03/10/2026
β οΈ MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA CUSTOMER NUR BANU RUNNER SIBU β οΈ
Saya ingin maklumkan bahawa saya telah menjadi mangsa scam melalui satu job runner. Pada 30/9 malam, seorang customer telah meminta saya untuk membelikan PIN TNG di 7-Eleven Permai untuk tujuan job runner. Seperti biasa, saya menjalankan tugasan tersebut dengan niat untuk membantu customer dan mencari rezeki melalui pekerjaan saya sebagai runner. Namun, pada 3/10, saya mendapati bahawa akaun TNG saya telah disekat kerana dikaitkan dengan transaksi yang sedang disiasat berkaitan penipuan/scam.
Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak tahu dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penipuan. Saya hanya menjalankan tugasan runner seperti biasa berdasarkan permintaan customer. π Buat masa sekarang, semua duit yang saya gunakan untuk keperluan harian dan urusan keluarga berada dalam akaun tersebut, dan saya benar-benar berada dalam keadaan yang sangat susah. Saya tidak pernah meminta perkara seperti ini berlaku kepada saya. Saya cuma mencari rezeki dengan menjalankan kerja runner, tetapi malang tidak berbau.
π Dengan rendah hati, saya mohon kepada semua customer dan orang ramai:
β JANGAN TRANSFER SEBARANG BAYARAN KE AKAUN TNG SAYA BUAT SEMENTARA WAKTU sehingga masalah ini selesai dan akaun saya dibuka semula.
Jika ada yang mengenali saya atau pernah menggunakan servis Nur Banu Runner Sibu, saya amat menghargai doa, sokongan dan bantuan daripada anda semua. Jika ada yang sudi membantu saya untuk keperluan harian sementara akaun saya disekat, saya sangat-sangat berterima kasih. β€οΈ Saya sudah membuat tindakan yang sepatutnya dan sedang cuba menyelesaikan perkara ini dengan pihak yang berkaitan. Saya cuma berharap keadaan ini dapat diselesaikan dan nama saya dibersihkan.
π Nombor telefon customer yang terlibat dalam kejadian ini:
017-668 5744
Saya kongsikan nombor ini sebagai rujukan dan peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Terima kasih kepada semua yang memahami keadaan saya. Saya betul-betul tidak minta perkara ini terjadi. Saya hanya mahu bekerja, mencari rezeki dan menyara kehidupan seperti biasa. ππ
β Nur Banu Runner Sibu
Cepat β’ Selamat β’ Dipercayai