Mytravelsmart

Mytravelsmart MyTravelSmart was founded to provide best travel experience to exotic destinations with affordable prices. Smart Travel. Always!
(1)

Our goal is to create unique, inspiring, and thoughtful tours that surprise and delight you.

11H9M CANADIAN ROCKIES- Kembara "Can This Love Be Translated?"Musim luruh di Kanada terutamanya di kawasan Rockies menaw...
17/02/2026

11H9M CANADIAN ROCKIES
- Kembara "Can This Love Be Translated?"

Musim luruh di Kanada terutamanya di kawasan Rockies menawarkan peluang unik untuk melihat musim luruh yang menakjubkan di mana pokok Alpine larch bertukar menjadi emas yang terang dan unik.

Musim luruh mencipta gabungan yang amat cantik dengan tasik glasier berwarna biru kehijauan yang terang, puncak gunung yang diselimuti salji dan pokok alpine keemasan.

Jika anda terpegun dengan pemandangan dalam drama Korea "Can This Love Be Translated?", melawat lokasi penggambaran filemnya di Kanada umpama melangkah terus ke dalam alam percintaan dalam pengambaran.

Drama ini sebahagiannya difilemkan di Kanada, menampilkan beberapa latar belakang semula jadi yang menakjubkan. Kebanyakan babak di Kanada dirakamkan di Alberta, terutamanya di kawasan Rockies Mountains. Tempat penggambaran popular termasuk Taman Negara Banff dan Jasper, Tasik Louise, Tasik Moraine dan di lebuh raya indah seperti Icefields Parkway.

Pakej 11H9M ini memberi peluang untuk meneroka kawasan pergunungan indah Rockies dan bandar2 utama seperti Vancouver, Calgary dan Edmonton

Pakej ini adalah yang paling komprehensif dan termurah dengan harga PROMOSI:

1) Musim Luruh (Autumn)

▶️ Harga Pakej: RM13,500
▶️ Tarikh: 1 - 11 October 2026

2) Musim Dingin (Winter)

▶️ Harga Pakej: RM13,500
▶️ Tarikh: 22 Jan - 1 Feb 2027

Harga pakej termasuk:

✔️ Tiket penerbangan pergi balik KUL - Vancouver (EVA Air/Cathay Pacific atau lain2 premium airlines) ;
✔️ Hotel penginapan selama 9 malam (Double or triple-sharing);
✔️ Caj sewa kenderaan (van 12-seater);
✔️ Caj minyak kenderaan, tol dan pakir;
✔️ Caj kenderaan memasuki taman-taman negara (national park)

Sila PM/DM atau Whatsapp 019-6699 519 (whatsapp sahaja) jika berminat untuk pakej ini atau layari www.mytravelsmart.com.my untuk maklumat lanjut dan pakej-pakej yang lain




PENGALAMAN 'WINTER WONDERLAND' DI LAPLANDAlami pengalaman unik 'winter wonderland' di Lapland dengan permandangan salji ...
05/02/2026

PENGALAMAN 'WINTER WONDERLAND' DI LAPLAND

Alami pengalaman unik 'winter wonderland' di Lapland dengan permandangan salji yang indah melitupi seluruh kawasan serta peluang melihat aurora di kawasan Artik. Pertengahan Januari dan Februari adalah waktu yang paling sesuai untuk dilawati. Hanya suhu agak sejuk sekitar -10 ke -15 degree.

Kini anda boleh menikmati pengalaman unik ke Lapland dan negara2 Nordic dengan pakej 9H/7M ke-Lapland dan Negara2 Nordic dengan tumpuan kepada 3 pengalaman unik:

▶️ Pengalaman ‘winter wonderland’ di Lapland

Alami pengalaman ‘winter wonderland’ di Lapland, wilayah paling utara Finland, pada musim sejuk ini untuk menikmati pengalaman unik— seperti menikmati pemandangan bersalji di lembah dan hutan Finland, melakukan pelbagai aktiviti di Santa Claus Village, melihat northern lights dan lain-lain aktiviti di musim sejuk.

