NK Transport Learning Hub

Directions

NK Transport Learning Hub To educate and promote safety awareness, efficient mobility and time saving to transport users.

ENKAY Transport Safety page is aimed to educate and promote safety awareness, efficient mobility and time saving to transport users.

08/09/2026

PATUHI HAD LAJU, HARGAI NYAWA

Kelajuan yang berlebihan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengurangkan masa untuk bertindak balas ketika berdepan situasi kecemasan di jalan raya. Semakin tinggi kelajuan, semakin jauh jarak membrek dan semakin besar risiko berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Patuhi had laju yang telah ditetapkan kerana ia diwujudkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya. Biarlah perjalanan mengambil sedikit masa, asalkan anda dan insan tersayang tiba di destinasi dengan selamat.







🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

07/09/2026

Info JPJ

05/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

⚠️ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
⚠️ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
⚠️ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

16/07/2026

Sebanyak 69.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan jalan raya di negara ini melibatkan individu berusia 16 hingga 40 tahun pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata daripada jumlah itu sebanyak 6,157 kes membabitkan individu berusia 16 sehingga 20 tahun diikuti 5,978 kes individu berusia 21 sehingga 25 tahun, 4,716 kes individu berusia 26 sehingga 30 tahun dan 3,640 kes mereka yang berusia 31 sehingga 35 tahun bagi tempoh berkenaan.

Berita penuh https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2581567


07/07/2026

🚸 PERBEZAAN WARNA LINTASAN PEJALAN KAKI ☝🏻

1️⃣ LINTASAN BERWARNA PUTIH
➡️ Zebra Crossing Biasa

Pemandu WAJIB berhenti apabila:

Pejalan kaki sedang melintas, atau pejalan kaki telah berhenti di tepi lintasan dan bersedia untuk melintas.

✅ Keutamaan sepenuhnya diberikan kepada pejalan kaki.

2️⃣ LINTASAN BERWARNA KUNING
➡️ Lintasan Berkongsi Keutamaan (Shared Priority)

Keutamaan bergantung kepada siapa yang tiba terlebih dahulu.

🚶 Jika pejalan kaki tiba dahulu:
➡️ Pemandu WAJIB berhenti dan memberi laluan.

🚗 Jika kenderaan tiba dahulu:
➡️ Pejalan kaki WAJIB berhenti dan memberi laluan.

⚠️ Fahami perbezaannya. Hormati hak pengguna jalan raya. Keselamatan bermula dengan sikap bertimbang rasa.

Sumber: Facebook, Polis Kontinjen Kelantan & Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

11/01/2026

PERINGATAN ‼️

Bahaya Tidur Dalam Kenderaan Ketika Enjin Dihidupkan 🚫

Tidur dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan mungkin nampak selesa… tetapi ia berbahaya dan boleh membawa maut!

Gas karbon monoksida tidak berbau, tidak berwarna, dan boleh meragut nyawa tanpa disedari.

👉 Ingatlah, keselamatan lebih utama.

✅ Elakkan tidur dalam kenderaan ketika enjin dihidupkan.

✅ Cari tempat rehat yang selamat di luar kenderaan.

✅ Ingat, gas karbon monoksida adalah “pembunuh senyap”.

Address

Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NK Transport Learning Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share