Andalusia Sik Kedah

Directions

Andalusia Sik Kedah Menyediakan Perkhidmatan Pakej Umrah, Ziarah, Pakej Haji, Pelancongan Dalam dan Luar Negara.

15 JEMAAH, SATU PERJALANAN PENUH MAKNA 🤲🕋Alhamdulillah, seramai 15 orang jemaah menerima tajaan daripada pihak DUN Jelai...
27/09/2026

15 JEMAAH, SATU PERJALANAN PENUH MAKNA 🤲🕋
Alhamdulillah, seramai 15 orang jemaah menerima tajaan daripada pihak DUN Jelai untuk menunaikan ibadah umrah bersama Andalusia.
Sekitar suasana persiapan perjalanan para jemaah, dari turun bas, menguruskan bagasi sehinggalah berkumpul bersama insan tersayang di lapangan terbang. Senyuman yang dirakam menjadi kenangan indah dalam perjalanan menuju Tanah Suci. 💙
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak DUN Jelai atas tajaan yang membuka peluang kepada para jemaah untuk menjadi tetamu Allah.
Semoga segala urusan mereka dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh umrah yang mabrur. Aamiin. ✨
Titipkan doa buat kesemua 15 jemaah agar selamat pergi dan pulang.
Bersama Andalusia, Dari Awal Hingga Pulang.

25/09/2026

🕋 JOM SIAPKAN DIRI SEBELUM KE TANAH SUCI

Buat warga S*k dan kawasan sekitar, Andalusia S*k menjemput anda untuk hadir ke Kursus Umrah yang diadakan di pejabat kami.

Kursus ini terbuka kepada semua yang bakal menunaikan umrah, tidak kira bersama Andalusia atau agensi lain.

✨ Fahami cara ibadah umrah
✨ Mantapkan ilmu dan persediaan
✨ Belajar perkara yang perlu diberi perhatian di Tanah Suci
✨ Persediaan supaya lebih yakin ketika melaksanakan ibadah

Jangan tunggu sampai di Mekah baru nak belajar.
Persiapkan ilmu sebelum menjadi tetamu Allah. 🤲🏻

📍 Pejabat Andalusia S*k
KEDA Mall @ S*k, Tingkat 2,
Kg Namek Merbau Kudong, 08200 S*k, Kedah.

📞 04-484 3404
📱 Ustaz Hasbullah: 011-5778 9434

Warga S*k, kami jemput anda datang. Insya-Allah, kita belajar dan bersedia bersama. 🕋💚

*k *k *kKedah

24/09/2026

ALHAMDULILLAH, DAPAT TAWARAN HAJI! 🕋🤍

Ramai yang tertanya-tanya…
“Lepas dapat tawaran Haji, apa yang perlu dibuat?”

Jangan terus fikir tentang beg, pakaian dan persiapan perjalanan sahaja. 😄

Ada beberapa perkara penting yang perlu kita semak dan persiapkan terlebih dahulu supaya perjalanan menuju Baitullah lebih teratur dan tenang.

📌 Dalam video ni saya kongsikan antara perkara penting yang jemaah perlu buat selepas menerima tawaran Haji.

Kalau 21 September ni nama anda terpilih menerima tawaran Haji, jangan lepaskan peluang untuk buat persiapan awal.

Semoga Allah permudahkan urusan semua bakal tetamu-Nya dan menjemput kita ke Tanah Suci dalam keadaan sihat, bersedia dan penuh keberkatan. 🤲🏻🕋

Nak persiapan Haji yang lebih tersusun? Follow Andalusia S*k untuk perkongsian seterusnya.

*k

Andalusia Tunai Impian 36 Golongan Asnaf Dengan Pemerkasaan Program CSR Umrah 2026Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (An...
24/09/2026

Andalusia Tunai Impian 36 Golongan Asnaf Dengan Pemerkasaan Program CSR Umrah 2026
Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) sekali lagi membuktikan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaja seramai 36 individu asnaf untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. Inisiatif tahunan ini bukan sahaja memberi peluang kepada golongan memerlukan, malah mencerminkan nilai keprihatinan syarikat terhadap kesejahteraan umat Islam di Malaysia.
Kesemua jemaah yang terpilih berasal dari Selangor dan Putrajaya akan menikmati pakej umrah selama 13 hari dengan penerbangan melalui Etihad Airways. Tempoh perjalanan yang agak panjang itu membolehkan jemaah menumpukan ibadah dengan lebih tenang, sekali gus menghayati setiap detik di kota suci Makkah dan Madinah.

