perlukan kedai dan beberapa peralatan.Rupanya setiap perka...
25/07/2026

Kalau tanya saya setahun lepas, saya ingat buka workshop cuma perlukan kedai dan beberapa peralatan.
Rupanya setiap perkara ada keperluannya sendiri.
๐Ÿ”ง Air compressor memerlukan sistem piping yang sesuai.
โšก Bekalan elektrik p**a perlu dinaik taraf kepada 3-phase.
โšก DB sedia ada juga perlu di-upgrade bagi menampung beban penggunaan.
๐Ÿ—๏ธ 2-post lift dan air compressor perlu didaftarkan dengan JKKP.
โ™ป๏ธ Pengurusan minyak hitam terpakai p**a perlu melalui vendor yang berdaftar dengan JAS serta pendaftaran eSWIS.
๐Ÿ“„ Lesen premis juga mempunyai syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan.
๐Ÿ“ฆ Sekarang fokus kami adalah melengkapkan stok alat ganti dan keperluan workshop supaya semuanya benar-benar bersedia sebelum menerima pelanggan.
Semua ini membuka mata saya bahawa membuka workshop bukan sekadar menyediakan tempat membaiki kereta, tetapi juga memastikan setiap aspek dibuat dengan betul dan mematuhi peraturan.

Petang tadi tukar bateri Proton Inspira di Setia Alam. ๐Ÿ”‹Pelanggan pertama kali guna servis JNK AutoService dan berpuas h...
17/07/2026

Petang tadi tukar bateri Proton Inspira di Setia Alam. ๐Ÿ”‹
Pelanggan pertama kali guna servis JNK AutoService dan berpuas hati dengan servis serta harga yang diberikan.
Perkara macam ni yang jadi semangat untuk kami terus maju.
Dari servis door-to-door waktu malam, ke operasi sepenuh masa, dan kini sedang menuju ke workshop sendiri. โค๏ธ
Terima kasih atas sokongan semua pelanggan sejak 2019.

Hari ini rasa macam baru betul-betul percaya...JNK AUTOSERVICE bakal ada workshop sendiri. โค๏ธBanner dah naik.Kedai dah a...
15/07/2026

Hari ini rasa macam baru betul-betul percaya...
JNK AUTOSERVICE bakal ada workshop sendiri. โค๏ธ
Banner dah naik.
Kedai dah ada.
Satu demi satu sedang disiapkan.
Masih banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum pembukaan rasmi, tetapi melihat banner ini tergantung di hadapan premis sendiri memang memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan.
Dulu kami minta izin untuk tumpang letak banner di car wash, kedai makan dan beberapa lokasi lain supaya orang tahu JNK AUTOSERVICE wujud.
Hari ini...
Banner itu akhirnya dipasang di premis kami sendiri. โค๏ธ
Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong kami selama ini.
Tanpa anda, perjalanan ini mungkin tidak sampai ke tahap ini.
Dulu menumpang ruang orang lain.
Hari ini, impian itu sudah mula mempunyai alamatnya sendiri. โค๏ธ
๐Ÿšง Opening Soon
Stay Tuned ๐Ÿ˜‰

Sedikit Demi Sedikit, Impian Kami Sedang Dibina. โค๏ธ๐Ÿšง Nantikan...
11/07/2026

Sedikit Demi Sedikit, Impian Kami Sedang Dibina. โค๏ธ
๐Ÿšง Nantikan...