▶️ Cruise

Anda berpeluang untuk menaiki feri cruise antara Stockholm dan Helsinki, Pelayaran selama 16 jam ini adalah antara cruise paling menyeronokkan di Eropah. Perjalanan menampilkan pemandangan kepulauan yang dramatik, dengan menawarkan pelbagai jenis hiburan di atas kapal. Cruise ini dilengkapi dengan pelbagai restoran, kedai bebas cukai dan pelbagai hiburan untuk pengembara yang ingin berehat dan menikmati pelayaran.

▶️ Keretapi Ekspres Santa Claus

Mulakan perjalanan ke Lapland dengan menaiki keretapi Santa Claus Express sleeper cabin dari Helsinki ke Rovaniemi. Anda akan melalui landskap musim sejuk, melewati bandar dan hutan dengan pokok yang dilitupi salji.

Sila layari www.mytravelsmart.com.my untuk pakej ke Lapland dan beberapa destinasi lain




TAWARAN 3 PAKEJ ISTIMEWA DI BULAN MEI 2026       *****************-    6H5M NORWAY ADVENTURE (1 - 7 Mei 2026) bermula RM...
13/01/2026

TAWARAN 3 PAKEJ ISTIMEWA DI BULAN MEI 2026

*****************

- 6H5M NORWAY ADVENTURE (1 - 7 Mei 2026) bermula RM7,500 seorang.

- 7H6M SOUTHERN SPAIN (8- 14 Mei 2026) bermula RM8,500 seorang.

- 13H11M WEST COAST USA (15 - 27 Mei 2026) bermula RM12, 950 seorang.

*******************
Pakej 6H/5M NORWAY ADVENTURE mengabungkan pelbagai pengalaman di anggap penuh dramatik dan epik meneroka keindahan fjords dari pelbagai sudut pandangan dan pengalaman. Keistimewaan pakej ini termasuk lawatan ke Oslo, Stavager dan Bergen dengan peluang pendakian ke Pulpit Rock untuk menikmati keindahan fjords paling menakjubkan di Norway.

https://www.facebook.com/share/p/18BsqMN3Cw

Pakej 7H6M SOUTHERN SPAIN meneroka keindahan dan kehebatan kota2 Andalusia dengan banyak keunikan dan kepelbagaian serantau. Antara tempat yang dikunjungi ialah ibu kota Sepanyol yang berkembang maju, Madrid, dan bandar-bandar utama Andalusia dengan seni bina Islam, seperti Seville, Granada dan Córdoba.

Pakej 13H11M WEST COAST USA menawarkan percutian yang terhebat dengan melancong ke Pantai Barat USA (West Coast USA) yang terkenal dengan tarikan destinasi-destinasi seperti San Francisco, Los Angeles, Las Vegas, Lake Tahoe, Yosemite, Grand Canyon dan lain-lain. Pakej ini adalah yang paling komprehensif dan termurah dengan pakej perjalanan selama 13 hari 11 malam ke destinasi-destinasi menarik di California, Nevada dan Arizona.

https://www.facebook.com/share/p/18BsqMN3Cw/

Pakej2 ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, tempat penginapan dan sewa kenderaan (jika ada). Sila layari www.mytravelsmart.com.my untuk maklumat lanjut dan jika berminat sila DM atau whatsapp 0196699519

6D/5N NORWAY ADVENTURE (1-7 Mei 2026)Norway adalah salah satu destinasi yang semakin digemari dengan pemandangan yang am...
07/01/2026

6D/5N NORWAY ADVENTURE
(1-7 Mei 2026)

Norway adalah salah satu destinasi yang semakin digemari dengan pemandangan yang amat menakjubkan termasuk fjord, pergunungan dramatik dan alam semula jadi. Pakej ini mengabungkan pelbagai pengalaman di anggap penuh dramatik dan epik meneroka keindahan fjords dari pelbagai sudut pandangan dan pengalaman.

Antara pengalaman unik adalah pendakian ke Preikestolen atau juga dikenali sebagai The Pulpit Rock, iaitu tebing curam setinggi 604 meter yang menghadap ke fjord paling menakjubkan di Norway. Pulpit Rock telah dinyatakan oleh Lonely Planet sebagai 'salah satu tempat yang paling menakjubkan di dunia,' dan sering berada di senarai keajaiban alam semula jadi.