🕋 UMRAH BUKAN SEKADAR BERIBADAH, TAPI JUGA MENGENALI SEJARAHPernah terfikir…Kenapa tempat-tempat tertentu di Makkah dan ...
24/09/2026

🕋 UMRAH BUKAN SEKADAR BERIBADAH, TAPI JUGA MENGENALI SEJARAH

Pernah terfikir…
Kenapa tempat-tempat tertentu di Makkah dan Madinah begitu istimewa? 🤔

Setiap lokasi yang diziarahi ada kisahnya.
Ada yang menjadi saksi perjuangan Rasulullah ﷺ, ada yang berkait dengan para sahabat, dan ada yang mengingatkan kita kepada perjalanan panjang Islam.

📍 Makkah
📍 Madinah
📍 Tempat-tempat bersejarah

Bila kita tahu sejarah di sebalik sesuatu tempat, ziarah bukan lagi sekadar melihat pemandangan… tetapi kita datang dengan ilmu, penghayatan dan rasa cinta. ❤️

Sebab itu, ketika Umrah:
Ibadah dijaga, ilmu ditambah, sejarah dikenang.

✨ “Melangkah di bumi penuh sejarah, menyuburkan iman di setiap jejak.”

Andalusia Travel & Tours – Cawangan S*k
📍 KEDA Mall @ S*k
📞 04-484 3404 / 016-460 4340
📱 Ustaz Hasbullah: 011-5778 9434

*k

✈️ ADA PLAN NAK PERGI UMRAH TAHUN DEPAN? 🕋Kalau ya, jangan tunggu sampai last minute! 😍Salah satu pilihan yang boleh dip...
23/09/2026

✈️ ADA PLAN NAK PERGI UMRAH TAHUN DEPAN? 🕋

Kalau ya, jangan tunggu sampai last minute! 😍

Salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah Pakej Umrah Mesra Hari – 9 Hari 7 Malam dengan penerbangan terus Malaysia Airlines ✈️

💥 Dari RM5,990 seorang
🛏️ Bilik Berempat
✈️ Direct Flight – tak perlu transit
🕌 Hotel Madinah sekitar ±180 meter dari Masjid Nabawi
🕋 Hotel Makkah sekitar ±500 meter dari Masjidil Haram
👨‍👩‍👧‍👦 Sesuai untuk keluarga
📅 Pilihan penerbangan Januari & Mac 2027

Bayangkan… naik flight terus, perjalanan lebih mudah, masa pun lebih teratur. Sesuai untuk yang nak bawa ibu ayah, pasangan atau satu keluarga. ❤️

🎉 Harga promosi RM5,990 (Bilik Berempat)
📌 Promosi sehingga 30 September 2026 sahaja.

Kalau memang dah terdetik dalam hati,
“Tahun depan aku nak pergi Umrah…”
👉 Mungkin ini masa untuk mula buat perancangan.

📲 Nak semak tarikh & kekosongan?
Hubungi Andalusia Travel & Tours Cawangan S*k
📞 04-484 3404 / 016-460 4340
📱 Ustaz Hasbullah: 011-5778 9434

*k *kKedah

Ada satu rindu yang tak mampu dibeli dengan wang… 🤍Rindu nak melihat Kaabah di depan mata. 🕋Rindu nak berselawat di Masj...
22/09/2026

Ada satu rindu yang tak mampu dibeli dengan wang… 🤍

Rindu nak melihat Kaabah di depan mata. 🕋
Rindu nak berselawat di Masjid Nabawi. 🌿
Rindu nak duduk dalam sunyi, mengangkat tangan dan meluahkan segala isi hati kepada Allah. 🥹

Kadang-kadang kita sendiri tak tahu kenapa hati begitu teringin nak pergi.