JNK AutoService bermula pada tahun 2019.Ketika itu, Mr Jana masih bekerja sepenuh masa di Proton.Siang bekerja.Malam p**...
10/07/2026

JNK AutoService bermula pada tahun 2019.
Ketika itu, Mr Jana masih bekerja sepenuh masa di Proton.
Siang bekerja.
Malam p**a keluar membantu pelanggan yang memerlukan servis dan pembaikan kereta.
Tiada bengkel.
Tiada kemudahan yang lengkap.
Kadang-kadang bus stop menjadi "mini workshop" kami.
Kadang-kadang kerja terpaksa ditangguhkan apabila cuaca tidak mengizinkan.
Ada juga kerja yang kami mampu lakukan, tetapi terpaksa ditolak kerana keterbatasan ruang, peralatan dan kemudahan.
Namun kami terus melangkah.
Sedikit demi sedikit.
Sepanjang perjalanan ini, ramai pelanggan yang bertanya...
*"Mr Jana, bila nak buka workshop?"*
Sejujurnya, impian itu memang sentiasa ada.
Tetapi setiap perkara memerlukan masa, pengorbanan dan persediaan yang rapi.
Bukan kerana kami hebat.
Tetapi kerana kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan.
Kepercayaan itulah yang membawa kami sejauh ini.
Dan hari ini...
Impian yang sering diperkatakan itu semakin hampir menjadi kenyataan.
Masih dalam perancangan.
Masih dalam pembinaan.
Tetapi kami semakin hampir.
Terima kasih kepada semua pelanggan yang terus menyokong perjalanan JNK AutoService sejak hari pertama.
Tanpa anda, perjalanan ini tidak mungkin sampai ke tahap ini.
โค๏ธ Nantikan pengumuman kami tidak lama lagi.


Terima kasih kepada semua customer kami atas kepercayaan yang diberikan sejak 2019. ๐Ÿ™โค๏ธFeedback macam ni yang buat kami ...
07/07/2026

Terima kasih kepada semua customer kami atas kepercayaan yang diberikan sejak 2019. ๐Ÿ™โค๏ธ

Feedback macam ni yang buat kami terus semangat untuk melangkah ke fasa seterusnya. ๐Ÿ”ง๐Ÿš—

Stay tuned... ๐Ÿ˜‰

Tqsm bang...abng ni pun 1st time servis dgn jnk autoservice n puas hati.Servis tukar fan motor radiator, bleeding dan tu...
07/07/2026

Tqsm bang...abng ni pun 1st time servis dgn jnk autoservice n puas hati.

Servis tukar fan motor radiator, bleeding dan tukar minyak hitam...

Anda bila nak cuba servis or repair kereta dgn pakar pomen kami @ mr jana..

Jom wasap kavi now utk survey price n booking slot...

๐Ÿ˜„ Ramai Pelanggan JNK Cakap Benda Yang Sama...Antara ayat yang paling selalu kami dengar:"Kereta ni jarang guna bang."Me...
23/06/2026

๐Ÿ˜„ Ramai Pelanggan JNK Cakap Benda Yang Sama...
Antara ayat yang paling selalu kami dengar:
"Kereta ni jarang guna bang."
Memang betul.
Ada yang guna untuk hantar anak sekolah.
Ada yang hanya keluar hujung minggu.
Ada juga yang jadi kereta kedua dalam rumah.
Sebab itu mileage masih rendah walaupun dah hampir setahun.
Tak ada masalah kalau kereta jarang guna. ๐Ÿ‘
Yang penting bila nak guna nanti...
โœ”๏ธ Boleh start
โœ”๏ธ Aircond sejuk
โœ”๏ธ Brake makan
โœ”๏ธ Tak risau nak jalan jauh
Sebab itulah ramai pelanggan JNK tetap membuat servis berkala walaupun mileage rendah.
๐Ÿš— Kami datang ke rumah atau tempat kerja anda.
๐Ÿ“ Setia Alam | Meru | Kapar | Puncak Alam
๐Ÿ“ฒ WhatsApp utk set appointment

๐Ÿ’ฅBila kali terakhir anda servis kereta tanpa perlu ambil cuti?๐Ÿ’ฅRamai ingat servis kereta kena ambil cuti dan duduk tungg...
19/06/2026

