Kuala Sepetang Eco Tourism Association

Kuala Sepetang Eco Tourism Association Persatuan Eko Pelancongan Kuala Sepetang menggabung pengusaha pelancongan bot, restoran, ranjer hutan, nature guide, pengusaha kilang arang dan hotel.

Persatuan Eko Pelancongan Kuala Sepetang PPM-014-08-14072014 berusaha merancang, memacu dan menjayakan program pelancongan untuk menaikkan nama Kuala Sepetang, Taiping, Perak dan Malaysia di mata dunia. Kuala Sepetang merupakan sebuah pekan nelayan kecil dalam kawasan Hutan Paya Laut Matang. Sumber hasil nelayan seperti ternakan kerang dan hasil laut menjadikan pekan ini syurga makanan laut segar

. Restoran mee udang dan Seafood sentiasa menggamit pengemar makanan ini. Hasil sumber hutan paya laut digunakan sebagai kayu jaras (piling poles) dan digunakan untuk membuat arang kayu. Sumber hutan yang luas ini mengandungi pelbagai spesis flora dan fauna di antaranya pelbagai jenis pokok bakau, kelip-kelip, dolphin dan pelbagai jenis burung tempatan dan hijrah. Sebagai satu tempat sehenti yang lengkap dengan keindahan alam, makanan lazat dan kemudahan selesa. Industri pelancongan berkembang dengan begitu cepat sekali. Persatuan ini berhasrat agar industri pelancongan di Kuala Sepetang dapat diurus dan dikendalikan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dan menambah jumlah pendapatan negara.

Address

Matang Road
Taiping
34750

Telephone

0125145023

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuala Sepetang Eco Tourism Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share