Gustav Go

Gustav Go Kami suka travel jadi kami nak share pengalaman travel! Let's Go GustavGo!!

🐝 Lebah di flower field Furano, Hokkaido. Mencabar nak ambil gambar lebah ni, sentiasa busy bergerak sana sini mengumpul...
18/08/2026

🐝 Lebah di flower field Furano, Hokkaido. Mencabar nak ambil gambar lebah ni, sentiasa busy bergerak sana sini mengumpul nectar bunga..

Kami ada membaca berkenaan hidup seperti lebah, 'Memberi manfaat pada hamba2 Allah yg lain'. Lebah mengumpul nectar tanpa rosakkan sedikit pun bahagian bunga dan pokok, malah menolong untuk pollinate lagi utk hasilkan buah/benih pokok.

Tanpa lebah kuranglah buah-buahan malah mungkin kurang kehijauan dan kesedapan di bumi ini. Tiada tomato, epal, melon, betik dan lain2. Mashaallah

Lebah juga (betina) hasilkan madu yang manis, suci dan halal untuk manusia. Setiap titik madu dihasilkan oleh ribuan lebah dan penuh dengan khasiat. Diguna sejak berzaman sebagai sumber tenaga dan imuniti, juga merupakan makanan sunnah.

Sekecil-kecil lebah boleh memberi banyak manfaat, apa lagi kita ciptaanNya yg diberi akal fikiran. Marilah kita memberi manfaat pada orang lain, keluarga, rakan, rakan business, pelanggan..tak kira siapa. Membeli dan menjual adalah memberi manfaat pada kedua-dua pihak, inshaallah

Travel bukan sekadar melihat, rasa, bau dan sentuh tetapi peluang besar kita untuk berfikir tentang rezeki, rahmat dan kebesaran Allah SWT. Jadikan kami sentiasa bersyukur dan berfikiran positif aminnn

Let's Go GustavGo!

πŸ“· Antara 5 POV menarik di Hokkaido. Tak semua tempat di utara Jepun ni boleh sampai dgn tour bus. Banyak yang kena explo...
17/08/2026

πŸ“· Antara 5 POV menarik di Hokkaido. Tak semua tempat di utara Jepun ni boleh sampai dgn tour bus. Banyak yang kena explore sendiri atau ambil private trip.

Hokkaido musim panas penuh dengan warna-warni. Sesuai untuk yg s**a bunga, landscape dan juga cuaca nyaman. Winter sgt best, summer pun tak kurang enjoy nya. Bagi pendapat saya 6-7 hari adalah sweet spot untuk lawat must visit di Hokkaido especially dari checklist kami.

Bulan Aug-Sep tambah menarik lagi sebab boleh petik buah. Bukan buah pisang ye πŸ˜… Tapi buah apple, cherry, plum and grapes! All you can eat! Jangan lupa try Yubari Melon, famous di Hokkaido. Manis sgt dan wangi

Buah apa yang korang s**a kalau pergi ke Jepun?

Let's Go GustavGo!

πŸ—» Gambar di Hokkaido ni sgt rare! Mashaallah. Ada beberapa sebab kenapa saya kata rare.Yg pertama nya Mt Yotei di backgr...
15/08/2026

πŸ—» Gambar di Hokkaido ni sgt rare! Mashaallah. Ada beberapa sebab kenapa saya kata rare.

Yg pertama nya Mt Yotei di background tu pemalu sgt, lebih2 lagi musim winter. Kalau saya pergi 5x dalam sebulan, belum tentu dapat tengok dgn jelas. Menyorok balik awan.. Ini bukan Fuji tau. Nama lain dia Ezo Fuji!

Yg kedua, nak sampai sini kena naik snowmobile selama 50min melalui hutan, tepi sungai, padang etc. Viewpoint ni hanya singgah bila Mt Yotei clear sahaja.. Kalau tak nampak, guide akan skip dan stop tempat lain (tepi sungai).. Still menarik juga sungai dalam hutan tau. Snowmobile ride ni bukan pusing track flat je tapi kita dapat experience naik turun bukit, corner baring dan memecut

Yg terakhir, kami suami isteri selalunya tak join naik snowmobile ni. Kami rehat dalam MPV tunggu group enjoy riding. Perjalanan dari Sapporo agak jauh dan risky untuk ke sini. Jadi bila dapat rehat satu jam, kita sgt dihargai. Tapi hari tu tiba2 rasa nak ride pulak, mungkin Allah nak beri peluang pada kami dan group, alhamdulillah

Itu lah rezeki kami dan termasuklah group masa ini, alhamdulillah. Kesian kat local guide menunggu kami utk ambil hot chocolate dari dia. Gomenasai! View ni lagi penting! Mashaallah

Korang nak plan trip lain dari yg lain? Cuba cerita dgn kami 😁

Let's Go GustavGo!