Tapi kalau hati dah lama berkata,
“Aku nak sampai ke Tanah Suci…”

Jangan abaikan rindu itu. ✨

🌙 PAKEJ UMRAH SYAWAL AIDILFITRI
💰 Bermula RM7,490/seorang

Mungkin perjalanan itu belum bermula…
tetapi doa dan niat boleh bermula hari ini. 🤲

Jangan biarkan rindu sekadar tinggal rindu.
Bawa rindu itu sampai ke Tanah Suci bersama Andalusia S*k. 🕋🤍

📍 Andalusia Travel & Tours Cawangan S*k
📞 +604-484 3404 | +6016-460 4340
📲 Ustaz Hasbullah: 011-5778 9434

*k *kKedah

🎙️ PODCAST HAJI UNCENSOREDRealiti. Tanpa Tapisan.SURAT TAWARAN HAJI: APA LANGKAH SETERUSNYA?Dapat surat tawaran haji ras...
22/09/2026

🎙️ PODCAST HAJI UNCENSORED
Realiti. Tanpa Tapisan.

SURAT TAWARAN HAJI: APA LANGKAH SETERUSNYA?

Dapat surat tawaran haji rasa syukur, tapi terus keliru apa nak buat seterusnya? 📩 Jangan panik! Episod kali ini akan membimbing anda dari momen terima surat tawaran sehinggalah melangkah ke Tanah Suci kewangan, kesihatan, ilmu haji dan roadmap lengkap yang perlu anda tahu. Kerana bersedia awal adalah kunci ibadah yang sempurna. 🕋

📅 21 September 2026
🕣 8:30 Malam

📍 Tonton LIVE:
Facebook: https://www.facebook.com/share/1DNKTEoSqB/?mibextid=wwXIfr
TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZS96BXVN298FB-d5W8P/



— Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

🕋 TAHNIAH BAKAL TETAMU ALLAH! 🤍Kepada bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan Fardhu Haji bagi musim Haj...
22/09/2026

🕋 TAHNIAH BAKAL TETAMU ALLAH! 🤍

Kepada bakal haji yang telah menerima surat tawaran menunaikan Fardhu Haji bagi musim Haji 1448H/2027M, tahniah kami ucapkan! 🎉

📌 Surat tawaran akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai 21 September 2026.

Kalau anda terpilih tunai haji tahun ini, jangan lupa semak status dan maklumat tawaran anda melalui THiJARI.

Satu jemputan yang bukan semua orang dapat…
Bila Allah jemput, bersiaplah dengan hati yang penuh syukur. 🤲🏻

Semoga Allah permudahkan segala urusan bakal tetamu-Nya, dikurniakan kesihatan, kelancaran perjalanan dan Haji yang Mabrur. 🕋❤️

Andalusia S*k sentiasa mendoakan yang terbaik buat bakal jemaah Haji 1448H.

📍 Andalusia Travel & Tours Cawangan S*k
📞 +604-484 3404 | +6016-460 4340
📲 Ustaz Hasbullah: 011-5778 9434

*k *kKedah

Teman yang baik bukan sekadar menemani kita dalam perjalanan dunia… 🤍Tetapi teman yang baik ialah mereka yang mengingatk...
21/09/2026

Teman yang baik bukan sekadar menemani kita dalam perjalanan dunia… 🤍

Tetapi teman yang baik ialah mereka yang mengingatkan kita kepada Allah, mengajak kepada kebaikan dan membantu kita ketika susah.

Sebab itu, jangan hanya berdoa untuk dipertemukan dengan rezeki yang baik…
berdoalah juga agar Allah hadirkan insan-insan yang baik dalam hidup kita. 🤲

🌿 اللهم يسر لي جليسا صالحا
“Ya Allah, berilah aku kemudahan untuk mendapatkan teman yang baik.”

Semoga Allah kurniakan kepada kita sahabat yang membawa kita lebih dekat kepada-Nya, di dunia hingga ke syurga. آمين 🤲

Andalusia S*k — Sahabat Menuju Baitullah ✈️🕋

📍 KEDA MALL @ S*K 1B TKT 2, Kg Namek Merbau Kudong, 08200 S*k, Kedah
📞 +604-484 3404 | +6016-460 4340
📲 Ustaz Hasbullah: 011-5778 9434

*k *k

Address

Bangunan KEDA Mall@Sik, Sungai Namek
Sik
08200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Andalusia Sik Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share