30/05/2021
assalamualaikum dan selamat petang semua...saya di sini ingin berkongsi ilmu mengenai tip-tip pemilihan minyak enjin bersesuaian dengan kereta anda :-
1. Model dan Siri Pembuatan.
- Kebanyakan model kereta dan motosikal terkini dilengkapi dengan enjin berprestasi tinggi baharu yang diformulasikan untuk meningkatkan kecekapan sepanjang pemanduan.
2. Persekitaran Pemanduan
- Keadaan persekitaran yang berbeza (seperti iklim panas atau sejuk, jalan berturap atau berbatu, dan situasi-situasi lain) boleh memberi tekanan yang berbeza pada kenderaan anda. Kebiasaannya, penggantian minyak hitam kereta adalah bergantung pada penggunaan.
- Jika kereta atau motosikal kerap digunakan, minyak hitam kereta perlu digantikan lebih awal.
3. Jenis Minyak Hitam
- Terdapat pelbagai jenis minyak pelincir yang dijual antaranya minyak pelincir jenis mineral, separa sintetik (semi-synthetic) dan sintetik penuh (fully-synthetic) bergantung kepada kuasa enjin anda.
4. Tahap Kelikatan
- Semasa membandingkan minyak pelincir, anda mungkin menyedari kod (gabungan nombor dan huruf) yang terdapat pada label pembungkusan.
- Kod-kod ini merujuk pada tahap kelikatan dan ukuran ketahanan minyak pelincir.
- Secara amnya, terdapat dua nombor yang menentukan tahap kelikatan minyak pelincir :-
i) Nombor pertama yang berakhir dengan huruf ‘W’ merujuk pada aliran minyak pelincir dalam suhu sejuk (winter) – ketika enjin dihidupkan.
ii) Nombor kedua p**a merujuk aliran minyak pelincir ketika suhu operasi normal.
itu sahaja perkongsian ilmu pada petang ini..terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca..😊😊