β˜ƒοΈ Sunyi di Hokkaido susah nak digambarkan. Tau tak, kalau pergi Hokkaido musim winter ni especially hari yang snowing l...
13/08/2026

β˜ƒοΈ Sunyi di Hokkaido susah nak digambarkan. Tau tak, kalau pergi Hokkaido musim winter ni especially hari yang snowing lebat korang akan rasa sunyi semacam. Senyap, aneh dan seram pun ada.. Hanya bunyi kasut boot korang memijak snow dan anak2 korang menjerit hujung tekak yang kedengaran hehehe

Bukan sebab tak ada crowd, bukan sebab korang kurang pendengaran tapi sebab bunyi semua diserap oleh snow. Snow di Hokkaido sangat gebu, lembut dan ringan, dipanggil Powder Snow. Snow macam ni b*k rongga udara, jadi bunyi tak sempat nak pantul sana sini seperti di lantai, dinding, pokok dan etc. Bunyi pun tak dapat pergi jauh dan tak ada 'echo'.

Korang boleh experience sendiri di sana nanti inshallah. Kami rindu suasana ni, especially bila stay di rumah yg jauh dari bandar besar Sapporo. Pagi2 matahari baru nak naik, masa tu rasa paling aman damai. Macam dalam gambar ni, inshaallah boleh bertemu lagi 2027..

Actually ramai ahli groups kami mula2 tak perasan, tapi bila dicerita barulah diorang boleh ''click'. Semua orang 'feel' tapi tak tau nak explain knp rasa aman damai sgt...

Korang pernah rasa suasana macam ni?

Let's Go GustavGo!

πŸ—»  Tempat yang boleh berpeluh di Hokkaido masa musim winter. Pelik kan dengar? Sejuk bawah 0 celcius tapi rasa nak buka ...
12/08/2026

πŸ—» Tempat yang boleh berpeluh di Hokkaido masa musim winter. Pelik kan dengar? Sejuk bawah 0 celcius tapi rasa nak buka jacket. Salah satu park yang seronok dan banyak aktiviti boleh buat di Sapporo.masa winter. Bawak budak kecil pun best sebab snow sini tebal! Event Winter Festival ambil snow dari sini tau.

Saja saya cabar semua yg saya bawa sini untuk naik sampai puncak bukit. Yang handsome terus tak handsome kepenatan di puncak 🀣. Tapi berbaloi bila slide ke bawah.. Laju...! Once in a lifetime dan memang tak naik dah lepas tu. Saya la yg naya kena naik dgn setiap group sebab nak ambil gambar/video diorang..πŸ₯²

Kalau pergi sini dgn saya, nak sahut challenge? Hehe

Let's Go GustavGo!

🚣🏻 Pernah naik boat swan di Lake Toya dgn orang rumah sambil tunggu group naik lake cruise. Tgh enjoy layan fresh air da...
11/08/2026

🚣🏻 Pernah naik boat swan di Lake Toya dgn orang rumah sambil tunggu group naik lake cruise. Tgh enjoy layan fresh air dan view sejukkan mata, tiba-tiba rasa bergoyang swan kami. Rasa nak melambung, kiri kanan kiri kanan.. Cuak, hati berdebar tambah penat sikit mengayuh swan ni. Angin sepoi2 sahaja, mustahil dilanda ribut. Selidik-selidik rupanya ombak dari cruise tu sampai pada kami. Ingatkan godzilla nak timbul ambil nafas. Tambah pulak cerita kat wife, tasik ni 100m dalam.. Wife terus ajak ke darat, now!

Kayuh sepantas kilat. Kaki lenguh dan cramp pun ada. Habis energy onigiri dan latte 7e pagi tadi. Katanya lepas ni no more swan. Ok lah.. πŸ˜…

Kalau pergi Hokkaido, letak Lake Toya ni dalam itinerary. Seronok untuk chill, rehat dan berpiknik dengan family. Kawasan ni jauh sikit dari bandar Sapporo (2 jam drive) tapi bagi kami sangat berbaloi. Area ni tiada halal shop, so better bawa bekal sendiri ya πŸ‘ŒπŸ»

Info tambahan : Lake Toya adalah caldera lake. Iaitu kawah bekas gunung berapi yang telah dipenuhi air. Gunung berapi Mt Usu masih aktif lagi disini. Boleh naik ropeway tengok awesome view Lake Toya dari atas. Ada pulau di tengah tasik ni diberi nama Nakajima. Nature lover wajib pergi tempat ni ya

Let's Go GustavGo!

πŸ“· Pokok keliling Blue Pond di Hokkaido ni sesuai la nak main lagu hindustan sambil nyorok2 belakang pokok 🫣Let's Go Gust...
24/07/2026

πŸ“· Pokok keliling Blue Pond di Hokkaido ni sesuai la nak main lagu hindustan sambil nyorok2 belakang pokok 🫣

Let's Go GustavGo!

Everyday lives in Tokyo. Beginilah kehidupan untuk 70% penduduk di Tokyo setiap hari. Menunggu dan berjalan dari train s...
22/07/2026

Everyday lives in Tokyo.

Beginilah kehidupan untuk 70% penduduk di Tokyo setiap hari. Menunggu dan berjalan dari train station ke train station. Samada untuk perkerjaan ataupun urusan lain seharian.

Tua atau muda hampir tiada pengecualian. Semuanya sama sahaja. Bila kita lihat dgn mata hati membuatkan kita lebih bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia.

Ya. Ada kekurangan juga di Malaysia. Tapi kami mengambil pendekatan bersyukur dgn nikmat yg dikurniakanNya.

Jauh perjalanan, luas pemandangan.

πŸ“· Photo opportunity di Tokyo Station.

Address

Subang Jaya
47600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gustav Go posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gustav Go:

Shortcuts

Share

Category