๐Ÿ’ฅBila kali terakhir anda servis kereta tanpa perlu ambil cuti?๐Ÿ’ฅ
Ramai ingat servis kereta kena ambil cuti dan duduk tunggu berjam-jam.
Sebenarnya sekarang servis boleh dibuat depan rumah sahaja.
JNK AutoService datang ke lokasi anda sekitar Setia Alam, Meru, Kapar & Puncak Alam.
โœ… Jimat masa
โœ… Mudah
โœ… Tak perlu ke bengkel
Tempah slot servis melalui WhatsApp dengan tekan link dibawah sekarang ๐Ÿ‘‡

https://www.wasap.my/60103769408/JnKAutoserviceDoorTDoor

๐Ÿš— ๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐๐˜๐€ ๐€๐ƒ๐€ ๐’๐€๐“๐” (๐Ÿ) ๐Š๐„๐‘๐„๐“๐€ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€?Harga minyak semakin meningkat.Harga barang dapur semakin mahal.Kos sara ...
07/06/2026

๐Ÿš— ๐€๐ƒ๐€๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐‡๐€๐๐˜๐€ ๐€๐ƒ๐€ ๐’๐€๐“๐” (๐Ÿ) ๐Š๐„๐‘๐„๐“๐€ ๐’๐€๐‡๐€๐‰๐€?
Harga minyak semakin meningkat.
Harga barang dapur semakin mahal.
Kos sara hidup p**a semakin mencabar.
Ramai pemilik kereta hari ini cuba berjimat dengan menangguhkan servis dan penyelenggaraan berkala.
"Tunggu bulan depan lah servis..."
"Minyak hitam tu boleh pakai lagi kot..."
"Gear oil nanti dulu..."
Tetapi apabila kereta yang menjadi pengangkutan utama keluarga tiba-tiba rosak, kos yang perlu dikeluarkan selalunya jauh lebih besar daripada kos penyelenggaraan berkala.
Bila kereta rosak, ia bukan sekadar menyusahkan.
Ia boleh mengganggu seluruh rutin keluarga.
โŒ Anak lambat ke sekolah
โŒ Kerja tergendala
โŒ Urusan harian terganggu
โŒ Kos pembaikan mengejut yang tidak dirancang
Di JNK AutoService, kami faham tidak semua pelanggan mempunyai bajet untuk menukar semua komponen sekaligus.
Sebab itu setiap kali anda mengambil servis dengan kami, ia bukan sekadar tukar minyak hitam atau servis biasa.
โœ… Pemeriksaan keseluruhan kenderaan secara PERCUMA
โœ… Pemeriksaan keadaan minyak enjin, gear oil, brake, coolant dan bateri
โœ… Pemeriksaan komponen yang menunjukkan tanda-tanda kehausan atau kerosakan
โœ… Nasihat dan cadangan berdasarkan keadaan sebenar kenderaan
Mr. Jana akan membantu pelanggan memahami keadaan sebenar kereta mereka:
๐Ÿ”ง Apa yang perlu dibuat segera demi keselamatan
๐Ÿ”ง Apa yang masih boleh digunakan lagi
๐Ÿ”ง Apa yang boleh dirancang untuk bulan hadapan atau servis seterusnya
Tiada paksaan.
Tiada pertukaran komponen yang tidak perlu.
Kami membantu pelanggan merancang penyelenggaraan kenderaan mengikut bajet masing-masing supaya kereta sentiasa berada dalam keadaan baik tanpa membebankan kewangan keluarga.
Kerana bagi kami,
๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.
๐Ÿš™ ๐‰๐๐Š ๐€๐ฎ๐ญ๐จ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐œ๐ž
# # # ๐Š๐š๐ฆ๐ข ๐๐š๐ฐ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐Š๐ž ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐€๐ง๐๐š
Anda tidak perlu lagi mengambil cuti, menunggu di bengkel atau membuang masa berjam-jam di pusat servis.

Address

Setia Alam, Jalan Setia Gemilang U13/45C, Seksyen U13, Setia Alam, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JnK Autoservice posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JnK Autoservice:

Shortcuts

Share