Keistimewaan pakej ini termasuk:

• Lawatan ke Oslo dan Bergen dengan pemandangan seni bina yang indah. Bergen, sebuah bandar Warisan Dunia UNESCO yang dikelilingi oleh tujuh fjord adalah pusat laluan utama ke fjords;

• Peluang pendakian ke Pulpit Rock untuk menikmati keindahan fjords paling menakjubkan di Norway;

• Menaiki keretapi Bergen Line yang dianggap sebagai salah satu perjalanan kereta api paling indah di dunia. Perjalanan selama 7 jam membawa anda merentasi salah satu dataran tinggi gunung tertinggi di Eropah.

• Pengalaman menaiki feri cruise Norwegian Line dari Stavenger ke Bergen;

• Peluang menikmati pakej paling popular di Norway iaitu Norway in a Nutshell (kos sendiri)

Pakej istimewa 6H5M Norway Fjords Adventure dengan harga tawaran pengenalan serendah RM7,500 - antara harga termurah dan unik untuk pakej ke Norway di pasaran masa kini.

***********************************

✅️ Harga Pakej: RM7,500 seorang
✅ ️Tarikh perjalanan:
- 1 - 7 Mei 2026

✅️ Pakej termasuk:
- Tiket penerbangan pergi balik ke Norway
(KUL – Oslo);
- Keretapi Bergen Line dari Bergen ke
Oslo;
- Keretapi Oslo ke Stavanger;
- Feri cruise Norwegian Line dari
Stavanger ke Bergen;
- Bas (pergi balik) Stavanger ke
Presikolen;
- Hotel penginapan selama 5 malam
(Double or triple-sharing).

Untuk info lebih lanjut tantang pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my

14H12M EAST COAST USA- Group Trip Report no. 9/2025 (24 Sep - 6 Oct)Kembara ke East  Coast USA selama 14H12M adalah kemb...
08/10/2025

14H12M EAST COAST USA
- Group Trip Report no. 9/2025 (24 Sep - 6 Oct)

Kembara ke East Coast USA selama 14H12M adalah kembara julung kali dianjurkan dan kedua di USA selepas West Coast USA pada 2024. Kembara ke East Coast kali ini meliputi bandar2 utama seperti New York City, Washington DC, Atlantic City, Niagara Falls dan Boston dengan jarak pemanduan hampir 2,950km.

Kembara ke East Coast USA kali ini bermula di New York City (NYC) - kota mega yang menjanjikan satu pengalaman yang amat menarik untuk pengunjung. Terdapat begitu banyak sebab untuk melawat NYC kerana bandar ikonik ini menyediakan pilihan terbaik dari sudut budaya, makanan dan hiburan. Lawatan di NYC melawat lebih daripada 20 tempat2 menarik selama 4 hari lawatan.

Selepas NYC, kembara menuju ke New York upstate dengan dihidangkan permandangan autumn yang amat menarik walaupun belum waktu puncak. Tumpuan destinasi adalah Woodbury Premium Outlet yang sememangnya terkenal dengan tawaran harga paling menarik (ya, jauh lebih menarik dari outlet2 di Eropah). Terdapat lebih daripada 3 premium outlet di New York state sahaja.

Kembara menuju ke Niagara Falls, New York, salah satu natural wonder yang wajib dikunjungi dengan tarikan air terjun American Fall dan Bridal Veil serta peluang mendekati air terjun dengan menaiki cruise Maid of the Mist. Sebagai tarikan di waktu malam, air terjun disinari dengan pelbagai cahaya lampu dan pancaran bunga api.

Kembara meneruskan perjalanan ke Washington DC selama dua malam dan paling menariknya lawatan ke sini adalah kebanyakan tempat2 tumpuan tiada dikenakan bayaran masuk. Washington DC sememangnya terkenal dengan tarikan monumen dan memorial serta muzium2 hebat seperti Smithsonian Natural History serta National Air Space.

Sebelum kembali ke NYC, kembara singgah di Atlantic City iaitu bandar peranginan di pantai Atlantik New Jersey yang terkenal dengan banyak kasino, pantai yang luas dan Boardwalk yang ikonik. Atas permintaan pelanggan, kembara menuju ke Boston untuk melawat dua universiti teragung, iaitu Harvard University dan Massachusett Institute of Technology (MIT).

