23/09/2026
πππππππππππ πππππππ πππππππππ ππππ πππππππππ πππ πππππ πππππ
TANAH MERAH, 23 September 2026 β Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2026 di perkarangan IPD Tanah Merah.
Perhimpunan yang berlangsung diketuai oleh YDH Supt. Mohd Haki bin Hasbullah, Ketua Polis Daerah Tanah Merah dan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, YDH DSP Zamri bin Mustaffa @ Dollah, ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan, Ketua Polis Balai (KPB), ketua-ketua cawangan, pegawai rendah polis (PRP), pegawai awam serta ahli PERKEP IPD Tanah Merah.
Turut hadir bersama ialah isteri Ketua Polis Daerah Tanah Merah, YBhg. Pn. Tuan Nor Aini binti Hasan, selaku Pengerusi PERKEP IPD Tanah Merah.
Perhimpunan turut menyaksikan penyampaian Amanat Ketua Polis Kelantan oleh Ketua Polis Daerah Tanah Merah serta penyampaian sijil penghargaan kepada penerima sebagai tanda pengiktirafan terhadap komitmen dan sumbangan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.
Perhimpunan bulanan ini merupakan antara medium penting bagi menyampaikan amanat dan menyelaras hala tuju perkhidmatan, di samping memperkukuh semangat setiakawan, disiplin serta komitmen warga IPD Tanah Merah dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan negara.