16/12/2013
Inilah dinamakan kehidupan. Berlaku pada mana-mana sahaja negara di dunia ini. Sebagai rakyat, kita kena fahami yang kita diminta bayar cukai itu dan ini dengan bertujuan untuk pembangunan negara kita juga. Untuk kehidupan lebih baik bagi anak-anak kita pewaris negara. Kalau ada yang disalahguna, tak apa dunia ni sementara sahaja, akhirat nanti yang kekal selamanya.
Kita juga perlu fahami, dalam setandan pisang tidak semuanya busuk dan tidaklah semuanya baik. Bersifat amanah atau tidak, semuanya akan dinilaikan Allah di akhirat kelak. Apa yang paling penting, kita sendiri haruslah sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Tanya apa sumbangan kita pada negara, bukan tanya apa sumbangan negara dan pemimpin pada kita.
Usah sibuk menuding jari kepada pihak ini dan pihak itu sedangkan diri sendiri masih terhoyong-hayang di tampuk yang sama. Kita haruslah bersatu! Usahlah berpuak sesama sendiri.