Untuk info lebih lanjut pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my atau hubungi melalui messenger atau Whatsapp. Meneruskan perjalanan untuk kembara ke Norway.




7H/6M OSLO, BERGEN & LOFOTEN ISLANDS- Group Trip Report 08/2025 (12 - 19 Sep)Kembara seterusnya adalah 7H6M menjelajah b...
20/09/2025

7H/6M OSLO, BERGEN & LOFOTEN ISLANDS
- Group Trip Report 08/2025 (12 - 19 Sep)

Kembara seterusnya adalah 7H6M menjelajah bandar Oslo, Bergen dan meneroka kepulauan Lofoten, yang ditakrifkan sebagai antara tempat yang tercantik di dunia. Norway adalah salah satu destinasi yang semakin digemari dengan pemandangan yang amat menakjubkan termasuk fjord, gunung yang di litupi salji dan kepulauan yang sangat dramatik.

Pakej ini meneroka bandar Oslo, Bergen serta Kepulauan Lofoten. Oslo ialah ibu kota Norway yang menarik dengan pemandangan seni yang berkembang maju dan seni bina eklektik yang menawan. Bergen, sebuah bandar yang dikelilingi oleh tujuh fjord dan bukit, ialah bandar warisan UNESCO yang sangat menawan dengan tumpuan utama rumah kayu tradisional. Lofoten adalah tempat kegemaran saya dengan keindahan kepulauan nelayan yang amat cantik pada pelbagai musim dan dikelilingi dengan gunung dan bukit yang agak dramatik.

Terletak di utara Norway dan di atas kawasan Artic Circle, Lofoten adalah lokasi yang menjadi pilihan ramai untuk melihat Aurora Borealis atau Northern Lights. Walaubagaimanapun, peluang melihat aurora adalah mengikut cuaca dan keadaan semasa.

Sememangnya kos kehidupan di Norway agak mahal termasuklah harga hotel, makanan dan pengangkutan. Ini membuatkan pakej ke Norway atau kawasan Scandinavia antara pakaj yg termahal dengan kos pakej melebihi RM17k bagi kebanyakan pakej yang ditawarkan. Akan tetapi dengan konsep kembara bajet dan berdasarkan pengalaman, pakej yang ditawarkan adalah sekitar RM8.5k -10k untuk 6-7 malam mengikut pilihan itinerari.

Antara pengalaman kembara ini adalah peluang menginap di tempat tinggal yang berkonsepkan cottage or cabin dengan pemandangan sekitar yang amat cantik, samada di sekeling bukit dan tasik, kos yang agak mahal jika menetap di kawasan serupa di swiss atau resort2 di Eropah.

Untuk info lebih lanjut tantang pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my. Kembara seterusnya menuju ke East Cost USA bermula 23 Sep.

7H6M AUSTRIA CZECHIA & GERMANY- Laporan Kembara No. 7/2025 (5-12 Sep 2025)Alhamdulillah, berakhirnya kembara yang ke-7 u...
14/09/2025

7H6M AUSTRIA CZECHIA & GERMANY
- Laporan Kembara No. 7/2025 (5-12 Sep 2025)

Alhamdulillah, berakhirnya kembara yang ke-7 untuk tahun ini mengembara ke 3 negara: Austria, Czechia.dan Germany - kembara secara privat dan eksklusif mengembara selama 7 hari 6 malam bersama pasangan dan sorang anak kecil. Walaupun hanya 7 hari kembara, trip ni agak padat dengan kunjungan ke tempat2 menarik . Berikut adalah destinasi2 untuk kembara kali ini:-

1. Vienna
2. Prague
3. Gmunden
4. Hallstatt
5. Cesky Krumlov
6. Konigssee
7. Grossglockner Alpine Road
8. Parndorf

Kembara yang bermula dan berakhir di Vienna memulakan perjalanan ke destinasi pertama ke Vienna - bandar yang terkenal dengan lagenda komposer Mozart, Beethoven, dan Strauss dan bandar yang dipenuhi dengan taman2 hijau yang indah.

Seterusnya kembara ke bumi Czechia dengan destinasi kedua ke Prague dengan mengunjungi Charles Bridge dan kawasan sekitar Old Town. Kembara seterusnya ke Cesky Krumlov yang terkenal dengan kota bersejarah dan susun atur bandar zaman medieval dan seni bina indah Istana Krumlov. Meneruskan perjalanan di Austria dengan melawat bandar resort Gmunden yang terkenal dengan istana Schloss Ort di tengah Tasik Traunsee.

Antara tempat yang paling cantik untuk kembara kali ini adalah perkampungan Hallstatt dengan disajikan cuaca yang amat baik. Laluan seterusnya menuju Königssee iaitu salah satu tasik yang terbersih dan terdalam di Jerman, terletak di Berchtesgaden Alps Bavaria. Keindahan tasik dapat di lihat dengan menaiki bot letrik mengelilingi keseluruhan tasik.

Antara tumpuan kembara kali ini adalah pengalaman pemanduan ke alpine yang tercantik iaitu Grossglockner dengan ketinggian sehingga 2,500m, sejauh 48 km dan laluan 36 hairpin. Akan tetapi cuaca yang sangat berawan dan hujan menghalang pandangan panorama di sekitar kawasan ini. Kembara berakhir dengan kunjungan ke Parndoft Designer Outlet berdekatan Vienna sebelum penerbangan balik keesokan hari.

Dengan cuaca yang agak sederhana dingin dan masih low season menjadikan lawatan ke Austria dan Czechia di waktu ini menarik untuk dikunjungi dipermulan musim luruh di Eropah. Untuk info lebih lanjut pakej ini, sila layari www.mytravelsmart.com.my atau hubungi melalui messenger atau Whatsapp. Meneruskan perjalanan untuk kembara ke Norway.

22/08/2025

Shah-i-Zinda, Samarkand

9H/7M NORWAY FJORDS - Group No. 5/2025 (29 Apr - 7 May)Alhamdulillah. Selesai pengembaraan ke-5 tahun ini megembara ke k...
07/05/2025

9H/7M NORWAY FJORDS
- Group No. 5/2025 (29 Apr - 7 May)

Alhamdulillah. Selesai pengembaraan ke-5 tahun ini megembara ke kawasan tengah Norway dengan tumpuan perjalanan merentasi landskap gunung dan fjord yang menakjubkan. Kembara kali ini disertai seramai 10 peserta dengan kebanyakan adalah peserta baru dalam trip saya.

Kembara ke Norway Fjords melawat 6 destinasi2 utama seperti berikut:

1) Oslo;
2) Trondheim;
3) Kristiansund;
4) Atlantic Ocean Road;
5) Trollstigen; dan
6) Geirangerfjord;

Geirangerfjord adalah salah satu tapak pelancongan Norway yang paling banyak dikunjungi dan telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Fjord juga mempunyai beberapa air terjun yang mengagumkan.

Atlantik Ocean Road ialah laluan unik yang membawa anda ke pinggir lautan dan dikenali sebagai pemanduan paling indah di dunia. Ia adalah sistem jambatan yang menghubungkan beberapa pulau dan "wild beaches". Apabila laut bergelora, pemandangannya sangat menakjubkan.

Trollstigen ialah jalan Norway yang terkenal, yang bermula di utara bandar Åndalsnes dan berakhir di selatan kampung Valldal, di pantai Norddalsfjorden. Di jalan yang sempit, 11 liku tajam, melewati air terjun yang indah. Laluan ini masih di tutup untuk kerja2 pembaikan. Akan tetapi, kami disajikan dengan permandangan salji yang masih tebal.

Ini adalah beberapa sorotan dalam lawatan ini. Sertai kami untuk mengalami pengembaraan unik ini. Buka tempahan sekarang untuk kembara ini pada April 2026 dan seterusnya. Untuk pertanyaan, sila whatsapp ke 019-669 9519 atau layari www.mytravelsmart.com.my untuk maklumat lanjut dan pakej-pakej yang lain.

Address

Subang Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mytravelsmart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mytravelsmart:

Share

Category